5 Tip Mudah Senaman

Posted on March 26, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Setiap tahun pastinya ramai yang mempunyai azam untuk bersenam. Mungkin kamu juga berjanji untuk menambah aktiviti senaman di dalam jadual kamu setiap hari. Jika usaha kamu untuk bersenam tidak berjalan dengan baik, jom lihat tip-tip di bawah. Mungkin ia dapat membantu kamu.

Tip Pertama – Lakukan Sesuatu yang Kamu Suka

Bersenam tidak bermaksud menghabiskan masa berjam-jam di gim dengan mengayuh basikal. Ia juga tidak bermakna kamu perlu menghabiskan duit untuk membeli alatan yang kamu tidak akan gunakan kemudian. Apa sahaja yang kamu lakukan untuk memastikan badan kamu bergerak adalah lebih baik dari tidak melakukan sesuatu. Berjalan adalah salah satu senaman yang kamu boleh lakukan di mana-mana dan dalam apa cuaca pun. Menunggang basikal, menari, berkebun, angkat berat, berenang, bersukan , mengemas rumah dan bermain di halaman rumah dengan anak-anak juga merupakan cara bersenam yang kamu boleh masukkan dalam rutin harian kamu.

Tip Kedua – Jadual untuk Senaman

Seperti kamu mempunyai jadual dalam bertemu doktor, kadangkala kamu harus meletakkan senaman di dalam jadual harian kamu. Kita semua ada kehidupan yang sibuk dan kebanyakkan masa kita sibuk menjaga orang lain sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri. Setelah senaman menjadi sebahagian dari aktiviti harian kamu, pasti kamu akan lakukannya. Sesetengah orang mungkin hanya ada masa tertentu ketika siang untuk bersenam dan sesetengah orang memerlukan kawan untuk bersenam bersama. Pilih sesuatu yang dapat memberi motivasi untuk kamu meneruskan usaha bersenam. Ingat! Hanya lakukan sahaja tanpa terlalu memikirkan.

Tip Ketiga – Ingatlah Senaman boleh Mencergaskan

Walaupun kamu merasa sangat letih untuk bersenam, teruskan mencuba. Kamu mungkin akan merasa terkejut dengan kecergasan yang kamu rasai selepas itu setelah selesai senaman. Senaman juga satu cara bagi melepaskan tekanan yang kamu rasakan dalam kehidupan. Apatah lagi tekanan merupakan emosi yang menarik tenaga kita dan membuatkan kita letih secara mental.

Tip Keempat – Jangan Takut untuk Campurkannya

Jika kamu melakukan sesuatu berulangkali, kamu akan merasa bosan. Apabila bosan, kamu mungkin akan melupakannya atau kurang melakukan. Untuk tidak merasa bosan, tukarkan cara kamu bersenam. Jika kamu bosan berjoging, tukarkan dengan berbasikal. Mainlah boling atau tenis sekali sekala dan jika kamu rasa kamu sukakannya mungkin kamu boleh menubuhkan pasukan pula dengan kawan-kawan kamu.

Tip Kelima – Mulakan dengan Pemanasan Badan

Tidak kira apa senaman yang kamu pilih, sangat penting untuk kamu memulakan setiap sesi dengan pemanasan badan. Memanaskan badan membantu menghalang kerosakkan pada tisu sendi dan memastikan darah kamu berjalan lancar. Ia akan memastikan jantung kamu juga mengepam darah. Hanya 5 minit sahaja perlu untuk memastikan senaman kamu seterusnya tiada masalah.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.