Kita semua mahu
kan kehidupan yang sempurna dan gembira. Dan kita juga sedar bahawa mempunyai sikap positif lebih baik dari negatif. Tetapi kita sering tertarik untuk melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagaimana harus kita lakukan supaya sikap positif ini menjadi satu tabiat? Ikuti 5 langkah ini.
Langkah 1 : Percaya Kegembiraan itu satu Pilihan
Kegembiraan itu satu pilihan. Ia bukannya mudah tetapi kita boleh mengajar diri kita untuk melihat kegembiraan itu sebagai pilihan yang kita ada ketika di landa masalah atau kesedihan. Bila kamu berada di dalam situasi buruk, pastikan kamu mencari sebab di sebalik kejadian itu dan kebaikkan yang datang darinya. Dengan ini kamu akan dapat mengawal tahap kegembiraan kamu tanpa sesiapa merosakkannya.
Langkah 2 : Hapuskan aura Negatif dari hidup kamu
Jika kamu mahu hidup secara positif dan gembira, kamu tidak boleh membenarkan diri kamu di kelilingi orang-orang yang negatif yang memusnahkan kegembiraan. Apabila kamu seorang yang negatif ia juga akan menarik orang yang negatif jadi tinggalkan mereka dan cari orang yang lebih positif. Memang ianya susah kerana kamu harus meninggalkan kawan-kawan kamu tetapi hidup kamu juga sangat penting.
Tetapi bukan sekadar orang yang negatif perlu kamu singkirkan, tabiat negatif kamu juga perlu di buang. Kamu perlu memilih antara tabiat yang positif dan negatif sehinggalah kamu berjaya membuang segala yang negatif.
Langkah 3 : Cari Perkara Positif dalam Hidup
Semua perkara ada sifat positif di sebaliknya. Dalam setiap orang, di setiap situasi pastinya ada hikmahnya. Kebanyakkan masa ia tidaklah nampak sangat. Kita harus mencarinya dan melihat dari segenap sudut sebelum kita menyedarinya.
Setiap perkara samada baik atau buruk adalah pengajaran dan satu pengalaman bagi kita. Oleh itu lihat secara positif bagi setiap masalah yang kamu hadapi.
Langkah 4 : Gerakkan Sifat Positif dalam diri kamu
Apabila kamu mula berfikir secara positif dan memastikan sikap kamu juga positif maka kamu perlu menggerakkan sifat itu ke dalam sikap kamu supaya ianya akan kekal. Latihan setiap hari pasti menyempurnakan gerakkan positif itu ke dalam diri kamu. Cara paling bagus untuk menjadi positif adalah dengan jujur ke atas diri kamu. Menerima diri kamu seadanya dan menjadikan setiap perkara positif. Beritahu diri kamu betapa baiknya kamu,betapa lawanya kamu dan kamu menerima diri kamu seadanya.
Tidak mengapa jika kamu tidak sukakan segalanya tentang diri kamu sekarang tetapi jangan terlampau meletakkan fokus ke atas perkara yang negatif. Kita semua mempunyai perkara positif tentang diri kita. Oleh itu, fokuskan padanya dahulu dan ubah perkara negatif yang lain secara perlahan-lahan.
Langkah 5 : Kongsi kegembiraan dengan orang lain
Bukan sahaja kamu perlu bersikap positif dengan diri kamu, kamu juga perlukan orang lain untuk bersikap positif terhadap diri kamu. Kamu perlu berkongsi sikap positif kamu dengan dunia. Cara terbaik dan paling mudah adalah dengan menjadi seorang yang baik dan menghormati orang lain. Bersikap ramah dengan orang lain. Katakan mereka nampak cantik hari ini atau mereka melakukan tugasan yang baik. Beritahu ibubapa atau anak kamu betapa kamu sayangkan mereka.
Apabila seseorang yang kamu kenal nampak sedih, buat sesuatu untuk menceriakan harinya. Hantar bunga atau tulis nota bermakna. Bersikap baik kepada semua benda bernyawa. Memang semuanya nampak mudah tetapi ramai antara kita yang tidak pernah melakukannya.
Semua langkah ini nampak mudah tetapi untuk menukar sikap negatif kepada positif memerlukan masa. Jangan berputus asa dan teruskan berada di kalangan orang yang positif kerana ia akan memberikan impak yang besar ke atas kehidupan kamu.



