10 Cara untuk Meningkatkan Kesihatan

Posted on March 17, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Memilih untuk menjalani kehidupan yang sihat akan memberikan kamu banyak kelebihan. Ia akan memberikan lebih tenaga dan membuatkan badan kamu lebih cergas. Sangat penting bagi kamu untuk mencari jalan bagi meningkatkan lagi kesihatan kamu.

Berikut adalah sepuluh perkara yang boleh kamu lakukan untuk hidup sihat.

1. Berwaspada dengan apa yang kamu makan. Makanan kamu sepatutnya terdiri daripada makanan yang seimbang. Mengetahui keperluan nutrien dan tidak makan dengan banyak akan membawa kamu ke arah kehidupan yang lebih seimbang.

2. Tidur. Apabila kamu tidak cukup tidur, badan kamu akan jadi tidak berfungsi. Pastikan kamu mendapat rehat yang cukup dengan tidur. Ini akan memberikan badan kamu rehat secukupnya bagi berfungsi secara optima setiap hari.

3. Ambil vitamin dan makanan tambahan. Ambil perhatian di mana kekurangan nutrien kamu. Apabila kamu mengenalpasti masalah itu, barulah kamu boleh mengambil vitamin dan makanan tambahan yang berkaitan.

4. Senaman. Kamu sepatutnya bersenam sekurang-kurangnya 4 atau 5 kali seminggu. Senaman membantu badan kamu membina otot, mengurangkan berat badan dan menghalang penyakit.

5. Melawan ketagihan. Elakkan terlebih makan atau kurang makan. Ini amat mudah mengganggu keseimbangan nutrisi dan boleh menyebabkan masalah yang serius.

6. Sentiasa belajar. Ada beberapa definasi dalam meningkatkan tahap kesihatan. Ia bukan sahaja bermakna diet seimbang, tapi ia juga bermaksud pendekatan terhadap cara kamu hidup. Sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan tahap kesihatan kamu.

7. Kekal bermotivasi. Amat mudah untuk kamu berusaha untuk meningkatkan kesihatan dan amat mudah juga untuk kamu menghentikannya apabila tidak nampak  keputusan di dalam waktu terdekat. Perkara utama dalam memastikan kesihatan kamu di tahap optimum adalah dengan kekal bermotivasi dan menjalani kehidupan sihat secara konsisten. Amat penting bagi kamu memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan untuk setiap hari.

8. Ketahui ukuran seimbang badan. Dengan mengetahui keseimbangan badan kamu, kamu akan lebih bermotivasi untuk merubah apa yang patut dalam meningkatkan tahap kesihatan kamu.

9. Bina rangkaian. Satu rangkaian termasuklah orang-orang yang boleh memberi maklumat kepada kamu, memberi sokongan dan juga membantu kamu membina kesihatan yang lebih baik.

10. Pakar runding. Ada banyak ahli perubatan dan ahli nutrisi yang boleh membantu kamu. Jika kamu tidak pasti terhadap langkah yang di perlukan, hubungi orang yang betul untuk membantu kamu melakukan perkara terbaik.

Kamu boleh membantu hidup kamu lebih bermakna dengan berusaha secara konsisten untuk meningkatkan tahap kesihatan kamu. Dengan mengetahui apa yang kamu perlu lakukan dan dengan mengikuti langkah-langkah di atas, kamu pastinya akan memperolehi nutrisi yang lebih baik dan tenaga yang lebih.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.