Sebagai seorang pelajar adalah perlu untuk kamu mempunyai teknik dalam mengingati bahan yang kamu pelajari. Kita akan bincangkan 4 teknik untuk meningkatkan ingatan kamu.
Belajar Mengikut Urutan
Belajar idea utama kemudian barulah mengambil kira butirannya.
Di permulaan semester, baca sambil lalu buku teks kamu supaya kamu mempunyai idea berkenaan apa yang bakal kamu pelajari di dalam kelas. Sebelum kamu membaca keseluruhan topik, pastikan kamu faham maksud keseluruhan topik terbabit supaya kamu tahu apa yang bakal kamu pelajari. Ini akan memberikan rangka untuk pemahaman kamu terhadap butiran kecil yang lain sepanjang kamu membacanya kemudian.
Jadikan informasi itu berkaitan. Cuba untuk mengaitkan apa yang kamu pelajari di dalam kelas dengan kehidupan harian kamu atau karier masa depan. Membuatkan informasi itu supaya berguna kepada kamu akan menjadikan ia mudah di fahami dan di ingati. Sambungkan informasi baru yang kamu tahu dengan yang baru kamu pelajari. Dengan mencipta hubungan akan membuatkan ianya mudah di pelajari dan di ingati. Informasi di simpan di dalam otak mengikut tema dan dengan mengaitkan ia dalam membantu informasi ini duduk di tempatkan di dalam otak kamu bersama tema yang sama.
Tingkatkan Ingatan dengan bantuan fizikal
Gunakan badan kamu dan deria untuk membantu kamu membina ingatan. Di katakan bahawa seseorang itu akan ingat 90 peratus dari apa yang mereka lakukan, 75 peratus daripada apa yang mereka lihat dan 25 peratus oleh apa yang mereka dengar. Belajarlah secara aktif dengan memasukkan cara fizikal seperti membaca dengan kuat sambil berdiri menggunakan tangan, kaki , mata, telinga dan suara. Dengan menggunakan badan kamu untuk belajar, kamu akan merasa lebih bertenaga dan kurang tahap kebosanan. Mungkin kamu telah menggunakan teknik ini secara tidak kamu sedari apabila bersedia untuk berucap tetapi ianya juga boleh kamu adaptasi untuk proses pembelajaran.
Jangan gementar kerana dengan perasaan gementar kamu akan lebih mudah lupa dan tidak dapat berfikir dengan jelas. Dengan membuang perasaan gementar kamu akan membenarkan lebih darah mengalir di bahagian otak seterusnya membantu permikiran yang lebih jelas. Tanpa perasaan gementar, otak kita lebih efektif dalam melaksanakan tugasannya.
Gunakan juga imaginasi kamu. Dengan menggambarkan perkara yang kamu belajar dalam bentuk gambaran, kamu akan lebih mudah mengingati dan boleh mengaitkan perkara yang kamu belajar dengan informasi yang baru kamu dapat.
Tingkatkan ingatan dengan menggunakan minda
Ingatan jangka pendek tidak efektif bagi membantu kamu ketika ujian atau peperiksaan. Ingatan jangka pendek mempunyai kapasiti yang terhad dan tidak memberikan respon yang baik ketika dalam tekanan. Ingatan jangka panjang lebih berguna kerana boleh di harap ketika kamu mengalami tekanan dan kapasitinya tidak terhad. Memindahkan informasi dari jangka pendek ke jangka panjang memerlukan masa, tenaga,pemahaman dan pengulangan. Bila kamu belajar sesuatu topik pastikan kamu menggunakan teknik berlainan beberapa kali. Selain itu tukarkan urutan setiap topik yang kamu pelajari setiap kali. Menurut satu ideologi, kita lebih ingat perkara terakhir yang kita pelajari ataupun perkara pertama yang kita dengar. Oleh itu pelbagaikan aturan pembelajaran kamu untuk topik- topik terbabit.
Sesuaikan sikap kamu terhadap pembelajaran. Jika kamu mendapati subjek itu bosan dan tidak menarik, ianya akan menjadi lebih susah untuk di pelajari. Jika kamu mempelajari cara menjadi juruterbang, kamu pasti akan memberi perhatian kepada tenaga pengajar memandangkan pembelajaran itu menentukan keselamatan kamu. Walaupun pembelajaran di kelas tidak menunjukkan keadaan yang membimbangkan terhadap hidup kamu, cuba untuk bersikap positif kerana ia bakal menambahkan lagi keupayaan kamu untuk mengingat. Jika kamu percaya ianya mustahil atau sukar, kamu pasti akan mengalami kesukaran untuk mempelajarinya.
Berlatih menggunakan teknik berlainan untuk kelas yang berlainan. Guna pelbagai teknik belajar untuk bahan yang berlainan. Jika kamu belajar cara untuk menyelesaikan masalah matematik atau kejuruteraan, selesaikan masalah kemudian ulangi langkah terbabit supaya kamu faham bagaimana kamu dapat langkah pertama ke langkah kedua dan seterusnya dengan sahabat kamu. Terdapat pelbagai teknik yang boleh kamu gunakan untuk kelas yang berlainan dan amat penting untuk kamu memilih teknik yang sesuai dengan bahan yang ingin kamu pelajari.
Masa untuk mengingati
Buat pelan untuk ulangkaji selalu. Adalah lebih baik jika pelan mengulangkaji kamu berlainan. Sebagai contoh, kamu boleh mengulangkaji nota kamu dengan senyap, membacanya dengan kuat atau menulis singkatan utama untuk nota kamu, mencipta cara untuk menggunakan informasi, uji diri kamu dengan nota yang ada atau ajarkan informasi kepada kawan kamu. Menggunakan pelbagai cara untuk mengulangkaji akan membantu kamu memahami bahan dengan lebih mendalam.
Jika kamu tidak boleh mengingati sesuatu, lakukan sesi “brainstorming”. Tidak dapat mengingati informasi merupakan salah satu proses pembelajaran. Cara penyelesaiannya adalah dengan mencipta hubungan di antara informasi yang kamu cuba pelajari dengan informasi yang kamu tahu. Jadi, jika kamu tidak berupaya untuk mengingati sesuatu, tumpukan perhatian kepada topik terbabit dan kaitkan ia dengan sesuatu yang kamu tahu.
Selain teknik-teknik di atas, kamu juga boleh mendapatkan Memo Plus Gold dan mengamalkan makanan tambahan ini setiap hari untuk meningkatkan daya ingatan kamu. Dengan ingatan yang lebih kuat, pastinya kecemerlangan di tangan kamu.



