SIKAP bertangguh ada dalam diri semua orang dan menjadi penyebab kepada kegagalan pelajar bagi memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan ataupun tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti ataupun tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya sekiranya sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan sebentar kerana ada perkara yang lebih penting dan perlu disiapkan segera, ia bukanlah bertangguh. Malangnya, ramai antara kita atas alasan yang remeh-temeh melambat-Iambatkan sesuatu pekerjaan atau tugasan.
Ada pelajar yang berfikir tidak perlu belajar begitu awal kerana lama-kelamaan kita lupa juga. Sedangkan apabila mereka belajar sebulan ataupun dua bulan sebelum peperiksaan banyak perkara yang dapat mereka ingat. Akhirnya mereka menangguhkan belajar sehingga ke saat akhir. Tanggapan sebegini adalah salah dan anda sebenarnya keliru. Ada beberapa perkara yang anda perlu faham mengenai belajar iaitu:
- Belajar awal dan belajar bagi peperiksaan memerlukan strategi dan objektif yang berbeza. Tujuan belajar awal bukannya bagi mengingati fakta-fakta sebaliknya is lebih kepada bagi memahami dan menguasai subjek itu. Anda mungkin lupa sebahagian besar apa yang dibaca hari ini dan itu perkara biasa. Anda dapat melihat perbincangan mengenai masalah ini dalam bab Prinsip Memori. Apa yang penting anda faham. Apabila anda faham mudahlah bagi anda mengingatinya kemudian nanti. Ini tidak, apabila tiba saat-saat akhir, barulah anda mahu melakukan semua perkara iaitu memahami dan mengingati. Akibatnya, semasa anda mula faham anda dapati masa anda sudah suntuk bagi membaca kesemua topik-topik yang ada. Anda mula meramal soalansoalan ataupun bab-bab tertentu sahaja yang anda rasa keluar dalam peperiksaan. Sekiranya anda bernasib baik dan ramalan anda tepat, keputusan anda cemerlang. Tetapi sekiranya nasib tidak menyebelahi anda? Anda kecundang. Sampai bila mahu bergantung kepada nasib. Oleh itu belajar dan bersedia Iebih awal sebelum menghadapi peperiksaan.
- Belajar awal bertujuan menyediakan nota-nota peperiksaan. Apabila anda belajar awal anda mempunyai banyak masa bagi membuat nota pemahaman, nota padat, peta konsep, peta minda, kad imbasan, kad kuiz dan sebagainya. Nota-nota inilah yang banyak membantu anda sebelum peperiksaan. Sekiranya anda masih bergantung kepada buku-buku sama ada buku-buku teks ataupun buku-buku tambahan, secara psikologinya anda rasa banyak yang mahu dipelajari dan sukar dihabiskan. Apabila rasa susah, anda mula mencari pelbagai alasan. Oleh kerana itulah anda perlu padatkan segala maklumat dalam bentuk yang anda rasa mudah dan tidak sukar dihabiskan.
- Belajar awal bagi banyakkan latihan dan latih tubi. Apabila anda belajar awal anda punya masa bagi perbanyakkan latihan. Melalui latihan anda mendapat banyak pengalaman dan menemui pelbagai bentuk soalan. Apabila anda dapati anda lemah dalam topik-topik tertentu anda masih punya banyak masa bagi melakukan latih tubi. Apabila semakin hampir kepada peperiksaan anda mula lakukan proses simulasi peperiksaan pula. Ini bagi melihat sejauh mana persediaan anda.
4. Belajar awal memberikan anda peluang bertanya. Apabila masa sudah suntuk semua orang mula sibuk. Rakan-rakan juga sibuk menelaah bagi peperiksaan masing-masing dan tidak punya masa bagi membantu anda. Guru-guru juga sibuk dengan tugas masing-masing. Anda keseorangan. Sekiranya anda belajar awal, anda dapat mengatasi masalah anda lebih awal. Anda juga dapat fokus kepada persediaan peperiksaan sahaja selepas itu.
5. Belajar awal memberikan anda peluang menikmati kehidupan sebagai pelajar dan tetap cemerlang dalam peperiksaan. Sebagai pelajar anda perlu terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum, mewakili sekolah dalam pelbagai kejohanan dan pertandingan, menyertai pasukan seragam sekolah, memegang jawatan sebagai AJK, Ketua Kelas ataupun Pengawas dan sebagainya. Anda juga perlukan masa bagi berhibur, bersosial, beriadah, beribadah dan sebagainya. Semuanya ini dapat anda nikmati sepenuhnya apabila anda belajar awal dan dengan itu anda tidak rasa bersalah menjadi seorang pelajar aktif. lni kerana anda tahu anda membuat ulang kaji.
Apabila direnungkan dengan ikhlas, anda mendapati banyak yang mahu dilakukan dan sedikit masa yang ada. Sekiranya tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan pada perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting iaitu senarai yang mesti dilakukan segera. Ataupun anda sebenarnya tidak pernah membuat senarai selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepada dan tidak hairanlah sekiranya anda lupa.
Apabila anda bertangguh, anda berasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja bertambah banyak. Akibat daripada rasa tertekan ini terjadilah kemurungan serta emosi tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti.
KENAPA WUJUD SIKAP BERTANGGUH?
Antara faktor yang menjadi penyebab sikap bertangguh ini adalah:
- Pengurusan yang lemah, sama ada daripada segi pengurusan diri, masa, cumber dan tugas.
- Takut sama ada takut kepada kegagalan ataupun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, bertambah sibuk, tiada masa membuat perkara lain, ramai orang dengki dan sebagainya. Ada juga pelajar yang takut berjaya kerana perlu masuk ke sekolah berasrama penuh dan jauh dari ibu bapa. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidal< cukup bagus dan sebagainya. Walau apapun alasannya, 90 peratus daripada apa yang anda takuti dan disangkakan itu sebenarnya tidak berlaku.
- Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada masanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya begitu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin terjadi.
- Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang, mendorong perasaan malas. lni membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.
- Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada rasa komitmen serta kurang disiplin pada diri dan tugas-tugas yang diserahkan, segalanya pasti tertangguh.




