Sejak dari dahulu lagi, pengetahuan dilihat sebagai kuasa paling utama dan teknik kemahiran mengingat merupakan perkara paling utama bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Manusia yang berpengetahuan luas akan dipandang tinggi dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, sepertimana yang diketahui umum, kapasiti memori tidak sama bagi setiap orang. Jiran anda mungki mampu mengingat senarai barangan runcit yang ingin dibeli dengan lebih baik berbanding anda yang perlu merujuk helaian kertas catatan. Namun, ini tidak bermakna anda tidak boleh menyainginya.
Apabila kita bercakap tentang percubaan untuk mengekalkan maklumat yang mana mungkin kita mudah lupa, perkaitan mungkin merupakan teknik yang paling berkesan. Teknik ini sering digunakan dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Sebagai contoh, apabila kita bercakap mengenai Paris, apakah imej yang akan mucul di dalam fikiran anda? Pasti ramai di antara kita akan membayangkan Menara Eiffel. Teknik yang sama digunakan dalam pengurusan daya ingatan kita. Misalnya, sekiranya anda ingin mengingat di manakah and meletakkan baju anda, cuba fikirkan apa yang anda lakukan ketika anda menanggalkan baju. Jejak kembali apa yang anda lakukan. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam bilik, apa yang anda mula-mula lakukan? Andakah anda ke almari? Atau mungkin menggunakan penyangkut baju? Dan anda pasti akan menemui jawapannya. Perkaitan penyangkut baju akan membantu anda mengingat kembali tindakan meletakkan baju sekaligus memberi jalan penyelesaian. Pada zaman dahulu kala, perisik digunakan untuk menyampaikan mesej dengan menggunakan teknik yang sama. Oleh kerana penggunaan kertas bertulis boleh dikompromi, maka mereka mencederakan badan mereka di bahagian tertentu dan membentuk kod rahsia yang sama untuk nombor yang berkaitan dengan bahagian tersebut. Dengan cara ini, tiada musuh dapat mengetahui nombor tersebut dan dia juga tidak akan lupa akan mesej yang ingin disampaikan.
Selain itu, antara teknik lain yang boleh membantu meningkatkan kemahiran mengingat ialah melalui teknik visualisasi. Cuba bayangkan mesej yang ingin anda ingat dalam bentuk imej yang mana mudah untuk anda ingati sama ada dalam bentuk komik ataupun apa sahaja yang mudah diingati. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengingati apa itu “halberd” yakni sejenis senjata yang digunakan pada kurun ke 12, anda boleh membayangkan seorang lelaki berjambang yang berbadan besar sedang berdiri di tengah-tengah dewan yang kosong sambil kedua-dua tangannya memegang kapak atau tombak. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, visualisasi ini sebenarnya membantu kita untukk mengekalkan beberapa fakta di dalam otak kita dengan cekap dan berkesan.
Namun tiada ada yang dapat menandingi pengulangan yang berterusan dan teori latihan. Teruslah mengulangi maklumat yang ingin diingati sehingga ianya benar-benar melekat dalam penikiran dan jiwa anda. Sejak dahulu lagi, pelajar sering mengerah otak untuk mengingati maklumat penting berulang kali. Otak manusia sebenarnya mempunyai kapasiti yang sangat besar untuk menyimpan maklumat. Walaubagaimanapun, manusia hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kemampuan sebenar otak kita. Pengulangan bukanlah bermakna anda perlu membaca sesuatu maklumat itu berulang kali tanpa henti. Confucius ada mengatakan bahawa “The weakest link is stronger than the best memory” yang mana bermaksud tafsiran secara langsung dalam dunia hari ini adalah jauh lebih berkesan dalam bentuk bertulis. Cubalah untuk menulis apa yang anda ingin hafal. Kajian psikologi menunjukkan bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk menangkap sesuatu dengan mudah sekiranya ia mempunyai hubungan secara fizikal dengan mereka.
Cuba gariskan dan rangka apa yang mahu anda ingat. Orang-orang Rom mempunyai cara yang sangat menarik untuk melakukannya. Mereka akan membayangkan satu bilik kosong sebagaian cara untuk merangka ingatan mereka. Sekiranya maklumat yang perlu diingati semakin banyak dan kompleks, mereka akan terus menambah butiran-butiran penting untuk digariskan, setiap satu daripadanya adalah saling berkaitan yang mana perlu diingat. Semain jelas gambaran tersebut, semakin kuat memori yang diingati. Pendek kata, Mempunyak rangka kerja membantu menyimpan memori dengan baik.
Baca dengan kuat fakta yang ingin dihafal. Keseronokkan dan kepuasan diri dengan melakukan pengulangan membantu menerapkan dalam diri kita bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada sekadar hafalan biasa. Akhir sekali, amalkan mnemonik. Contohnya, satu mnemonik ringkas seperti VIBGYOR mewakili violet, indigo, biru dan seterusnya. Warna pelangi yang berbeza boleh diingat dalam turutan yang betul dengan baik. Kesimpulannya, tidak kiralah apa jua teknik kemahiran mengingat yang anda gunakan, keinginan untuk belajar dan semangat inkuiri itu adalah yang utama.