Teknik Pantas Mengingat untuk Peperiksaan

Posted on February 10, 2014 · Posted in Memo Plus Gold, Teknik Membelajar Efektif, Uncategorized

Persediaan untuk menjalani peperiksaan adalah satu proses yang amat memenatkan jika kamu tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk mengulangkaji selepas pembelajaran di sekolah. Kamu mungkin menjerat diri kamu dengan situasi yanp.txtg sukar apabila perlu mengingat pelbagai informasi dan fakta dari semua subjek dengan masa yang suntuk menjelang peperiksaan.Di dalam situasi ini, kamu akan mula bertanya atau mencari penyelesaian mudah untuk mengingat secepat yang boleh.  Berikut merupakan tip-tip mudah untuk mengingat dan menghafal dengan pantas supaya dapat membantu kamu mempelajari fakta dan formula untuk peperiksaan serta ujian.

 

Tip Pertama – Hapuskan semua gangguan

Untuk mempelajari cara mengingat dengan cepat, kamu perlu menghapuskan semua gangguan yang boleh mengganggu proses pembelajaran dan penghafalan. Ini merupakan salah satu perkara paling penting yang kamu harus lakukan ketika belajar untuk peperiksaan yang semakin hampir. Ia memerlukan kamu menghentikan beberapa aktiviti yang kerap kamu lakukan, contohnya menggunakan media sosial seperti Facebook dan aktiviti bersama teman rapat sehinggalah tamat peperiksaan itu nanti. Ini akan membantu kamu memberi tumpuan kepada pembelajaran serta meningkatkan tahap penghafalan. Inilah pengorbanan yang harus kamu lakukan jika mahu belajar bagaimana untuk mengingat dengan pantas.

Tip Kedua – Cipta Mnemonic

Belajar cara mengingat dengan pantas melalui ciptaan teknik mnemonic.  Mnemonic merupakan perkataan atau ayat mudah yang membantu kamu menghafal senarai panjang fakta ataupun informasi. Mencipta mnemonic adalah sangat mudah.

Jom lihat langkah demi langkah dalam mencipta mnemonic kamu sendiri .

1.  Tulis huruf pertama fakta yang kamu ingin hafal di atas sekeping kertas.

2.  Huruf permulaan haruslah di atur memanjang ke bawah dan setiap huruf harus mengikut turutan ayat yang sebelumnya

3. Cuba cipta ayat mudah dari semua huruf yang kamu tuliskan di atas kertas. Cipta sesuatu yang kamu rasa mudah untuk di ingati.

4. Ayat itu haruslah meletakkan huruf pertama tadi sebagai perkataan yang kamu cipta.

Tip Ketiga – Kaitkan konsep yang baru kamu belajar dengan konsep yang kamu ketahui

Apabila kamu belajar untuk menghafal dengan pantas, kaitkan konsep yang baru kamu pelajari dengan konsep yang telah kamu hafal sebelumnya kerana ini telah terbukti berkesan dapat membantu proses mengingat. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah mengaitkan pengetahuan yang baru kamu pelajari dengan yang lama. Ini bakal membantu kamu mengingati idea baru lebih pantas dan lebih mudah. Mengingati tip yang kamu sedang baca ini juga membantu kamu menghafal lebih pantas seterusnya meningkatkan lagi teknik kamu untuk menyimpan lebih data di dalam otak.

Tip Ke empat – Bayangkan Fakta yang kamu ingin Ingat

Kamu juga boleh cuba membayangkan perkara yang ingin kamu ingati. Ia merupakan satu teknik yang amat efektif dalam mempelajari cara mengingati dengan pantas. Mencipta gambaran tentang perkara yang kamu sedang belajar mampu membantu minda kamu untuk mengingati dan menggunakan memori itu ketika di perlukan kemudian. Contohnya, apabila peperiksaan dan ujian berlansung. Orang yang mempunyai imaginasi yang kuat dan kelebihan mengingat berbentuk gambar (photographic memory)  boleh menggunakan teknik ini kerana kelebihan mereka untuk belajar mengingati dengan lebih pantas.

Tip Kelima – Gunakan kelebihan latihan minda

Menjaga minda kita supaya sentiasa sihat dan tajam merupakan kunci untuk mempelajari teknik mengingat dengan pantas. Supaya minda kita mampu berfungsi di tahap yang kita mahu, latihan minda di perakui mampu memberi kelebihan. Latihan minda seperti Sudoku, permainan susun suai gambar dan permainan teka silang kata boleh membantu seseorang sentiasa mempunyai minda yang tajam serta mampu menyimpan pelbagai informasi yang kompleks. Oleh itu, jika kamu mahu belajar bagaimana untuk mengingati dengan pantas, maka kamu harus menggunakan masa lapang dengan bermain permainan berikut bagi menajamkan minda kamu.

Untuk lebih bantuan dan kelebihan dalam mengingat dengan pantas , pengambilan Memo Plus Gold secara berterusan mampu membantu meningkatkan daya ingatan dan membuatkan pembelajaran lebih kamu lebih seronok.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.