Kegembiraan Membina Insan

Posted on March 2, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Kegembiraan sangat penting kepada kita, sebagai seorang individu dan juga dunia. Sebagai seorang manusia, walaupun kita amat bijak dan mampu berfikir , kita biasanya bertindak mengikut emosi. Sebagai contoh, adakah kamu mahu hidup dengan harta kekayaan yang banyak tetapi kesunyian atau kamu hidup miskin tetapi penuh kegembiraan. Pastinya kamu memilih untuk hidup dengan gembira.

Jika kita melihat kegembiraan dari sudut kebaikkan dan kejahatan, kita dapat lihat bahawa tanpa kegembiraan seseorang itu akan menjadi kejam manakala seseorang yang bahagia dan gembira biasanya amat di sukai dan di puja.

Kebanyakkan orang amat menitik beratkan etika, pengetahuan, kecantikkan, kesihatan, keamanan dan keadilan tetapi lupa bahawa dengan kegembiraan semua itu boleh di capai dengan mudah. Sedihnya kita telah di bentuk untuk bekerja keras bagi mencapai matlamat kita dan menghiraukan keinginan hati kita untuk bergembira. Secara tidak lansung ia telah menjadikan tahap kegembiraan di seluruh dunia kepada 65 peratus sahaja.

Kajian baru-baru ini menunjukkan kepentingan kegembiraan di dalam hidup manusia. Ia menunjukkan bahawa kegembiraan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan bertimbang rasa. Apabila kita gembira, kita lebih cenderung untuk merasa belas kasihan, menjadi lebih kreatif, lebih bertenaga dan sihat tubuh badan. Seterusnya ini akan memberi kesan kepada dunia kerana menjadi lebih gembira bermakna lebih ramai orang yang baik di lahirkan di dunia ini.

Di dunia ini kita berkongsi kehidupan kita bersama pasangan, ibubapa, anak-anak dan rakan-rakan. Dengan kegembiraan yang kita capai, perhubungan pastinya lebih baik dan kehidupan juga lebih menarik dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Kerana itulah kita harus mengajar anak-anak erti kegembiraan dalam kebahagian hidup.

Kegembiraan bukan sahaja penting kepada kita sebagai individu malahan penting di dalam masyarakat. Rasa tidak gembira boleh mengakibatkan perang dan serangan pengganas. Negara yang menyerang negara yang lain biasanya atas alasan tidak gembira dengan isu politik, keagamaan dan sebagainya. Bagi negara yang gembira, mereka akan bertindak adil. Orang yang gembira tidak akan melakukan sesuatu yang kejam.

Kini anda dapat lihat kenapa kegembiraan amat penting kepada kehidupan kita sebagai seorang individu ataupun bermasyarakat.Kegembiraan menentukan nilai kehidupan dan keamanan yang sepatutnya di nikmati oleh setiap insan.

Nyalakan api kegembiraan anda dan jangan biarkan ianya padam.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.