Kebaikkan Pendidikan dari Segi Sosial

Posted on March 10, 2014 · Posted in Pengetahuan am

old_man_using_computerPendidikan memberikan kebaikkan yang amat luas kepada masyarakat. Sebagai contoh, lebih ramai orang yang berpendidikan hidup lebih lama.

Apakah matlamat paling utama pendidikan? Ahli falsafah barat seperti Aristotle dan Plato mengatakan pendidikan merupakan pusat kepuasan moral seseorang individu dan kesihatan masyarakat di mana mereka tinggal. Dalam beberapa dekad ini, kajian telah menunjukkan kesahihan kata-kata terbabit kerana pendidikan bukan sahaja di lihat dapat membantu seorang individu bekerja lebih baik malahan meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan, dapat melahirkan ahli masyarakat yang aktif dan menghalang keganasan. Analisis menunjukkan bukti hubungan di antara pendidikan dan kelebihan sosial termasuklah kesihatan, hubungan di antara masyarakat, dan hubungan di antara negara yang lebih baik.

Jangka masa kehidupan seseorang individu dapat di lihat daripada keadaan sosio ekonomi mereka di mana sesuatu keadaan mampu memberi kesan kepada kesihatan mereka. Di dalam kebanyakkan negara, keadaan jangka masa kehidupan dari lahir lagi di anggar mencapai 80 tahun dalam tahun 2010. Perempuan hidup 6 tahun lebih lama dari lelaki dengan anggaran 83 tahun berbanding 77 tahun untuk lelaki.

Jangka masa kehidupan menunjukkan keadaan sosio-ekonomi seseorang individu di mana ia memberi kesan terhadap keadaan kesihatan dan kadar kematian.

Dan jangka masa kehidupan pula amat berkait rapat dengan keadaan pendidikan seseorang.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.