Kita adalah TABIAT kita

Posted on March 8, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Tabiat merupakan gambaran sebenar diri kita. Ia bakal meletakkan kita jauh ke hadapan ataupun menghalang kita maju ke depan.

Malangnya, apabila mengatakan tentang tabiat, adalah mudah untuk mendapat tabiat yang buruk berbanding yang baik. Ini di sebabkan tabiat buruk senang di lakukan. Ia memerlukan kurang usaha manakala tabiat yang baik memerlukan usaha dan disiplin. Oleh itu amat susah di lakukan.

Tabiat negatif adalah membuang masa, memusnahkan kesihatan dan perwatakkan tidak baik. Apabila tabiat tidak baik telah kita ikuti, amat susah untuk kita melupakan tabiat itu di masa kan datang. Setelah berjaya kita atasi pastikan kita sentiasa berwaspada agar tidak kembali semula ke tabiat yang tidak baik itu. Berbanding tabiat buruk, tabiat yang baik lebih senang di lupakan. Memastikan tabiat baik sentiasa di ikuti memerlukan perhatian sepanjang masa.

Ia lebih mudah untuk mendapat tabiat buruk terutamanya ketika usia muda, di mana kita gagal melihat kesannya di masa hadapan.

Tabiat baik apabila di mulakan akan membawa seseorang ke kejayaan dan kecemerlangan.

Satu perkara yang dapat membantu kamu mengikuti tabiat baik adalah dengan member perhatian kepada gambaran besar. Ingatkan diri kamu setiap hari yang kerja yang di siapkan akan membawa kamu lebih hampir ke matlamat. Jangan berputus asa jika kamu tiba-tiba melakukan tabiat buruk kamu, hanya kembali semula ke jalan yang betul. Pastikan diri kamu tidak melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan dan jangan terlampau memikirkan kesilapan ini.

Jangan biarkan orang lain mempersoalkan tabiat baik yang sedang kamu lakukan. Mereka hanya cuba menarik kamu jatuh sama seperti tahap mereka. Seseorang yang bersenam selalu dan makan secara sihat selalu di tafsirkan sebagai fanatik, tetapi mereka hanya merasa bersalah kerana merekan tidak mempunyai keazaman untuk melakukan apa yang kamu lakukan.

Duduk dan fikir untuk seketika tentang tabiat yang kamu ada. Apa tabiat baik kamu dan apa tabiat yang menghalang kamu ? Perwatakkan seseorang di bina berdasarkan tabiat yang baik yang di gunakan dan menghalang tabiat buruk dari menguasai mereka. Ini adalah kehidupan kamu jadi gunakan tanggungjawab kamu untuk memastikan kamu berjaya dan cemerlang dengan tabiat yang baik.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.