Semua pelajar perlu mencari satu jadual mengulangkaji yang tepat kerana kebanyakan pelajar merasakan bahawa mengulang kaji merupakan satu perkara yang susah. Oleh itu, kajian yang mendalam perlu dijalankan bagi mencari tips yang memudahkan proses mengulangkaji. Setiap pelajar memerlukan tips yang baik supaya dapat belajar dengan efisien. Kadang-kadang kita terpaksa untuk belajar walaupun hati berasa sangat berat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan tips-tips yang diberikan ini, anda boleh belajar dengan lebih baik dan lebih cepat. Anda perlu sedar bahawa bukan semua kaedah belajar sesuai dengan anda walaupun ianya mungkin kaedah tersebut efisien bagi orang lain. Kaedah yang paling efektif sebenarnya patut dilihat pada gaya dominan anda. Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran kognitif iaitu visual, auditori dan kinestetik.
Selepas anda mengetahui gaya anda yang paling dominan, cuba aplikasikan sebanyak mana kaedah yang boleh seperti yang tersenarai di dalam artikel ini. Anda juga boleh mendapat inspirasi daripada kaedah gaya yang lain.
Bagaimana untuk Belajar sekiranya Anda Mempunyai Gaya Pembelajaran Kognitif Visual?
Individu yang mempunyai gaya pembelajaran seperti ini akan mudah memahami sesuatu maklumat apabila mereka melihatnya. Mereka juga mudah untuk mengingat apa yang mereka tulis. Individu yang tergolong dalam gaya pembelajaran seperti ini juga boleh mengingat gambar rajah, tajuk bab dan peta dengan sangat mudah. Mereka juga amat berminat dengan persembahan visual dan projek.
Berikut merupakan tips belajar bagi mereka yang tergolong dalam kategori ini :
- Tempat belajar ada perlulah lapang dan tidak mempunyai apa-apa objek yang boleh menarik perhatian (pintu, tingkap). Di dalam bilik darjah pula, anda perlu duduk di barisan hadapan.
- Anda digalakkan untuk belajar secara sendirian.
- Semasa bercakap dengan seseorang, pastikan anda melihat kearah orang tersebut sama ada di bersetuju atau tidak dengan apa yang and katakan.
- Sebelum anda ingin mengingat sesuatu, baca keseluruhan bahan tersebut terlebih dahulu, perhatikan gambar, gambar rajah dan jadual.
- Serlahkan bahagian isi penting dengan menggunakan pelbagai warna, pen marker atau tulis di atas kertas warna.
Bagaimana untuk Belajar Sekiranya Anda Dominan dalam Gaya Auditori?
Individu yang mempunyai gaya pembelajaran auditori akan mudah mengingat maklumat yang mereka dengar dan perkara yang disampaikan secara lisan dan arahan. Mereka yang tergolong dalam gaya pembelajaran ini juga lebih mudah memahami maklumat yang didengari dan lebih gemarkan pembelajaran berbentuk perbincangan di sekolah dan di dalam kumpulan yang kecil.
Berikut merupakan tips-tips yang boleh digunakan bagi mereka yang cenderung dalam gaya pembelajaran auditori :
- Pilih tempat belajar yang sunyi, tanpa banyak bunyi bising dan seboleh-bolehnya tanpa sebarang bunyi muzik.
- Anda digalakkan untuk mengadakan perbincangan bersama rakan semasa belajar.
- Baca berulang kali dan baca dengan kuat perkara yang anda ingin ingati untuk satu jangka masa yang panjang.
- Cuba lakukan pembentangan anda berulang kali dengan kuat supaya anda bersedia untuk melakukan pembentangan yang sebenar.
- Rekod bahan pembelajaran anda supaya anda boleh mendengarnya berulang-ulang kali.
- Baca dengan kuat teks pembelajaran anda. Anda perlu mendengar setiap perkataan yang anda sebut supaya anda mudah memahami maksudnya.
- Anda juga boleh melakukan pengiraan matematik dengan kuat.
Bagaimana untuk Belajar Sekiranya Anda Mempunyai Gaya Pembelajaran Kinestetik?
Mereka yang tergolong dalam kategori ini akan mudah mengingati apa yang mereka buat dan pengalaman lalu yang melibatkan sentuhan atau pergerakan objek. Mereka juga mempunyai ingatan yang baik terhadap apa yang mereka lakukan dan praktikkan dalam kehidupan harian mereka. Penggunaan instrumen amat digemari oleh individu dalam kategori ini dan mereka juga turut terlibat aktif dalam bermacam-macam jenis aktiviti.
Berikut merupakan beberapa tips bagi individu dalam kategori ini :
- Pejabat atau sekolah bukanlah tempat yang baik untuk belajar. Anda boleh memilih kawasan yang selesa yang mana membolehkan anda untuk berada dalam keadaan tenang. Anda juga boleh menggunakan muzik latar yang tidak keterlaluan.
- Anda boleh menarik perhatian orang lain dengan mudah. Inilah sebabnya mengapa anda perlu bergerak dan melakukan senaman ringan semasa waktu rehat.
- Rehat yang kerap dan singkat dapat membantu anda untuk mempelajari lebih banyak perkara.
- Sebelum memulakan pembelajaran, ringankan badan anda dengan berjalan dan menyebut dengan kuat apa yang anda bakal pelajari.
- Teknik mengingat yang mudah ialah dengan mengingat semula isi penting dalam minda anda, pejamkan mata, atau tulis perkataan tersebut menggunakan jari di atas meja.
- Tampal kad yang mempunyai isi penting di beberapa tempat berbeza di dalam bilik anda.
Anda tidak perlukan panduan belajar yang lain kerana tips-tips yang telah diberikan merupakan tips yang mudah dan berkesan yang mana mengandungi tiga jenis gaya pembelajaran yang berbeza. Selamat belajar!




