Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan…….. Oleh Mohd. Ammer Ashraf Bin Kamarudin

Posted on February 8, 2014 · Posted in Testimoni

Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan

Saya merupakan pelajar yang biasa-biasa sahaja tetapi sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan yang terbaik dalam pelajaran. Alhamdulillah, saya telah diterima masuk di Maktab Rendah Sains Mara. Sebagaimana yang anda ketahui, MRSM merupakan sebuah institusi yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang, maka bayangkan, bukan mudah untuk saya bersaing dengan pelajar-pelajar pintar disitu. Agak mengecewakan apabila saya tidak dapat untuk berseiringan dengan mereka. Pencapaian yang saya impikan juga tidaklah sebaik yang diharap kerana pencapaian saya tidak menentu. Jika berjaya pun hanya sekadar memuaskan. Memandangkan pembelajaran yang semakin sukar serta harapan ibu bapa yang tinggi membuatkan saya perlu lebih berusaha keras lagi daripada sebelum ini. Pastinya setiap ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya di dalam pelajaran, tidakkah begitu? Jadi, keadaan yang saya alami ini amatlah merisaukan ibu bapa saya, lebih-lebih lagi apabila saya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.

Pada pertengahan tahun 2011, kehidupan saya mula berubah apabila ayah saya telah memperkenalkan produk Memo Plus Gold kepada saya sebagai makanan tambahan bagi membantu meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran. Sebagai setiap ayah yang bertanggungjawap pasti mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka bukankah begitu?. Begitu jugalah dengan ayah saya. Disaat ayah memberikan Memo Plus Gold, saya melihat kesungguhan yang terpamer di wajah ayah serta renungan matanya yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini. Saya percaya, ayah mahukan yang terbaik untuk saya. Jadi, untuk tidak menghampakan ayah, maka saya pun mencubanya.

Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan…….. Oleh Mohd. Ammer Ashraf Bin Kamarudin

Alhamdulillah. Itulah ucapan yang saya ucapkan selepas menggunakan produk ini seawal 6 bulan pertama pengambilannya. Saya sedari bahawa sedikit demi sedikit saya mula merasakan kelainan dalam diri saya. Bayangkan, jika sebelum ini saya lebih banyak berkhayal, mengantuk dan tidak fokus, kini keadaan sudah berubah jauh lebih berbeza. Saya berasa lebih segar dan cergas setiap kali menjalani sesi pembelajaran di dalam kelas. Saya sudah boleh menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Melalui amalan pengambilan Memo Plus Gold ini juga , daya ingatan saya semakin kuat. Fakta-fakta yang sukar untuk diingati kini menjadi lebih mudah untuk diingati. Formula-formula penting juga dengan mudah saya dapat hafal. Perkara yang paling menggembirakan lagi apabila pencapaian saya di dalam peperiksaan mula menunjukkan peningkatan. Hari demi hari guru-guru mula menyedari perubahan yang saya alami.

Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan…….. Oleh Mohd. Ammer Ashraf Bin Kamarudin
Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan…….. Oleh Mohd. Ammer Ashraf Bin Kamarudin

Berkat doa dan usaha disamping pengambilan Memo Plus Gold secara berterusan sejak pertengahan 2011 sehingga penghujung 2012, saya berjaya meraih anugerah penghormatan pengetua berturut-turut. Saya juga turut menempa nama dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan debat, pidato, tenis, bola sepak dan olahraga. Bayangkan, tidakkah memenatkan? Ya, sememangnya memenatkan, namun dengan adanya Memo Plus Gold, saya masih mampu untuk terus fokus dan memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam pelajaran  walaupun saya terpaksa menjalani rutin harian yang sentiasa padat. Penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum bukanlah satu alasan untuk saya ketinggalan dalam bidang akademik.

Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan…….. Oleh Mohd. Ammer Ashraf Bin Kamarudin

Sijil Graduasi

Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan…….. Oleh Mohd. Ammer Ashraf Bin KamarudinPerkara yang paling bermakna berlaku pada saya ialah, apabila akhirnya saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan Tiga pada Majlis Graduasi Sekolah pada tahun 2012 dengan memperoleh keputusan 8A di dalam PMR. Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Illahi atas segala rezeki dan kecemerlangan yang berjaya saya kecapi. Tidak pernah terlintas di lubuk hati bahawa saya mampu untuk menjadi pelajar terbaik keseluruhan. Inilah hadiah yang dapat saya berikan kepada ibubapa saya yang telah bertungkus lumus membantu dalam pendidikan saya. Terima kasih ayah kerana memperkenalkan produk Memo Plus Gold kepada saya. Kini anak ayah tidak lagi lemah seperti dulu.

Saya mahu berkongsikan pengalaman ini bersama anda. Bukankah ia impian setiap pelajar? Seperti yang anda boleh gambarkan, bagaimana rasanya perasaan anda apabila meletakkan diri anda ditempat saya sejenak? ‘It feels good, isn’t it?’ Selepas 18 bulan mengamalkannya, ia benar-benar mengubah diri saya untuk terus maju dalam pelajaran. Selami apa yang dapat saya rasakan dikemuncak kejayaan saya sekarang dan saya pasti anda juga boleh melakukannya. Terima kasih Memo Plus Gold!Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.