5 Tip supaya kamu kekal Bermotivasi

Posted on March 7, 2014 · Posted in Uncategorized

“Motivasi adalah permulaan kamu. Tabiat pula membawa kamu bergerak “ – Jim Rohn

Jadi kamu percaya hidup secara positif merupakan cara terbaik. Kamu melangkah ke dalam dunia ini dengan sikap yang positif dan kehidupan kamu semakin memberansangkan. Orang di sekeliling kamu mula menunjukkan perubahan akibat sikap positif yang kamu tunjukkan. Jadi kamu tahu bersikap positif memang berkesan.

Kemudian sesuatu berlaku. Kamu menerima satu berita yang tidak baik dan kamu kembali semula ke keadaan asal kamu. Keazaman kamu melayang. Bagaimana ini boleh terjadi? Apa yang boleh kamu lakukan setiap hari supaya kamu sentiasa bermotivasi?

Kamu perlu mencipta satu pelan untuk bermotivasi setiap hari. Dan motivasi seperti perkataan itu sendiri bermakna motif untuk bertindak.

Jom lihat beberapa perkara yang boleh kamu mulakan

1. Serapkan motivasi dalam kehidupan harian

Adakah mungkin untuk bersikap positif setiap masa? Jawapannya tidak! Adalah benar yang motivasi tidak bertahan lama, tetapi dengan sentiasa memastikan kamu di jalan yang kamu mahu, kamu akan lebih bermotivasi di kebanyakkan hari. Jika kamu mahu sentiasa bermotivasi, kamu perlukan makanan tambahan untuk jiwa kamu. Sepertimana kamu memerlukan makanan untuk aktiviti fizikal, kamu memerlukan makanan untuk tenaga minda kamu.

2. Bina Asas Motivasi

Baca atau dengar bahan motivasi setiap hari. Pergilah ke perpustakaan terdekat atau kedai buku dan dapatkan untuk diri kamu bahan bacaan bermotivasi. Sebuah buku yang memberikan nasihat dan motivasi lebih baik dari membaca novel seram ataupun kejatuhan nilai pasaran saham. Sebagai alternative, lupakan membaca jika kamu tiada masa. Dengarkan bahan motivasi sambil kamu melakukan kerja. Hanya peruntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk mendengar CD bermotivasi di rumah kamu.

3. Hidup secara sihat

Besenam selalu. Ia membantu badan kamu untuk bekerja lebih bagus dan efisien. Kamu akan lebih seronok dengan hidup kamu. Apabila badan bergerak, minda akan lebih laju bergerak. Badan yang aktif akan membuatkan minda lebih aktif lagi. Minda akan lebih tersusun tanpa kita sedari. Walaupun ketika bersenam kamu berfikir tentang masalah kerja, penyelesaian yang akan kamu dapat akan lebih kreatif. Jadi, luangkan masa untuk bersenam kerana kamu akan jadi lebih produktif.

4. Berseronoklah dengan aktiviti

Cari aktiviti yang memberikan kamu keseronokkan dan membuatkan kamu teruja untuk menggunakan kepandaian kamu. Ini bakal membuatkan kamu merasa bagus untuk diri kamu dan memberi impak yang positif. Bila kamu seronok dengan apa yang kamu lakukan, kamu pasti akan berjaya dengan cemerlang. Dan dengan kejayaan, keyakinan diri kamu juga akan bercambah dan memotivasikan kamu untuk mencapai lebih lagi.

5. Ingatkan diri kamu dengan matlamat

Kamu sepatutnya jelas dengan matlamat yang ingin kamu capai dengan rancangan dan tarikh akhir untuk mencapainya. Ambil langkah yang sesuai untuk mencapainya. Ingatkan diri kamu sentiasa tentang matlamat ini. Minda separa sedar kamu akan membantu kamu untuk mencapai matlamat itu. Semuanya Nampak ganjil apabila apa yang kita lakukan sekarang bakal menunjukkan hasilnya 6 bulan akan dating.

Untuk maju ke depan kamu perlulah sentiasa bermotivasi. Tetapi seluruh motivasi tidak berguna jika kamu tidak bertindak SEKARANG. Ambil langkah-langkah ini dan pastinya keputusannya akan memeranjatkan kamu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.