Satu Pendekatan Untuk Pendidikan – Oleh Puan Azizah

Posted on June 3, 2014 · Posted in Testimoni

Doa ibu adalah paling mustajab di dalam kehidupan seorang insan bergelar anak. Pastinya impian dan harapan seorang ibu adalah untuk melihat kejayaan anak-anak mereka dalam apa jua bidang yang diceburi. Tiada ibu yang ingin melihat anak-anak mereka gagal dalam pelajaran mahupun peperiksaan. Saya Puan Azizah dari Kampung Parit Kasan di kawasan Bukit Gambir, Muar. Saya telah membeli Memo Plus Gold dari Puan Hajah Parilah iaitu stokis besar kawasan Johor/Melaka, kerana teruja melihat perkembangan positif kejayaan anak-anak beliau yang mengamalkan Memo Plus Gold. Saya terfikir, jika anak-anak beliau mampu berjaya sedemikian rupa, mengapa tidak anak saya berjaya seperti anak-anak beliau. Oleh itu, saya jadikan kejayaan anak-anak beliau sebagai role model kepada anak saya. Hanya dengan harga mampu milik RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak untuk sebulan tidaklah membebankan tetapi berbaloi dan menguatkan lagi keputusan saya dalam membeli  Memo Plus Gold ini untuk anak saya.

Keputusan saya dalam memberikan Memo Plus Gold kepada anak saya Norani bt Mohd Nor adalah kerana kasihan melihatnya sentiasa berada dalam keadaan letih setelah seharian bersekolah.Biasalah namanya pun pelajar, pelbagai tugasan perlu dilakukan. Waktu pagi Norani perlu menghadiri sekolah rendah dan kemudian sekolah agama di waktu petang, bersambung pula malamnya dengan mengaji Al-Quran. Bayangkan, disekolah bukan sahaja pembelajaran dalam kelas, ditambah pula dengan aktiviti ko-kurikulum dan persatuan yang harus dihadirinya. Hati ibu mana yang tidak kasihan melihat anak-anak mereka dalam keadaan kepenatan dan kelesuan. Kadangkala saya lihatNorani terlalu letih untuk menumpukan perhatiannyapada kerja-kerja rumah dan bangun pagi dalam keadaanlesupada keesokkan harinya.Perkara ini berlanjutanlagi apabila bulan Ramadhan menjelma. Bebanan aktiviti sekolah dan keletihan akibat berpuasa begitu jelas di wajah anak saya di penghujung hari.  Jadi saya mula memberikan Memo Plus Gold setiap hari kepada Norani seawal darjah 4.

Satu Pendekatan Untuk Pendidikan

Sehubungan itu, saya amat bersyukur apabila mendapat tahu tentang kewujudan Memo Plus Gold ini danberdoa semoga produk ini berkesan dalam membantu anak saya. Alhamdulillah, kini telah lebih 10 tahun anak saya Norani mengamalkan Memo Plus Gold, bukan sahaja tahap kesihatannya makin meningkat, ia juga menguatkan ingatan dan memberikan tenaga berlebihan bagi anak saya dalam menghadapi hari-harinya yang penuh dengan aktiviti. Malahan apabila tibanya Ramadhan, dia tidak lagi nampak letih walaupun berpuasa sehari suntuk dengan tambahan bebanan persekolah. Setiap hari selepas sahur pasti anak saya akan makan Memo Plus Goldbagi menambahkan tenaganya. Menyedari perubahan ketara yang berlaku pada Norani, saya semakin bersemangat membekalkan Memo Plus Gold kepada Norani sehingga ke hari ini.

Satu Pendekatan Untuk Pendidikan

Permulaan kemuncaknya, anak saya Norani telah berjaya masuk ke Darjah Khas Agama Johor dan juga mendapat 5A di dalam keputusan UPSR. Syukur kehadrat Ilahiatas kurniaan-Nya memberikan rezeki yang melimpah untuk anak saya apabila Norani kemudiannya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh yang terkenal iaitu Kolej Tunku Kurshiah. Bayangkan, betapa bangganya saya sebagai ibu apabila anak saya yang berasal dari kampung berjaya menjejakkan kaki di sekolah berasrama penuh yang hanya mengambil pelajar terbaik di seluruh Malaysia. Kegembiraan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.

Atas berkat doa, usaha dan tawakal serta dengan pengambilan Memo Plus Gold secara berterusan, Norani memperoleh keputusan PMR 8A. Ini merupakan kejayaan kedua terbesar bagi dirinya. Ia tidak terhenti disini sahaja, ini kerana dua tahun kemudian Norani mencapai kemuncak kejayaannya di sekolah apabila cemerlang dalam SPM dengan keputusan 9A. Kejayaan manis yang tidak dapat digambarkan.

Satu Pendekatan Untuk Pendidikan

Kini, anak saya Norani sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas dalam bidangKejuteraan Kimia dan masih meneruskan pengambilan Memo Plus Gold bagi memastikan kejayaannya. Kami sekeluarga yakin dengan keberkesanan produk ini dalam membantu meningkatkan tahapkecemerlangan Norani dan pasti tidak akan berhenti mengamalkannya. Lagipun, tanpa bantuan Memo Plus Gold dalam meningkatkan kecergasan dan ingatan pastinya anak saya Norani tidak berada di tahap ini.Ini kerana dari sudut kecekapan Norani sekarang, dia dapat mengingati formula-formula penting khususnya dalam subjek sains. Norani juga dapat mengekalkan pengetahuan informasi dalam jangka masa yang lama dan mengingati semula informasi yang dipelajarinya dengan pantas.

Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas rahmat-Nyayang memberi peluang kepada saya bertemu dengan Puan Hajah Parilah yang memperkenalkan Memo Plus Gold ini kepada saya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.