3 Kunci Kejayaan

Posted on March 4, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Jika kamu mempunyai keinginan untuk menjadi lebih baik atau berjaya dalam melakukan sesuatu, maka artikel ini akan memberikan kamu asas untuk melakukannya. Tidak kira samada kamu mempunyai gaji yang banyak sekarang atau bekerja di organisasi yang besar, kamu pastinya mempunyai keinginan untuk mendapatkan lebih lagi untuk kehidupan kamu. Untuk itu kamu perlu matlamat yang jelas untuk apa yang ingin kamu capai.

Sentiasa ingat keazaman untuk berjaya adalah perkara yang paling penting sekali – Abraham Lincoln

Langkah pertama yang kamu boleh lakukan adalah dengan mencontohi orang yang telah berjaya.

1. Dapatkan seorang mentor

Setiap orang yang berjaya pastinya ada tulang belakang yang membantu atau memberi tunjuk ajar kepada mereka. Mentor bukan sahaja memberikan dorongan malahan cabaran kepada pemikiran dan tindakan yang perlu di lakukan oleh kamu. Mendapatkan mentor bukan bermakna siapa salah atau betul tetapi untuk meluaskan pandangan kamu dalam mencari potensi diri kamu. Seorang mentor akan memastikan kamu tidak berputus asa ataupun mengalah kepada cara kamu yang lama kerana mereka percaya kamu memegang takdir diri kamu sendiri. Jika kamu mahu berjaya, pasti kamu mampu lakukan.

2. Jaga kesihatan – Nikmati hidup..rehat..berfikir..makan

Kita semua sedia maklum hidup secara sihat dengan beriadah dan makan benda berkhasiat sangat penting. Tetapi, untuk jalan ke arah kejayaan yang sebenar, ia tidak cukup. Sangat penting kami minda kamu untuk membantu keputusan kamu untuk berjaya.

Sentiasa berwaspada dengan pemikiran negatif dan monolog dalaman. Ia akan menamatkan proses kejayaan kamu lebih pantas dari perkara lain. Ini bermakna kamu perlu memprogramkan semula fikiran kamu. Untuk melakukan ia, sentiasa memastikan kamu berada di landasan yang betul dalam mencapai matlamat kamu. Fikiran kita tidak dapat membezakan antara fakta dan kepercayaan kita. Oleh itu dengan memperkatakan kamu berjaya maka fikiran kamu akan menerima fakta terbabit.

Setelah kamu 100 peratus berfungsi dengan keazaman dalam mencapai kejayaan, tiada apa yang mampu menghalang kamu. Semua perkara akan jadi mungkin. Tiada yang mustahil lagi.

3. Butakan diri kamu

Hanya fokus kepada matlamat kamu sahaja. Butakan diri kamu dari segala cabaran dalam mencapai matlamat itu. Henry Ford pernah berkata “ halangan merupakan satu benda yang amat menakutkan apabila kamu berpaling seketika dari matlamat kamu”. Oleh itu sentiasa memandang ke arah matlamat itu dan butakan pandangan kamu dengan cabaran di sekelilingnya.

Kejayaan walau apapun maknanya kepada kamu boleh di capai oleh setiap orang. Terutamanya kamu. Dengan mata kamu tepat memandang matlamat itu, seorang mentor yang membawa kamu menyusuri jalan kejayaan dan sikap yang betul, kamu pastinya menuju kejayaan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.