Pada hari ini dibeberapa negara menunjukkan peningkatan jumlah kehamilan remaja dan ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka ini sudah mencapai usia yang sesuai untuk mengandung. Ibu bapa remaja seringkali tidak bersiap sedia untuk memelihara anak sendiri dan biasanya sangat memerlukan bantuan seperti tips-tips mendidik. Ibu bapa remaja sering keliru di mana untuk memulakannya apabila menghadapi beberapa isu yang perlu ditangani. Antara kebimbangan yang menjadi igauan ialah, mereka perlu memberitahu ibu bapa tentang hal kandungan atau bertanggungjawab ke atas kandungan pasangan, menentukan apa yang perlu dilakukan seperti menghabiskan pengajian, mendapatkan pekerjaan bagi menyara kelahiran baik kelak dan mencari tempat tinggal serta kenderaan untuk menghadiri temu janji doktor.
Ibu bapa remaja yang terdesak memerlukan pelbagai bantuan dan akan mendapatkan tips-tips mendidik daripada pelbagai sumber yang telah tersedia. Jika ibu bapa kepada remaja tersebut bersedia untuk membantu anak sendiri dengan maklumat-maklumat berguna, mereka boleh bertanya tentang bagaimana untuk menghadapi kebimbangan atau masalah yang dihadapi. Ibu bapa usia muda ini mungkin sukar untuk bersetuju dengan pendapat ibu bapa mereka tentang tips-tips mendidik terutamanya apa yang telah diaplikasikan kepada mereka. Namun ia bukanlah satu masalah, jika benar-benar inginkan bantuan dengarilah segala nasihat mereka.
Ibu bapa remaja juga boleh mencari tips-tips mendidik yang berguna daripada beberapa sumber lain. Terdapat banyak pertubuhan di seluruh dunia yang menyediakan perkhidmatan untuk para wanita. Mereka mempunyai bahan-bahan yang sesuai bagi perkhidmatan seperti kaunseling sama ada untuk individu, pasangan yang bakal bergelar ibu bapa atau secara berkumpulan. Maklumat-maklumat ini disediakan dalam pelbagai bentuk seperti risalah, berbentuk media ataupun secara penulisan dengan matlamat untuk mendedahkan tips-tips mendidik yang sempurna. Jika tiada sebarang pertubuhan untuk disertai di sekitar kawasan setempat, anda boleh cuba mencarinya di kawasan berhampiran atau menyertai forum dalam dunia siber. Melalui cara ini, anda sekurang-kurang dapat mencari seseorang yang sesuai untuk dihubungi apabila ada soalan yang ingin diajukan.
Tips mendidik bagi ibu bapa usia muda juga boleh diperolehi dalam buku-buku yang terdapat di perpustakaan ataupun kedai buku. Jika sumber yang dicari tiada di pasaran, anda boleh membuat pesanan secara atas talian (online) daripada penerbit yang berbeza. Terdapat beberapa penulis yang dianggap sebagai pakar dalam mencadangkan tips mendidik kepada semua peringkat ibu bapa. Jadi untuk mendapatkan satu kaedah yang terbaik, analisis perlu dijalankan terutamanya apabila terlalu banyak pendapat yang berbeza tentang kaedah mendidik yang paling sesuai untuk diamalkan. Ramai pakar mencadangkan agar ibu bapa melakukan banyak kajian dan bacaan dari sumber yang berbeza-beza bagi menentukan kaedah yang paling sesuai untuk digunakan berdasarkan keinginan mereka untuk membentuk anak-anak tersebut.
Membesarkan anak-anak semasa masih remaja agak sukar walaupun tidak menerima banyak halangan, jadi cara terbaik bagi mereka ialah mencari tips mendidik yang berkesan. Menjadi ibu bapa pada usia yang muda memerlukan sokongan daripada semua orang yang berkait dengan si ibu dan bapa. Apabila nasihat diberikan mereka perlu mendengarnya walaupun kurang bersetuju, gunakannya apabila ia diperlukan kelak. Jangan segan untuk meminta tips mendidik daripada orang lain terutamanya ibu bapa anda sendiri. Mereka yang gemar berbicara tentang diri sendiri dan keluarga akan lebih ceria apabila membincangkan kaedah yang diguna untuk membesarkan anak-anak sendiri.
Tips mendidik bagi ibu bapa remaja akan sentiasa berbeza dan memerlukan pelarasan bergantung kepada situasi yang dihadapi kerana ibu bapa dan anak-anak saling membesar. Peluang cerah untuk remaja menjadi ibu bapa yang berjaya jika mereka diberikan sokongan padu dan tips mendidik yang berkesan. Keadaan ini juga akan mengurangkan kebimbangan ibu bapa remaja yang lain.
Sumber: Terdapat banyak sumber yang tersedia kepada para remaja yang memerlukan bantuan mengenai tips-tips mendidik yang berkesan. Buku, risalah, cakera padat, pakar terapi dan juga ibu bapa mereka sendiri sedia untuk memberikan panduan kepada mereka mengenai tips mendidik ini.





