Kemahiran Mendengar bagi Ibu Bapa

Posted on November 7, 2012 · Posted in Uncategorized

Bagi mereka yang bergelar anak, tiada yang lebih istimewa selain ibu bapa yang sentiasa ada di sisi dan disaat mereka ingin meluahkan perasaan. Kemahiran mendengar merupakan satu cabang yang harus dikuasai oleh ibu bapa kerana ianya amat penting dalam membina kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Kunci untuk ibu bapa mendapat kepercayaan anak-anak sepenuhnya ialah dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Kadang kala, ibu bapa juga perlu peka dengan bahasa badan yang digunakan oleh anak-anak kerana apa yang diperkatakan secara lisan mungkin tidak seperti yang dimaksudkan sebenarnya.

Di samping itu, sesetengah ibu bapa cenderung untuk tidak mengendahkan jeritan dan tangisan anak mereka semasa berada di tempat awam. Keadaan ini sungguh menjengkelkan! Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa tindakan mereka itu betul kerana kanak-kanak cenderung untuk berkelakuan sedemikian apabila tuntutan dan keiinginan mereka untuk mendapatkan sesuatu tidak diingini. Jadi jalan mudah yang diambil ialah tidak mengendahkan tangisan anak mereka. Ibu bapa yang bersikap sebegini sememangnya mengundang tanggapan negatif daripada orang ramai yang melihatnya. Sikap seperti ini juga tidak sepatutnya berlaku kerana ianya akan memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang baru melangkah untuk membina sahsiah yang positif dalam diri mereka sendiri.

Jika seseorang kanak-kanak itu cedera, langkah  pertama yang perlu diambil ialah kenal pasti di bahagian mana kecederaan itu berlaku dan beri rawatan awal di bahagian tersebut. Jika kanak-kanak tersebut bertindak di luar kawalan, pastikan dia cukup matang untuk memahami bahawa perbuatannya itu tidak boleh ditolak ansur sebelum mengenakan apa-apa tindakan disiplin terhadapnya.

Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa di luar sana untuk lebih memahami dan menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak seharusnya mengabaikan apa yang diperkatakan oleh anak-anak kerana ianya hanya mengundang pandangan negatif daripada masyarakat di sekeliling. Antara tips yang boleh digunakan ialah :

  •  Berhenti dan perhatikan reaksi dan kelakuan anak-anak anda tidak kira di mana kejadian tersebut berlaku. Ibu bapa perlu peka dengan apa yang diperkatakan oleh anak-anak dan bahasa badan yang ditunjukkan. Walaubagaimanapun, tindakan yang akan diambil oleh ibu bapa bergantung pada tahap umur anak masing-masing. Jika anak anda menangis secara keterlaluan, langkah pertama yang perlu diambil ialah hentikan tangisan itu terlebih dahulu. Kadang kala tamparan atau pukulan di bahagian bawah badan kanak-kanak itu merupakan cara yang efektif untuk menghentikan tangisan. Cara ini berkesan untuk kanak-kanak yang sengaja menangis sebagai tanda memberontak untuk mendapatkan sesuatu benda. Selain itu, ada sesetengah kanak-kanak yang menangis kerana ketakutan. Keadaan ini boleh dilihat dari reaksi dan gerak tubuh mereka. Oleh itu, cara penyelesaian yang terbaik ialah dengan memberi pelukan bagi menenangkan mereka. Walau apa pun sebab seseorang kanak-kanak itu menangis, ibu bapa perlulah menghentikan tangisan anak anda terlebih dahulu sebelum mendengar masalah atau luahan hati mereka. Pendek kata, tindakan yang paling tepat perlu diambil oleh ibu bapa ialah dengan melihat gerak tubuh anak-anak anda dan cubalah menjadi pendengar yang baik.

 

  • Jika anak anda sudah memahami apa yang diperkatakan dan dapat berkomunikasi secara lisan dengan baik, kenal pasti masalah yang mereka hadapi dengan bertanya kepada anak anda dengan tenang dan sabar. Jika masalah itu berpunca daripada mereka tidak dapat apa yang dikehendakinya, cuba untuk terangkan bahawa memberontak bukanlah jalan penyelesaian untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Jangan sesekali biarkan anak anak menunjukkan protes atau marah kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Terangkan kepada anak anda akibat daripada perbuatan mereka itu dan keburukannya. Sebagai ibu bapa, anda perlu lebih tegas dengan keputusan yang diambil. Jika anda mengenakan denda dengan tidak membenarkan anak anda menonton rancangan kegemaran mereka, teruskan dendaan tersebut dengan memanjangkan tempoh dendaan jika mereka masih tidak berubah. Hidup ini tidak adil dan fahamkan anak anda bahawa memberontak bukanlah satu jalan penyelesaian untuk mendapatkan apa yang diingini.

 

  • Untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah matang, jadilah pendengar yang baik jika mereka menghadapi masalah atau kekecewaan. Berbincanglah secara terbuka dan bimbing mereka untuk berfikir sendiri akan cara penyelesaian terbaik yang perlu diambil. Kemukakan soalan yang boleh membuatkan mereka berfikir sejenak, misalnya, “Pada pendapat kamu, apakah jalan penyelesaian terbaik bagi masalah ini?”. Jika mereka sudah dididik dengan baik sejak kecil lagi, mereka pasti menemui jalan keluar kepada masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya, tidak kiralah masalah apa jua yang mendatang, ibu bapa perlulah sentiasa berada disamping anak-anak dan cuba untuk menjadi pendengar yang baik. Beri tumpuan kepada masalah yang mereka hadapi, selami diri dan jiwa anak anda, dan cuba untuk mendengar dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.