Tips untuk Ibu Bapa yang Mempunyai Anak Hiperaktif

Posted on August 22, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Sejak beberapa tahun yang lepas, semakin ramai kanak-kanak disahkan sebagai “hiperaktif”. Sebelum ibu bapa bergegas mendapatkan priskripsi daripada doktor, ibu bapa seharusnya memahami terlebih dahulu perbezaan di antara “tenaga kanak-kanak biasa” dan “hiperaktif” berlebihan dalam diri seorang kanak-kanak. Hany kerana seseorang kanak-kanak itu teralu aktif dan mempunyai banyak tenaga, tidak bermakna mereka perlu disahkan sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Ibu bapa perlu mengetahui bagamana untuk mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif dan mempelajari beberapa tips untuk memahami mereka sekiranya mereka benar-benar “hiperaktif” atau biasa sahaja.

Tips untuk Ibu Bapa yang Mempunyai Anak Hiperaktif

Simptom-simptom ADHD

Antara tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak hiperaktif ialah :

  • Cepat bosan sekiranya dipaksa melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu lakukan.
  • Tidak boleh mengikut arahan.
  • Tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang tenang dan tidak memerlukan pergerakan.
  • Tidak boleh memproses maklumat sepantas rakan-rakannya yang lain.
  • Sentiasa berbual dan bercakap.
  • Tidak menumpukan perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya.
  • Mudah keliru dan bergerak lebih perlahan berbanding kanak-kanak lain.
  • Gagal untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
  • Sangat sukar untuk menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.
  • Sangat sukar untuk mempelajari sesuatu yang tugasan atau subjek baru.
  • Gelisah dan tidak boleh duduk diam untuk satu tempoh masa yang lama.
  • Pelupa.
  • Sering mengganggu orang lain yang sedang bercakap.
  • Sering menghilangkan barang.
  • Mengeluarkan kata-kata dan komen yang tidak sesuai.
  • Membuat bising dan tidak sabar.
  • Sangat mudah terganggu dan beralih perhatian.

Punca-punca Hiperaktif

Pada masa kini, para penyelidik tidak dapat mengesan punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak hiperaktif. Namun, banyak kajian yang berterusan masih dijalankan. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa ianya merupakan gangguan genetic manakala yang lain pula berpendapat bahawa punca sebenarnya adalah daripada kombinasi persekitaran (termasuklah lampu neon, kecederaan otak, keracunan makanan dan sebagainya).

Selain itu, faktor nutrisi turut menjadi punca berlakunya hiperaktiviti (terlalu banyak gula, fluoride, coklat) selain daripada vaksin yang turut dikatakan sebagai punca utama penyebab hiperaktif. Dalam pada itu, pengambilan alcohol dan penggunaan tembakau semasa mengandung diyakini menjadi penyumbang utama kepada gangguan otak kepada kebanyakan kanak-kanak. Terdapat satu aliran fahaman yang percaya bahawa hiperaktif boleh dikaitkan dengan penjagaan prenatal yang tidak mencukupi.

Di samping itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa kanak-kanka dengan gen tertentu mempunyai tisu yang nipis di dalam otak yang mana ianya dihubungkan dengan pusat kawalan tumpuan. Dalam beberapa kajian lain pula membuktikan bahawa ketebalan tisu tersebut akan semakin meningkat seiring dengan usia kanak-kanak terbabit. Apa yang menariknya ialah apabila ketebalan tisu ini semakin meningkat, simptom hiperaktiviti ini semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kajian berterusan akan terus dijalankan sehingga jawapan yang muktamad ditemui. Berhati-hatilah kerana tiada satu ujian pun boleh dijalankan oleh doktor bagi mendiagnosis kanak-kanak hiperaktif.

Tips untuk Ibu Bapa yang Mempunyai Anak Hiperaktif

Ibu bapa yang mempunyai anak yang benar-benar hiperaktif (bukannya sekadar terlalu aktif) pasti sering keletihan, kepenatan dan penuh kekecewaan. Tekanan mental amat meletihkan, tetapi tekanan fizikal dalam menjaga anak-anak seperti ini pasti berlipat kali ganda letihnya. Pasti terdapat beberapa teknik yang berkesan untuk sesetengah kanak-kanak, tetapi bukan semua. Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. Berikut merupakan tips-tips yang disyorkan untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif :

  • Kurangkan (atau hapuskan) pengambilan gula. Pengambilan gula yang tinggi bagi sesetengah kanak-kanak menyumbang kepada kitaran hiperaktif ini.
  • Rutin sangat penting bagi kanak-kanak hiperaktif. Ibu bapa pasti dapat mengesan bahawa mereka akan bertindak di luar kawalan apabila tidak mengikut rutin. (bagi sesetengah kanak-kanak hiperaktif, terdapat kaitan secara langsung dengan gangguan kompulsif berlebihan). Semua kanak-kanak memerlukan kestabilan, namun kanak-kanak hiperaktif memerlukan kestabilan dan rutin hidup.
  • Pastikan kanak-kanak ini mempunyai aktiviti-aktiviti yang sangat berstruktur dan cuba kurangkan waktu lapang mereka. Ibu bapa perlu melibatkan diri dengan lebih kerap dalam kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak hiperaktif berbanding dengan kanak-kanak normal.
  • Anda perlu faham bahawa kebanyakan kanak-kanak hiperaktif melebihi kecerdasan purata yang berlebihan dan ini menyebabkan mereka cepat bosan. Carilah aktiviti dan subjek yang boleh menarik minat dan menggalakkan mereka untuk terus belajar.

Rawatan untuk Hiperaktif

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang kini digunakan oleh kanak-kanka hiperaktif. Namun ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan sampingan setiap ubat-ubatan ini. Kebanyakan ubat-ubatan ini adalah perangsang yang mana boleh memberikan kesan menenangkan kepada kanak-kanak hiperaktif. Sehingga kini tiada satu pun jalan penyelesaian bagi masalah ini. Oleh itu, pastikan anda mengetahui kesan samping ubat-ubatan ini kerana penawarnya masih lagi tidak ditemui. Penyelidik juga mendapati bahawa terdapat banyak ubat-ubatan semula jadi telah memberikan hasil yang positif.

Tekanan dan Ganjaran

Mempunyai anak hiperaktif sememangnya amat memenatkan dan memberi tekanan. Namun ganjaran dan anugerah yang paling bernilai ialah apabila kanak-kanak ini membesar keluar daripada gejala hiperaktif ini dan mula berfungsi dengan normal.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.