Tips Terbaik dalam Mengulangkaji Pelajaran

Posted on January 29, 2013 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Tips mengulangkaji pelajaran boleh membantu anda memaksimumkan potensi dan kebolehan anda dalam bidang pelajaran. Dalam pada itu, tips mengulangkaji pelajaran juga membolehkan anda memaksimumkan kekuatan dan meminimumkan kelemahan anda. Tips-tips berikut akan membimbing anda untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran yang mana tidak hanya berkisarkan tentang isi-isi pelajaran di dalam buku, tetapi juga dari segi pengorganisasian kerja anda.

Mengulangkaji Pelajaran

Pengorganisasian nota-nota pelajaran.

Selain daripada halangan bahasa, satu lagi halangan dalam proses mengulangkaji pelajaran ialah pengorganisasian kerja yang lemah. Semua pelajar dinasihatkan untuk mencatat nota dengan baik dan kemas kerana nota itulah yang akan digunakan sabagai bahan rujukan kelak. Gunakan buku nota yang sama bagi subjek yang sama bagi memudahkan proses mengulangkaji pelajaran. Penggunaan tarikh juga penting supaya rujukan dapat dibuat dengan mudah.

Mencatat semua isi penting yang disebut oleh guru atau pensyarah anda di dalam kelas mengikut urutan yang betul merupakan salah satu cara yang efektif untuk mengulangkaji pelajaran. Organisasi kerja anda juga penting supaya semuanya kelihatan kemas dan tersusun. Penulisan tajuk, subtajuk dan isi penting yang berbeza warna merupakan antara contoh pengorganisasian kerja yang baik.

Penglibatan Kelas

Penglibatan kelas merupakan salah satu cara belajar yang baik. Teknik belajar ini boleh dilakukan dengan mengadakan sesi soal dan jawab serta menyertai aktiviti berkumpulan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, suarakannya supaya anda dan rakan-rakan dapat berbincang bersama-sama untuk mengatasi kemusykilan tersebut.

Semak Semula Nota-nota Anda

Adalah penting untuk menyemak semula nota anda kerana kajian menunjukkan mereka yang menyemak semula nota dalam tempoh 24 jam akan meningkatkan keupayaan untuk mengingat sebanyak 60%.

Semakan semula juga membolehkan anda mengenal pasti sekiranya ada isi penting yang tertinggal ataupun mengesan jika terdapat sebarang maklumat yang mengelirukan seterusnya membetulkan kekhilafan tersebut. Semasa menyemak, jangan lupa untuk melihat tatabahasa yang digunakan supaya tiada kesalahan tatabahasa yang serius.
Anda juga dinasihatkan untuk berdikari dalam pembacaan anda. Membaca perlu dilakukan dengan kerelaan hati, bukannya secara paksaan.

Penggunaan Buku Teks

Guru atau pensyarah anda tidak akan menghuraikan satu per satu maklumat yang terdapat di dalam buku teks. Mereka hanya akan memilih maklumat yang penting untuk diberikan perhatian. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk membaca semula apa yang tidak dihuraikan oleh guru atau pensyarah anda. Sebagai manusia biasa, guru atau pensyarah anda juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi berusahalah sendiri dengan menyemak semula buku teks anda secara keseluruhan. Cari maksud perkataan yang anda tidak tahu dan lebih baik lagi jika anda catatkan maksud tersebut di ruangan buku teks ataupun buku nota anda sebagai rujukan.

Para pelajar juga dinasihati untuk membaca tajuk-tajuk yang belum dipelajari sebagai persediaan bagi membolehkan anda memahami tajuk tersebut dengan mudah apabila mempelajarinya kelak. Anda juga tidak boleh mengabaikan apa-apa tajuk, subtajuk, gambar rajah dan ilustrasi kerana ianya mengandungi ringkasan isi pembelajaran. Kuiz dan ringkasan di akhir setiap bab juga sangat membantu sekiranya anda ingin melakukan rujukan.

Persediaan Tugasan

Jika anda mempunyai kertas tugasan ataupun laporan makmal untuk dihantar, pastikan and adapt menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Tugasan anda perlulah dibuat dengan baik yakni dengan membuat rujukan daripada pelbagai jenis sumber.

Hasil kerja anda perlulah kemas dan menarik perhatian bagi membolehkan anda mendapat markah yang bagus. Hasil kerja yang kemas dan menarik menunjukkan kualiti yang tinggi.

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Jadilah pelajar yang sentiasa aktif kerana sikap sebegini akan membantu anda untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan. Pelajar yang pasif tidak akan dapat menyampaikan isu dan pendapatnya dengan baik sekaligus sukar untuk memahami sesuatu pelajaran itu sepenuhnya.

Persediaan menghadapi peperiksaan seharusnya dibuat dari semasa ke semasa dengan membaca kembali nota-nota yang dibuat dan memfokuskan kepada isi pentingnya. Anda tidak sepatutnya terlalu menekankan penghafalan, sebaliknya tumpukan kepada kefahaman.

Cara terbaik bagi menguji kefahaman anda ialah dengan menyahut cabaran dengan menjawab soalan. Anda boleh menjawab soalan-soalan latihan secara berseorangan mahupun secara berkumpulan.

Hari Peperiksaan

Jangan terlalu memaksa diri anda untuk mengulangkaji pelajaran pada hari peperiksaan kerana tindakan ini hanya akan menyebabkan anda lebih tertekan. Pada waktu kemuncak seperti ini, rujuklah kembali isi-isi penting yang telah anda catat pada hari sebelumnya.

Persediaan fizikal yang baik seperti tidur yang ckup dan pemakanan yang seimbang juga perlu diberi perhatian.

Semua tips yang telah diberikan sebelum ini seharusnya diberi perhatian oleh semua pelajar sebagai persediaan dalam meniti kejayaan kelak.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.