Hidup mempunyai tujuan. Ia perlu di terokai dan kamu perlu berani meneroka serta berseronok melakukannya. Tetapi dengan wujudnya masyarakat kita tidak berpeluang untuk hidup dengan berseronok sahaja. Kita perlu bekerja keras dan berusaha untuk berjaya supaya kita mempunyai tempat tinggal yang lebih baik dan juga kerjaya dengan gaji yang tinggi.
Secara jujur, tidak semua orang yang lahir akan berjaya atau bekerja keras untuk berjaya. Sesetengah orang memilih untuk hidup secara sederhana dan menikmati kehidupan mereka. Mereka tidak mengubah dunia atau memberikan impak besar di dalam kehidupan bermasyarakat tetapi dengan hidup, mereka juga memenuhi tujuan mereka wujud di dunia.
Jangan biarkan masyarakat mengadili diri kamu dan jangan pula kamu mengadili apa yang kamu buat.
Ya, sesetengah orang sejak lahir telah mempunyai matlamat yang ingin mereka capai seperti merubah dunia ataupun mendapatkan kekayaan. Biarkan mereka. Kamu hanya perlu berdiam diri dan lihat segalanya dari jauh. Tiba masanya kehidupan kamu juga pasti ada tujuannya seperti orang lain.
Berikan kegembiraan, kasih saying dan simpati kepada dunia. Lakukan apa yang membuatkan kamu gembira dan kongsi pengalaman kamu. Elakkan menyakiti seseorang.
Kadangkala perkara yang kecil mampu membawa akibat yang besar. Dengan satu senyuman kamu mampu menceriakan hari seseorang yang mungkin juga membawa kepada kebaikkan yang seterusnya.
Oleh itu, sama ada kamu mempunyai tujuan sendiri untuk hidup kamu atau sekadar menikmati hidup, kamu adalah insan penting yang melengkapkan dunia ini.



