Adakah Televisyen memberikan Impak Negatif kepada kita ?
Pastinya di dalam banyak cara. Kamu akan mulai hilang keupayaan untuk memberi tumpuan. Sesetengah orang menonton menggunakan bahagian otak yang penting di mana ianya merupakan laluan terus kepada minda separa sedar. Ia menyebabkan kita menjadi kurang bijak – kerana kita tidak perlu melakukan apa-apa selain melihat sahaja cerita yang di tayangkan.
Ini menjadikan otak kita tidak aktif kerana kurang di gunakan untuk berfikir. Ia mengajar kita untuk berfikiran sama seperti orang lain.
Kamu juga mungkin makan makanan yang tidak berkhasiat akibat terpengaruh dengan iklan makanan ringan yang banyak di siarkan ketika waktu iklan. Persoalannya, bolehkah televisyen menyebabkan kamu makan dengan lebih banyak ? Keputusan kajian yang baru di perolehi menunjukkan seseorang yang makan tengah hari sambil menonton televisyen akan makan lebih snek ketika waktu petang termasuklah pengambilan makanan seperti biskut.
Satu lagi keburukkan adalah dari segi ingatan yang makin merosot. Di dalam satu kajian, sekumpulan wanita makan tengah hari sambil menonton rancangan komedi dan apabila di tanya apa yang mereka makan, ingatan mereka adalah samar-samar. Mereka didapati telah hilang keupayaan untuk menilai apa yang mereka makan dan berapa banyak yang mereka makan. Ini merupakan kesan buruk terhadap ingatan akibat kesan negatif pengiklanan industri permakanan.
Pengajaran yang boleh kita dapat di sini adalah cara dan tradisi ajaran datuk nenek kita beribu tahun dahulu amatlah penting untuk kita ikuti. Jangan terburu-buru ketika makan dan sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang kamu sedang makan. Makan perlahan-lahan dan rasai setiap perisa yang masuk ke dalam mulut kamu. Samada ianya sedap atau tidak. Dengan itu kamu menggunakan otak kamu untuk memberi arahan kepada deria rasa kamu seperti yang sepatutnya berlaku tanpa gangguan televisyen.
Walaupun teknologi membenarkan pengiklanan yang telus, syarikat pengiklanan lebih gemarkan iklan yang menyembunyikan mesej mereka di dalam kebenaran yang di reka. Impak negatif daripada pengiklanan mula memberi kesan apabila pelbagai gejala dan permikiran tidak sihat lahir akibat pengaruh dari iklan.
Amat mudah untuk kita melihat rakyat Malaysia yang obesiti kerana di pengaruhi makanan ringan yang senang di dapati di negara kita. Kegemukkan di kalangan kanak-kanak merupakan masalah permakanan terburuk yang di lakukan oleh pengiklanan di televisyen yang bermotifkan keuntungan semata. Restoran makanan segera sengaja mensasarkan kanak-kanak sebagai target pasaran mereka untuk mempopularkan dan menjual produk di tawarkan. Dan mereka juga sengaja tidak memberi infromasi yang mencukupi yang menunjukkan betapa tidak sihatnya makanan yang mereka jual.
Oleh itu, pastikan kamu melarang ahli keluarga dan anak kamu untuk menonton televisyen ketika makan, mengulangkaji pelajaran atau pun menonton televisyen setiap masa terutamanya ketika cuti hujung minggu. Perbanyakkan aktiviti luar supaya minda dan fikiran anda sekeluarga lebih segar dan lebih sihat.



