Setiap ibu di dunia ini mengimpikan kejayaan anak masing-masing. Begitu jugalah impian saya sebagai seorang ibu kepada Nur Alyaa’ Maisarah yang berusia 8 tahun. Saya, Pn.Siti berasal dari Pulau Pinang ingin berkongsi dengan anda kisah kejayaan dan cabaran yang saya lalui dalam mencapai impian tesebut.
Anak saya merupakan seorang pelajar yang cemerlang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan prestasinya pada waktu itu cukup memuaskan.
Namun begitu, pada bulan Disember 2010, dia diserang demam panas dengan suhu badan mencecah sehingga 40 darjah selsius. Saya merasa begitu cemas dan segera membawa Maisarah ke Hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut serta mendapatkan rawatan.
Rentetan daripada itu, doktor yang melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap anak saya telah memaklumkan bahawa serangan tersebut telah menyebabkan permasalahan dalam pembelajaran anak saya. Doktor menyatakan bahawa anak saya akan mengalami masalah dalam memberi tumpuan kepada pembelajarannya.
Sehubungan dengan itu, anak saya mengalami gangguan tingkah laku dan kemungkinan besar akan menghidap sindrom hyperaktif atau kurang daya tumpuan dan hiperaktif. Doktor menasihati saya supaya bersabar dan tabah menghadapi situasi tersebut. Berita tersebut merupakan suatu tamparan dan kejutan yang hebat buat diri saya. Perasaan saya berkecamuk dan fikiran saya bercelaru memikirkan masa depan anak saya yang suram dan cabaran besar yang perlu saya lalui dalam mendidik anak saya. Saya diselubungi kekecewaan dalam menangani masalah ini.
Namun saya tidak pernah berputus asa. Sebagai seorang ibu, saya mencuba pelbagai kaedah rawatan demi membantu anak saya membina kembali keupayaan memberi tumpuan dalam pembelajaran. Saya mula mencuba beberapa jenis produk berbentuk jus juga vitamin untuk perkembangan otak yang diwar-warkan boleh memulihkan masalah kanak-kanak , hyperaktif dengan harapan anak saya akan pulih seperti sedia kala. Namun semua itu tidak juga mendatangkan hasil. Keadaan Maisarah masih tiada peningkatan, beliau masih mengalami kesukaran mengenalpasti abjad.
Apabila sesi persekolahan bermula, saya mengalami satu lagi kejutan. Pihak sekolah memaklumkan bahawa tingkahlaku Maisarah yang
cenderung mengganggu rakan-rakan serta adakala mengoyakkan buku di sekolah adalah diluar kawalan para guru. Saya seringkali terpaksa ke sekolah kerana menerima aduan demi aduan dari para guru. Apabila keputusan peperiksaan penggal pertama diumumkan, Maisarah gagal dalam kesemua matapelajaran. Saya berasa tertekan dan malu dalam menghadapi masalah ini. Kadang kala saya menangisi sitiuasi ini akibat perasaan kecewa dan putus asa.
Pada suatu hari, saya terdengar suatu rancangan tajaan yang keudara di salah satu radio tempatan kegemaran saya. Rancangan tajaan oleh Oze Marketing Sdn Bhd yang memasarkan Memo Plus Gold sebagai makanan yang mengaktifkan sel-sel otak begitu menarik perhatian saya. Hati saya terdetik dan gerak hati kuat mengatakan mungkin ini penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi.
Seterusnya, saya segera mengambil kesempatan menghubungi Pn.Norlina bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan wakil jualan di kawasan berdekatan. Pihak syarikat lantas merujuk saya kepada stokis yang berhampiran dengan rumah saya. Setelah menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap Maisarah, beliau mengesyorkan Memo Plus Gold kepada anak saya dan menunjuk ajar kaedah pemakanan yang betul.
Saya memastikan yang Maisarah tidak tertinggal mengambil Memo Plus Gold setiap hari selama 3 bulan tanpa henti. Maisarah meneruskan pembelajaran seperti biasa seterusnya menduduki peperiksaan penggal kedua di sekolahnya. Apabila keputusan diumumkan, saya dimaklumkan oleh Maisarah yang guru kelas ingin berjumpa saya. Saya merasa cemas memikirkan perihal tersebut.
Memo Plus Gold di TV1 Selamat Pagi Malaysia
Namun apabila saya bertemu dengan guru kelasnya, saya dikejutkan dengan berita keputusan peperiksaan Maisarah yang CEMERLANG. Dia mencapai gred A dalam kesemua matapelajaran , serta dapat menguasai bahasa cina dengan baik dan daripada mendapat nombor terakhir dalam kelas beliau mampu dapat nombor 4 untuk peperiksaan akhir tahun baru baru ini. Saya kaku seketika dan tidak percaya dengan apa yang ditunjukkan oleh guru tersebut tetapi itu adalah KEBENARANNYA. Inilah saat-saat yang begitu saya nantikan.
Saya lantas menghubungi Pn.Norlina untuk berkongsi khabar gembira ini dengan beliau. Beliau berasa sungguh gembira dan mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman serta membantu orang yang senasib dengan saya.
Tanpa berfikir panjang, saya mengambil keputusan menjadi pengedar produk Memo Plus Gold dengan niat ikhlas membantu seramai mungkin mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya dan juga menolong anak-anak hyperaktif mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan .
Saya amat berterima kasih kepada Syarikat Oze Marketing kerana mengeluarkan produk yang hebat dan berkesan untuk pengukuhan daya ingatan dan perkembangan minda ini.
Kini, anak saya semakin cerdas dan bijak serta merupakan pelajar yang cemerlang setiap tahun. Sebagai ibu yang bertanggungjawab dan mengimpikan kejayaan anak, itulah satu-satunya harapan saya. Malah dengan menjadi pengedar produk Memo Plus Gold juga membantu saya menjana pendapatan yang lumayan setiap bulan dengan memasarkan produk ini kepada mereka yang memerlukan.
Bak kata pepatah, “jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Memo Plus Gold merupakan suatu pilihan yang tepat untuk diri saya dan seisi keluarga. Saya telah berjaya mengubah nasib anak saya.






perkongsian ilmu yg mantap