Warna dan Psikologi

Posted on May 10, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Warna merupakan kurniaan Tuhan yang tercipta sebagai salah satu bentuk keindahan dunia. Warna bukan sahaja menunjukkan keindahan alam, malahan dapat membezakan personality seseorang.

Dalam dunia Psikologi barat, ilmu pengenalan tentang warna disebut dengan Colour Psychology. Ia menentukan  perilaku manusia dan juga dapat membantu didalam perubatan. Walau apapun, warna menjadi sesuatu yang penting terutama untuk memberi kesan positif kepada diri kita dan kehidupan.

Berikut merupakan warna-warna yang mempengaruhi psikologi  si pemakai.

MERAH

Ciri-ciri positif : keberanian, kekuatan, kehangatan, tenaga,

Ciri-ciri negatif: suka melawan, agresif

Merah adalah warna yang kuat. Merah adalah warna yang mempunyai banyak erti, mulai dari cinta  dan kasih sayang sehinggalah permusuhan serta peperangan. Warna ini bersifat agresif di samping mempunyai keberanian dan kekuatan. Ia mampu memberikan efek kuat dan berkuasa.

BIRU

Ciri-ciri positif :  Kecerdasan, komunikasi, kepercayaan, efisiensi, ketenangan, tugas, logik, sejuk, refleksi, sensitif dan tenang.

Ciri-ciri negatif: Dingin, sikap acuh tak acuh, masam muka, kurang emosi

Biru adalah pada dasarnya menenangkan iaitu mempengaruhi kita secara mental dan bukan reaksi fizikal seperti warna merah. Biru yang kuat akan merangsang pemikiran yang jernih dan ringan, biru lembut akan menenangkan pikiran dan konsentrasi. Keputusannya adalah mental tenang dan menenangkan. Ini adalah warna komunikasi yang jelas.

KUNING

Ciri-ciri positif :  Optimis, kepercayaan diri, harga diri, kekuatan emosi, peramah, kreatif

Ciri-ciri negatif: Tidak rasional, pengecut, rapuh, emosi tidak stabil, cemas

Warna kuning yang cukup akan menaikkan semangat jiwa kita dan harga diri kita sebagai warna keyakinan diri dan optimisme. Terlalu kuat kuning atau warna yang salah akan menyebabkan harga diri untuk menurun, sehingga menimbulkan ketakutan dan rasa cemas. Warna kuning akan meningkatkan konsentrasi, itu sebabnya warna ini dipakai untuk kertas undang-undang atau “post it note”. Kuning juga merupakan warna persahabatan.

HIJAU

Ciri-ciri positif :   Harmoni, keseimbangan, penyegaran, cinta universal, istirahat, pemulihan, jaminan ,keseimbangan ,keberuntungan dan kedamaian.

Ciri-ciri negatif: Kebosanan ,tiada perubahan dan rimas

Warna yang tidak memerlukan penyesuaian kerana sifatnya yang menenangkan. Ia merupakan warna yang seimbang dan melambangkan alam semulajadi. Tetapi ianya juga boleh menjadi hambar dan benda yang membosankan jika disalah pandang.

HITAM

Ciri-ciri positif :Kecanggihan, glamor, keamanan, keselamatan emosional, efisiensi

Ciri-ciri negatif: Penindasan, dingin, ancaman, berat.

Hitam adalah penyerapan semua warna. Implikasi psikologinya yang cukup besar. Hitam pada dasarnya adalah ketiadaan cahaya, dan bisa jadi mengancam kerana banyak orang yang takut terhadap gelap. Secara positif, ia komunikasi secara mutlak dan tak kenal kompromi. Hitam punyai reputasi buruk. Hitam juga melambangkan duka dan murung. Tapi, hitam juga punya maksud lain, misalnya saja untuk menyatakan sesuatu yang abadi, klasik, dan secara universal dianggap sebagai warna yang melangsingkan.

PUTIH

Ciri-ciri positif : Kebersihan, kesucian, kemurnian, kebersihan, kesederhanaan, kecanggihan, efisiensi.

Ciri-ciri negatif: Dingin, angkuh

Oleh kerana hitam adalah penyerapan terhadap semua warna, jadi putih adalah refleksi kepada semua penyerapan itu. Akibatnya, itu mencerminkan kekuatan penuh spektrum ke mata kita. Putih adalah kemurnian dan, seperti hitam, tanpa kompromi, itu bersihdan steril. Secara visual, putih memberikan persepsi tinggi pada sebuah ruang. Efek negatif putih pada warna-warna hangat adalah untuk membuat mereka terlihat dan terasa berlebihan.

Oleh itu pilihlah warna yang sesuai dengan keadaan anda setiap hari bagi memperolehi hasil yang lebih baik dan hari yang lebih produktif.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.