Bagaimana untuk Meningkatkan Kemahiran Belajar Anda

Posted on February 18, 2013 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Kemahiran belajar merupakan asset yang penting dalam usaha untuk berjaya di dalam pelajaran. Setiap daripada kita mempunyai cara belajar yang tersendiri yang mana akan menentukan sama ada kita berjaya atau gagal kelak. Bagaimana kita belajar akan mencerminkan keseluruhan prestasi kita. Penilaian semula tentang cara pembelajaran anda merupakan satu-satunya cara untuk memperbaiki pencapaian anda. Terdapat pelbagai jenis kemahiran belajar boleh anda gunakan memandangkan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Setiap individu adalah unik. Oleh yang demikian, setiap daripada kita berhak untuk belajar mengikut keunikan dan perbezaan personality masing-masing.

Meningkatkan Kemahiran Belajar

Beberapa tabiat belajar yang baik yang mana boleh meningkatkan kemahiran belajar seseorang ialah :

  1. Pertama sekali, anda perlu tahu apa tajuk dan topik yang ingin diulangkaji. Hal ini bagi memastikan anda tidak melencong ke topik lain. Jika anda ingin fokus pada satu subjek sahaja, kumpul semua bahan rujukan dan nota tentang topik dalam subjek tersebut.
  2. Fahamilah topik yang asas terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada topik yang lebih sukar. Jika anda berhadapan dengan topik yang sukar, berhenti sebentar dan tarik nafas sebelum meneruskan ulangkaji anda.
  3. Sebelum anda melakukan dua langkah di atas, pastikan anda telah memilih tempat belajar yang berlainan bagi setiap subjek. Tabiat belajar ini sangat baik kerana anda dapat mempelbagaikan persekitaran pembelajaran anda sekaligus mewujudkan mood belajar yang lebih ceria.

Jangan lupa bahawa kemahiran hanya boleh dipelajari melalui latihan dan pengamalan. Kemahiran belajar merupakan suatu kewajipan bagi setiap yang bergelar pelajar. Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan setiap tips yang diberikan kerana kemahiran yang diperoleh akan melengkapkan personaliti anda.

Beberapa tips untuk meningkatkan kemahiran belajar anda termasuklah :

  • Jangan tunggu sehingga saat-saat akhir untuk mengulangkaji pelajaran. Pastikan anda mempunyai jadual ulangkaji yang tetap bagi memastikan semua tugasan anda dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Elakkan daripada sikap menangguh.
  • Jadilah pelajar yang baik dengan memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas bagi memastikan anda dapat membuat nota yang lengkap sebagai rujukan kelak.
  • Kenal pasti gaya belajar yang sesuai dengan anda. Jika anda hanya boleh membaca dengan diiringi alunan muzik yang menenangkan, teruskan berbuat demikian. Namun jika anda hanya boleh membaca di tempat yang sunyi, jadikan perpustakaan sebagai rakan baik anda.
  • Elakkan daripada mengulangkaji pelajaran semasa anda penat kerana sebagus mana pun kemahiran belajar anda, otak anda tidak akan berupaya untuk menyimpan maklumat semasa anda kepenatan. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
  • Cuba untuk membayangkan apa yang anda belajar bagi membolehkan anda memahami penuhnya apa yang sedang anda pelajari.
  • Elakkan daripada mengulangkaji subjek yang serupa pada masa yang sama kerana ianya hanya akan mengelirukan anda. Bahagikan waktu belajar kedua-dua subjek tersebut dalam waktu yang berlainan dan tidak berurutan.

Apa yang perlu anda ingat apabila anda meneliti semula kemahiran belajar anda :

  • Pastikan anda membaca pada waktu yang tepat – sesetengah individu gemar membaca pada awal pagi sementara yang lain pula gemar untuk membaca pada lewat malam dan semua ini mempunyai hasil yang berbeza. Walaubagaimanapun, carilah waktu yang bersesuaian dan mengikut kemampuan anda.
  • Cari isi penting –pastikan anda menulis isi penting terlebih dahulu. Elakkan daripada membaca semua nota secara semberono.
  • Ubahlah sikap anda supaya anda dapat melatih minda anda untuk mempunyai sikap yang positif dalam mengulangkaji pelajaran. Minda merupakan alat yang baik dalam menentukan sikap anda dalam pelajaran. Oleh itu, ubahlah sikap anda dan anda pasti akan melihat hasilnya, tambahan lagi apabila anda tidak mengulangkaji dalam tekanan.

Kemahiran belajar perlu ada dalam diri setiap individu yang bergelar pelajar bagi membolehkan anda mengulangkaji dengan baik, membuat perancangan dan membuat nota yang bagus sebagai rujukan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.