Motivasi Terbaik Buat Pelajar

Posted on March 19, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Memotivasikan pelajar bukanlah perkara yang susah, tetapi samada kamu seorang guru atau ibubapa yang cuba memotivasikan mereka, maka tip-tip ini pastinya amat bernilai untuk kamu pelajari. Ianya memang berkesan dalam memotivasikan pelajar-pelajar atau anak kamu.

Berikan mereka insentif

Salah satu cara terbaik dalam memberi motivasi kepada pelajar adalah dengan memberikan insentif atau hadiah kepada mereka. Ini merupakan cara yang berkesan kerana tidak kira berapa umur kita, mendapat hadiah merupakan perkara yang amat menggembirakan. Tak perlulah kamu membelikan hadiah yang mahal seperti kereta, tetapi cukuplah sekadar memberitahu kamu akan membelikan sesuatu untuk mereka jika keputusan yang mereka perolehi cemerlang.

Jadi, jika kamu cuba untuk memberikan motivasi kepada pelajar, ini pastinya cara yang kamu patut cuba dahulu. Kamu boleh fikirkan sesuatu yang kecil seperti berjanji untuk membawa mereka melancong atau memberikan duit untuk membeli belah.

Sebagai ibubapa kamu sepatutnya mampu memikirkan benda yang bagus untuk mereka dan kamu bukan sahaja dalam membantu mereka untuk cemerlang malahan mengajar mereka jika mereka melakukan perkara baik  mereka akan di berikan sesuatu di masa akan datang.

Tetapkan matlamat

Satu lagi motivasi tip terbaik adalah dengan membantu pelajar menetapkan matlamat mereka. Selalunya pelajar mahu menetapkan matlamat tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan menetapkan pendirian mereka. Kamu harus membantu mereka membesar dan berfikiran matang dan ini bermakna mengajar mereka untuk menetapkan matlamat yang mudah di capai dan memastikan mereka berusaha untuk memenuhi matlamat terbabit.

Kamu juga boleh buat carta kecil dengan setiap subjek yang mereka ambil tertera di atasnya dan dengan ini mereka dapat melihat peningkatan yang mereka capai. Ini merupakan cara terbaik untuk memastikan mereka mengikuti perkembangan mereka sendiri dan bermotivasi untuk meneruskan usaha.

Kedua- dua cara ini merupakan cara terbaik untuk memotivasikan pelajar atau anak kamu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.