Anda mahukan anak anda lakukan kerja dengan lebih baik dan menikmati lebih kejayaan? Di sini ada sepuluh tip yang boleh membantu anda merangsang anak-anak anda untuk melakukan kerja dengan lebih baik.
1. Sirami pujian dan rangsangan pada mereka. Ini adalah cara yang bagus untuk memberi semangat kepada anak anda untuk melakukan kerja dengan lebih baik lagi.
2. Sediakan persekitaran yang selamat dan menyokong untuk anak anda. Ketawalah dan bermainlah dengan mereka. Buatlah kerja bersama-sama. Bercakaplah dengan mereka. Galakkan mereka meluahkan perasaan mereka dan buah fikiran mereka.
3. Biarkan anak anda untuk meneroka dan membina kebolehan dan minat asal mereka. Umpamanya, jika anak anda minat melukis, biarlah dia melukis. Galakkan dia untuk menyertai pertandingan melukis.
4. Hargai dan pujilah apa sahaja kebolehan dan kualiti yang anak anda ada. Jangan bandingkan anak anda dengan orang lain dan mengkritik mereka.
5. Jangan hanya tanya tentang ujian dan markah. Selalulah tanya anak-anak anda apakah perkara baru yang mereka belajar di sekolah. Apakah yang menyeronokkan mereka? Ini dapat membantu untuk membina sangkaan yang positif dalam minda anak-anak anda yang sekolah adalah tempat untuk belajar dan menyeronokkan bukan hanya penuh dengan peperiksaan.
6. Raikan setiap pencapaian anak-anak anda, walaupun ia hanya sesuatu yang kecil. Gantunglah kerja-kerja tangan atau kerja-kerja sekolah anak anda pada dinding atau peti ais.
7. Bercakaplah dengan anak-anak anda selalu untuk memastikan yang mereka tidak terlalu terbeban dengan kerja-kerja sekolah, aktiviti kokurikulum dan lain-lain kerja. Jika mereka terbeban dengan kerja-kerja itu, bantu mereka untuk mengenali kerja mana yang perlu di utamakan dulu. Suruh mereka buat kerja yang paling penting dulu dan tinggalkan yang kurang penting untuk di lakukan kemudian.
8. Cuba hapuskan ketakutan dan kelemahan anak-anak anda. Cara yang paling baik untuk melakukannya ialah menggalakkan anak-anak anda untuk fokus kepada kekuatan dan kualiti baik mereka.
9. Pastikan anak-anak anda makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Juga, jangan benarkan anak-anak anda pergi ke sekolah dengan tidak mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan yang sarapan pagi adalah makanan harian yang paling penting dan ia mempengaruhi pencapaian minda.
10. Galakkan anak anda bersenam 30 minit sehari. Ini dapat membantu tubuh cergas dan sihat. Juga, pastikan anak-anak anda tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam. Semua tip-tip di atas adalah mudah. Jika anda gunakannya selalu, anda akan nampak peningkatan keyakinan dan kejayaan anak-anak anda. Anda mahu mengubah anak-anak anda menjadi pemenang-pemenang yang cukup berkeyakinan? Bekalkanlah mereka dengan Memo Plus Gold hari ini!