Cabaran dan Kuasa Penerimaan

Posted on March 12, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Kehidupan tidak lari dari kekecewaan. Kadangkala ia mungkin sesuatu yang kecil dan kadangkala ianya satu kekecewaan yang besar dan sangat menyedihkan kamu. Apabila ini berlaku terhadap kita, ada beberapa pilihan untuk kita bereaksi. Sesetengah dari kita mungkin melepaskan impian yang dibina manakala sesetengah lagi akan terus berlawan untuk mencapainya dan sesetengah lagi mungkin memilih jalan lain untuk di ikuti.

Satu perkara penting dalam menghadapi kekecewaan adalah penerimaan. Apabila kamu sentiasa melawan keadaan dan kekecewaan ia akan meninggalkan kamu dengan perasaan tertekan, penat dan tidak mudah di dekati. Terutamanya ketika masalah asyik timbul dan kamu menjadi semakin penat dan tertekan untuk menghalangnya.

Berlatih menerima boleh membantu mengurangkan tekanan dalaman dan membolehkan kamu melihat situasi kamu dengan lebih jelas. Menerima situasi itu tidak bermakna kamu berputus asa. Ia juga tidak bermakna kamu perlu 100 peratus gembira dengan hidup kamu sekarang. Penerimaan bermaksud kamu menerima di mana kamu berada ketika ini walaupun keadaan kamu tidak memberansangkan.

Mungkin kamu bencikan kerja kamu atau mungkin perkahwinan kamu semakin hambar. Mungkin kamu mengalami kesukaran dalam menguruskan badan. Walau apa pun penyebab tekanan kamu, cuba menerimanya daripada terus melawan. Ulang kata-kata ini,” Mungkin aku tidak gembira dengan keadaan aku sekarang tapi aku akan cuba menerimanya. Aku akan cuba apa yang patut dan berserah seterusnya kepada Tuhan. Aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini dan aku pasti lebih  banyak rezeki akan datang kepada diriku kemudian”.

Ia mungkin memerlukan banyak latihan pada mulanya tetapi apabila kamu melakukan ia secara berterusan , sesuatu yang menakjubkan akan berlaku. Kesukaran kamu pasti tidak akan nampak terlalu teruk. Ia tidak akan hilang sekelip mata tetapi ia pastinya tidak terlalu teruk lagi. Hidup kamu pastinya tidak nampak terlampau susah lagi. Jawapan kepada permasalahan kamu juga mungkin akan muncul. Jika ianya tidak berlaku ketika itu, tidak mengapa. Ia pastinya akan tiba. Hanya sentiasa berlatih menerima dan percayalah ia akan kembali baik.

Saya percaya semua perkara berlaku ada sebabnya. Kita berada di mana kita ada sekarang kerana inilah tempat kita yang sepatutnya. Beberapa sebab yang mungkin menjadi faktor penyumbang kepada keadaan kamu sekarang mungkin pilihan yang kamu buat di masa lalu atau anasir luar yang kamu tidak boleh kawal. Persoalan yang perlu kamu jawab adalah: Apakah pengajaran yang kamu dapat? Apa yang kamu perlu pelajari dari situasi itu? Kerana walaupun kamu tidak gembira dengan situasi yang kamu hadapi, pasti ada sebab di sebaliknya.

Ini pastinya lebih sahih jika kamu sentiasa berada di dalam situasi yang serupa. Sebagai contoh, jika kamu asyik memilih perhubungan yang tidak sihat, mungkin kamu ingin mencari sebab di sebaliknya. Jika kamu sentiasa bergelut dengan masalah kewangan, mungkin ada mesej untuk kamu di situ. Jika kamu tidak dapat mencari penyelesaiannya sendiri, mungkin kamu boleh meminta bantuan dari tenaga yang berkelayakkan. Kadangkala orang luar dapat melihat dengan lebih jelas lagi masalah yang kita sendiri sukar untuk nampak.

Tidak kira apa sahaja kesukaran kamu sekarang, ketahuilah ianya akan berlalu. Kesusahan tidak akan bertahan lama. Kadangkala ianya merupakan satu peluang yang kita tidak nampak..Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.