5 – Sebab Mengapa Anak Anda Mungkin Seorang yang Pintar

Posted on July 29, 2012 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Di sini berita baik bagi ibu bapa!
“Anak anda telah masuk ke dunia ini lengkap dengan komputer canggih yang boleh diprogram untuk mencapai apa sahaja.” Ya, ini benar. Dan ia diguna-pakai bukan sahaja kepada anak anda, tetapi juga kepada kita semua. Kita semua ada apa yang perlu untuk berfungsi ketahap optimum – untuk menjadi pelajar terbaik, untuk menjadi yang terbaik dalam kerjaya, dan untuk berfungsi dengan efisien dalam setiap bidang hidup kita.

Perlukan bukti?

Lihatlah segala perkara dan sistem yang baik sekeliling kita, PC anda, internet, satelit, kapal angkasa, telefon bimbit, sidang video, sistem penjagaan kesihatan yang moden, pembangunan dalam bioteknologi, dan jutaan lain-lain perkara yang menakjubkan yang membuat hidup kita lebih mudah dan menghiburkan. Semua ini dikandung dan dicipta oleh otak manusia.
Yang paling penting untuk diperhatikan disini ialah terdapat tuan punya otak yang kreatif ini disangka seorang yang membosankan dan sederhana sahaja semasa mereka kanak-kanak! Contoh yang terbaik ialah Thomas A. Edison yang diisytiharkan pelajar yang membosankan dan lembab oleh guru-gurunya. Jadi, mana-mana kanak-kanak yang normal boleh belajar untuk menghasilkan sesuatu yang menakjubkan, untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Masih tidak percaya?

Oleh itu di sini terdapat lima sebab yang kuat mengapa anak anda boleh menjadi seorang yang berjaya:
Anak anda memang dilahirkan menjadi pemenang. Sesiapa yang berjaya dilahirkan di bumi ini sediakalanya pemenang. Menakjubkan.

Anak anda punyai komputer yang paling berkuasa, otak, yang boleh diprogram untuk memcapai apa sahaja.

Kuasa otak anak anda tidak terhad. Ini bukan hanya pandangan saya. Ia adalah juga pendapat ramai para saintis dan pakar-pakar tentang otak manusia. Dengan menggunakan kuasa otak dengan efisien, anak anda boleh belajar apa sahaja dan boleh mencapai kejayaan.

Anak anda telah pun mencapai banyak kejayaan yang signifiken. Tidak, saya tidak membesar-besarkan. Cuba kira semua kemahiran atau kerja atau hobi yang anak anda telah belajar sehingga kini. Seperti menunggang basikal, bermain bola atau tenis, melukis gambar, berucap, membuat kraf tangan dan sebagainya.

Juga, kira berapa pertandingan dan ujian atau peperiksaan yang anak anda telah lulus sehingga hari ini. Bukan itu sahaja. Tambah beberapa kemahiran yang anak anda telah belajar di sekolah. Seperti membaca, menulis, mengira dan lain-lain. Anda pasti mendapat senarai yang panjang bagi pencapaian anak anda. Ya, semua ini adalah pencapaian dan kejayaan anak anda.

Setuju, semua pencapaian ini mungkin bukan sesuatu yang menggegarkan dunia. Tetapi ia juga penting. Sebab ia menunjukkan yang anak anda ADA kebolehan untuk belajar. Ada kuasa untuk mencapai kejayaan.

Ia cuma memerlukan matlamat yang spesifik dan plan tindakan yang praktikal untuk mencapai kejayaan. Tidak ada perkara ajaib yang lain. Dan sesiapa termasuk anak anda boleh lakukannya.

Jika anda lihat pada kelima-lima sebab di atas mengapa anak anda boleh menjadi seorang yang cemerlang, anda akan sedar yang tidak ada perkara yang mustahil. Dengan kepercayaan dan latihan yang betul, anak anda boleh buat apa sahaja. Mencapai mana-mana tahap kejayaan. Dan hari ini, anda boleh buat sesuatu untuk merangsang anak anda ke arah itu.

Cuba bincangkan kelima-lima sebab di atas dengan anak anda. Tak kiralah samaada anak anda setuju atau tidak. Bincang sahaja informasi yang positif. Mengapa? Sebab apabila kita bercakap atau berbincang tentang perkara yang positif dan informasi dengan anak-anak kita, kita dengan secara otomatiknya memprogram minda mereka dengan perkara positif.

Dengan otomatiknya juga kita membuat mereka sedar tentang perkara-perkara yang baik, yang mana akan membina pengaruh yang baik pada pemikiran dan kelakuan mereka kini atau kemudian.

Jadi anda lihat, walaupun anak anda tidak menggunakan informasi di atas sekarang, otak anak anda tentu telah terdedah kepasa informasi yang positif. Dan ini selalunya langkah yang pertama untuk kejayaan yang besar. Masuklah kedalam pemikiran “SAYA BOLEH CAPAI APA SAHAJA” dan kekal di situ selamanya. Bantulah anak anda keluar dari penghidupan yang biasa dengan Memo Plus Gold hari ini!Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.