Assalamualaikum, nama saya ialah Muhammad Zulfahmi bin Noor Rashidi, saya dilahirkan dikalangan keluarga yang sederhana. Ibu saya, Rozinah bt Mohd Ali@Ismail merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa, manakala bapa saya, Noor Rashidi bin Nordin pula merupakan seorang pemandu teksi. Mereka berdua merupakan suri teladan dalam setiap aspek kehidupan saya. Tanpa mereka siapalah saya.
Saya merupakan seorang pelajar yang sederhana dari segi penampilan sehinggalah ke bidang akademik. Saya belajar di SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Sebagai pelajar tidak dinafikan bahawa saya menginginkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran agar ibu bapa saya tidak kecewa dengan saya.
Apabila menjelang peperiksaan bagi penggal pertama, seperti biasa saya akan mengulang kaji pelajaran. Walaubagaimanapun usaha yang telah saya lakukan, prestasi saya masih kurang memuaskan dan paling menyedihkan apabila keputusan yang saya perolehi agak mengecewakan. Saya ini pula sangat mudah berputus asa. Walaupun ibu cuba menasihati, saya masih berdegil dengan menyatakan saya sememangnya tidak boleh melakukannya. Sehinggakan saya mula bertanyakan pada diri saya sendiri, “Mengapakah saya perlu belajar, sedangkan keputusan seringkali mengecewakan?” Sejak dari hari itu sehinggalah pada sebulan setengah sebelum saya menduduki peperiksaan percubaan PMR, saya tidak lagi berminat untuk belajar dan saya sering tertidur di dalam kelas. Sikap saya ini telah merunsingkan ibu bapa saya.
Pada suatu ketika, terdetik persoalan di sudut hati saya. Mengapa saya harus mengecewakan ibu bapa saya dengan tidak belajar sedangkan ianya untuk kejayaan saya di masa hadapan kelak. Saya berasa amat kesal dengan sikap saya, justeru saya bangkit semula untuk terus berusaha. Naluri seorang ibu selalunya kuat, ibu mengetahui apa yang perlu untuk saya. Kata ibu, kita perlu sentiasa mengingati Berdoa dan berusaha.
Beberapa hari kemudian, ibu saya telah memperkenalkan saya dengan satu produk iaitu Memo Plus Gold. Kata ibu, produk ini mampu membantu saya dalam memperbaiki pembelajaran dan kesukaran-kesukaran yang saya hadapi dalam pelajaran. Memandangkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu yang beriya-iya menginginkan saya mencubanya, lalu saya pun mengambil dan mengamalkannya sehinggalah ke hari ini. Harganya juga sangat berpatutan iaitu dengan hanya RM59.90 bagi 60 biji kapsul dan apa yang perlu saya lakukan cuma mengambil 2 kapsul setiap hari.
Apabila peperiksaan percubaan PMR yang bakal menjelang hanya tinggal 6 minggu sahaja lagi, ibu memastikan saya mula mengambil produk MEMO PLUS GOLD ini setiap hari. Lebih kurang sebulan setelah tamat peperiksaan percubaan PMR 2012, keputusan pun diumumkan dan saya memperoleh 1A 6B 1C. Keputusan yang saya perolehi itu tidaklah membanggakan kerana sasaran saya jauh lebih tinggi daripada keputusan peperiksaan percubaan ini, tetapi ia tetap menunjukkan satu peningkatan dalam pembelajaran saya. Walaupun seawal 6 minggu mengamalkannya, ternyata produk Memo Plus Gold telah memberikan impak yang ketara terhadap diri saya. Ini kerana semasa berada di dalam kelas, saya tidak lagi mudah berasa mengantuk dan saya berasa lebih cergas. Saya juga dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Apabila hendak ke sekolah, saya lebih bersemangat berbanding sebelum ini. Guru-guru dan kedua-dua ibu bapa saya amat terkejut dengan perubahan ketara yang telah berlaku keatas diri saya.
Berkat doa dan usaha serta pengambilan Memo Plus Gold yang berterusan, sewaktu keputusan peperiksaan PMR 2012 dikeluarkan, saya memperoleh keputusan 6A 2B dalam peperiksaan tersebut. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan saya nikmat kejayaan yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini. Bayangkan, dari 1A 6B 1C kini saya mampu meraih 6A 2B. Semua ini seolah-olah mimpi yang indah buat saya. Hanya 16 minggu mengamalkan Memo Plus Gold ini secara konsisten, saya mula menampakkan keberkesanan produk ini. Hidup saya benar-benar berubah. Saya merasakan tindakan positif sedang berlaku kepada diri saya.
Terima kasih kepada ibu bapa saya kerana dengan dorongan dan nasihat mereka serta memperkenalkan saya dengan Memo Plus Gold ini. Paling menyentuh hati saya apabila melihat ibu saya mengalir air mata kegembiraan dan senyuman kebanggaan di wajah ayah sebaik sahaja saya menunjukkan slip keputusan peperiksaan tersebut semasa di dewan sekolah. Saya begitu terharu sekali melihat mereka berdua.
Setiap pelajar inginkan kejayaan. Selain doa, kita perlu berusaha. Sekiranya anda boleh mengimpikannya, sudah pasti anda juga boleh mencapainya. Sekiranya anda merasai seperti apa yang saya rasa saat ini, pastinya anda inginkan pengalaman ini. Bayangkan, bagaimana sekiranya saya belajar dengan lebih konsisten setiap hari dan mengamalkan Memo Plus Gold sejak dari awal tahun lagi? Ingat, semuanya bergantung kepada tindakan yang kita ambil. Saya sudah pun memperoleh perubahan tersebut.






