Tips Mendidik Bayi & Kanak-kanak

Posted on February 27, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Tips Mendidik Bayi & Kanak-kanakKehadiran orang baru merupakan detik yang paling meriah dan menggembirakan bagi mereka yang baru bergelar sebagai ibu bapa serta keseluruhan ahli keluarganya. Kebanyakkan bakal ibu bapa sudah mula menyiapkan diri mereka apabila menerima berita kedatangan orang baru. Namun, terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil peduli tentang tips-tips mendidik dan percaya pengetahuan sedia ada mereka sudah memadai untuk menyambut kedatangan bayi kelak. Elok jika kita menggunakan beberapa nasihat dan pertolongan orang lain apabila membesarkan anak-anak terutamanya bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata.

Mendidik merupakan kerja sepenuh masa yang tidak mempunyai cuti dan tiada masa rehat walaupun anda kepenatan mahupun dalam kesedihan. Sejumlah kesabaran, kasih sayang, kebaikan dan tanggungjawab diperlukan dalam menyediakan keperluan anak-anak. Semakin kecil usia, semakin tinggi tahap kebergantungan mereka kepada ibu bapa. Jika anda mampu mengekalkan tahap kesabaran walaupun semasa keadaan dan halangan yang sukar, pasti hubungan dengan anak akan selamanya berputik dengan kukuh.

Mendidik bukanlah bermakna anda perlu bersedia 24 jam sehari dan 7 hari seminggu walaupun sememangnya kebanyakan ibu bapa akan melakukan sedemikian. Sebagai ibu bapa anda perlu memberi ruang kepada bayi dan diri sendiri untuk berjauhan antara satu sama lain beberapa ketika dengan pergi membeli belah, makan malam, menonton wayang atau apa sahaja yang boleh memberi ruang untuk kedua-duanya berehat. Benarkan sahabat handai ataupun kaum keluarga untuk menjaga anak semasa ketiadaan anda. Kebanyakan mereka ikhlas untuk menolong dan menganggap ianya sebagai satu keistimewaan jika mereka dipilih sebagai orang yang dipercayai. Ambil kesempatan ini dan luangkan masa anda untuk menghadiri sebarang majlis keraian.

Penglibatan pasangan anda semasa mendidik akan memberi manfaat kepada semua orang terutamanya kepada bayi yang baru lahir. Sebenarnya bayi dan kanak-kanak adalah lebih bijak daripada apa yang kita sangkakan, pada usia muda lagi mereka sudah menyedari siapa yang lebih berkuasa dominan jika ibu bapa tidak bersatu. Bagi ibu bapa, mungkin sukar untuk menghadapi keadaan ini, namun kejaayan pasti ada jika mereka boleh menghormati hak masing-masing dengan hasrat untuk membesarkan anak-anak.

Bayi dan kanak-kanak memerlukan sepenuh perhatian bagi melindungi mereka daripada bahaya. Teknik mendidik juga meliputi menjaga keselamatan seisi rumah. Pastikan bayi atau kanak-kanak tidak dapat menjejaki kawasan rumah yang boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. Anda perlu memastikan kabinet dapur dan almari diubahsuai supaya jari-jari dan kaki-kaki kecil mereka tidak dapat mencapainya. Antara tips-tips mendidik lain yang perlu diberi perhatian ialah menggunakan pintu pagar keselamatan atau ‘grill’ di seluruh rumah supaya dapat menyelamatkan anak-anak kecil daripada terjatuh, lebam atau benjol kerana masih belum mampu menganggarkan ruang yang sesuai bagi mereka terutamanya di tangga.

Tips mendidik turut merangkumi penyimpanan rapi bahan-bahan yang berbahaya daripada dibiarkan di tempat terbuka. Pencuci pakaian, peluntur, cecair ringan, minyak masak, cecair pencuci dan produk-produk yang berkaitan perlu disimpan di tempat yang selamat dan dikunci supaya kanak-kanak tidak dapat mengambilnya. Satu lagi tips mendidik yang berkesan ialah menyediakan kemudahan penyimpana barangan terkawal. Sebarang kemalangan maut kepada kanak-kanak mungkin dapat dielakkan jika peti simpanan ubat, peti simpanan senjata dan kabinet minuman keras dikunci.
Perlu diingatkan bahawa setiap aspek dalam kehidupan anda akan berubah semasa proses mendidik, perkara-perkara sekitar rumah yang anda tidak melihatnya sebagai ancaman kini menjadi satu isu apabila memikirkan soal keselamatan anak-anak. Kebanyakkan buku tentang mendidik juga mencadangkan penggunaan plug yang selamat bagi keseluruhan rumah untuk mengelakkan litar pintas dan kematian akibat kejutan elektrik.

Sumber: Adakah anda sedang mencari-cari nasihat berguna dalam dunia mendidik? Terdapat pelbagai buku keibubapaan yang menawarkan pelbagai tips dan teknik mendidik hasil karangan pengarang yang dipercayai oleh seluruh dunia.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.