Tip dan Teknik Belajar Yang Membantu Merancang Pembelajaran Yang Bijak

Posted on April 11, 2013 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Terdapat perbezaan di antara belajar dan belajar dengan efektif kerana teknik belajar yang digunakanlah yang membezakan kedua-dua ini. Mencari dan membaca nota yang banyak sebelum menduduki peperiksaan bukanlah bermakna anda telah menggunakan tenaga anda dengan efektif. Oleh itu anda perlu mengambil serius tentang teknik belajar yang anda gunakan. Terdapat beberapa teknik yang boleh membantu anda dalam pelajaran terutamanya apabila anda perlu membuat persediaan untuk menghadapi penggal yang menggerunkan.

Belajar Secara Bijak Dan Kekal Bertenaga

Perhatian pelajar! Tumpuan dan perhatian adalah amat berharga. Oleh itu anda perlu menggunakan masa anda untuk belajar semaksimum yang boleh semasa otak anda masih mampu untuk bekerja. Kebiasaannya, kita akan menghabiskan waktu kemuncak kita untuk melayari internet, keluar bersama rakan ataupun menonton televisyem dan apabila otak sudah mula penat, barulah kita akan mula untuk mengulangkaji pelajara. Keadaan ini berlawanan dengan apa yang sepatutnya kita lakukan.

Jangan sesekali menunggu pelajaran anda boleh menarik minat anda. Hal ini adalah kerana anda secara semula jadi akan berminat terhadap apa yang anda selalu berikan perhatian. Anda perlu sedar bahawa kita bukan berbicara mengenai makanan, tetapi kita berbincang tentang hal pelajaran yang mana akan menentukan kerjaya anda di masa hadapan.

Jangan hanya belajar; cernakan maklumat yang diperoleh sebaik mungkin. Menghadap buku tetapi membiarkan fikiran anda melayang jauh memikirkan teman istimewa anda ataupun episod terbaru di kaca televisyen hanya akan mengganggu tumpuan anda. Kekalkan fokus anda. Hindari segala gangguan seperti televisyen, radio, MP3 dan banyak lagi. Mari kita lancarkan “Diet Media”!

Mungkin ianya kedengaran pelik namun memulakan topik daripada belakang mampu memberikan kesan psikologi yang positif kepada pelajar. Sebagai contoh, sekiranya anda anda 20 bab untuk dihabiskan, mulakan ulangkaji anda daripada dua topik yang terakhir. Secara tidak langsung, anda akan merasakan bahawa anda tidak mempunyai banyak bab untuk diselesaikan. Cubalah cara ini kerana tiada apa yang dirugikan dan anda pasti tidak bosan.

Fikiran dan tubuh manusia mempunyai kitaran semula jadi. Bayangkan bahawa fikiran kita adalah span dan maklumat pula sebagai air. Ianya akan menyerap seberapa banyak air yang boleh. Walaubagaimanapun, sekiranya penyerapan tersebut sudah melebihi kapasiti, pasti berlaku kebocoran. Jadi, timbalah ilmu mengikut kemampuan otak anda. Berehatlah seketika. Bersiar-siarlah di luar untuk seketika sambil menghirup udara segar.

Di samping itu, jika anda berasa malas atau mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran walaupun anda baru sahaja mulakannya, cubalah untuk duduk di tepi tingkap sambil melihat pemandangan dan menghirup udara segarnya. Anda pasti tidak akan mengantuk! Elakkan daripada berada di atas katil dan sambil menyelimut badan anda kerana anda pasti akan tertidur.

Sama ada anda percaya atau tidak, postur memainkan peranan yang penting semasa mengulangkaji pelajaran. Cara anda duduk mempengaruhi keberkesanan ulang kaji anda. Duduk dengan cara yang salah hanya akan memenatkan otot anda sekaligus akan mengurangkan keupayaan sebenar anda untuk belajar. Jadi, pastikan anda duduk dalam keadaan tegak dan mempunyai sokongan di bahagian belakang.

Selain itu, jangan abaikan pengambilan makanan semasa mengulang kaji pelajaran. Otak anda memerlukan makanan untuk berfungsi dengan baik. Antara yang diperlukannya ialah glukos. Mengabaikan pengambilan makanan hanya akan membuatkan otak anda semakin pening, mengantuk dan lalai. Pengambilan glukos yang baik (sebaik-baiknya cecair seperti jus) akan membantu sel-sel otak untuk menyerap glukos pada tahap yang maksimum yang mana diperlukan untuk aktiviti seharian. Oleh itu, elakkan daripada menyekat pengambilan makanan kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan!

Dalam pada itu, pastikan juga nota anda dalam keadaan tersusun dan kemas. Sekiranya anda perlu menyelak lebih daripada 10 muka surat untuk mencari topik yang berkaitan di muka surat pertama, ini bermakna nota anda berada dalam keadaan yang tidak tersusun. Menyelak berpuluh-puluh helaian nota hanya akan membuang masa anda dan mengganggu kelancaran sesi ulang kaji anda.

Apabila menjelang musim peperiksaan pula, jangan tunggu sehingga ke minit-minit terakhir untuk mengulang kaji. Keadaan ini hanya akan menambahkan tekanan pada anda. Anda pasti akan berasa cemas dan memilih topik-topik tertentu sahaja untuk diulangkaji dan hal ini menyebabkan anda mungkin kehilangan isi-isi penting yang sepatutnya diberi tumpuan. Tekanan juga membuatkan otak anda tidak dapat menyebab banyak maklumat. Harus diingatkan bahawa tekanan akan meningkatkan penghasilan Cortisol yang mana boleh merosakkan beberapa kawasan otak termasuklah berkaitan ingatan!

Gunakanlah teknik belajar yang telah disebutkan di atas bagi membantu merancang pembelajaran yang bijak dalam usaha untuk mencapai matlamat anda. Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.