Apa itu ePembelajaran? Dan apakah kelebihan ePembelajaran?

Posted on June 11, 2013 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

ePembelajaran telah terkenal dalam kalangan para pendidik dan pelajar sejak beberapa tahun yang lalu. Ia sebenarnya merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan pelbagai jenis komputer dan media elektronik, beberapa alat komunikasi dan juga Internet untuk menyediakan latihan dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar boleh menghadiri kelas-kelas dalam talian ini pada bila-bila masa – siang atau malam – dan mereka boleh mengambil bahagian dalam kelas yang dianjurkan oleh pengajar di mana terdapat soalan interaktif dengan pelajar-pelajar lain. Mereka juga boleh menggunakannya mengikut masa mereka sendiri. Secara umumnya, ePembelajaran ini lebih bersifat latihan kendiri dan ia sangat fleksibel bagi mereka yang bekerja sepenuh masa tetapi mahu melanjutkan pelajaran.

Apa itu ePembelajaran? Dan apakah kelebihan ePembelajaran?

Terminologi (Istilah)

Terdapat pelbagai istilah telah berkembang seiring dengan perkembangan ePembelajaran termasuklah :

  • Latihan Berasaskan Komputer (CBT)
  • Digital Educational Collaboration (DEC)
  • Latihan Berasaskan Internet (IBT)
  • Pendidikan On-Line
  • Technology-enhanced Learning (TEL)
  • Latihan Maya atau Pendidikan Maya
  • Latihan Berasaskan Web (WBT)

Setiap daripada perkhidmatan di atas menyediakan kemudahan “streaming video”, audio, penyertaan interaktif, teks, imej, animasi melalui CD-ROM, penghantaran satelit, saluran pembelajaran kabel, pita video, internet dan saluran intranet.

Kelebihan ePembelajaran

Bagi peserta kelas ePembelajaran, terdapat banyak kelebihannya seperti :

  • Kos yang rendah – Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupunn merada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas atas talian. Kelas ini juga kurang mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah.
  • Kemas Kini Dengan Lebih Cepat – Pelajar yang menghadiri ePembelajaran mempunyai kelebihan yakni maklumat sentiasa dikemas kini dengan lebih kerap berbanding kelas biasa. Hal ini adalah kerana bahan bagi kelas biasa, bahan kursus perlu dikemaskini dan pengajar perlu dilatih mengenai proses/prosedur/teknologi yang mana akan memakan masa yang agak lama.
  • Keberkesanan – Bagi sesetengah pelajar, ePembelajaran adalah jauh lebih berkesan kerana mereka boleh menghadiri kelas pada waktu mereka sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual waktu yang ketat. Sebahagian daripada kita percaya bahawa kelas seperti ini berkesan untuk satu jangka masa yang panjang dan pelajar dapat menyimpan maklumat dengan lebih lama. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian jangka panjang yang dilengkapi dengan data membuktikan bahawa pelajar menyimpan sesuatu maklumat itu lebih lama atau lebih baik pada waktu peperiksaan.
  • Kelas yang lebih Pendek – Secara umumnya, kelas IBT lebih pendek berbanding kelas biasa kerana pelajar boleh menghabiskan satu modul dalam satu-satu kelas dan pada waktu yang ditetapkan mereka sendiri. Apabila mereka sudah menghabiskan satu modul dalam satu jam, mereka boleh bergerak ke modul seterusnya. Dengan ini kelas kelihatan mudah dan lebih pendek.
  • Mengurangkan kos bahan kursus – Bagi sesetengah kelas latihan, persekitaran tertentu perlu diwujudkan. Misalnya memuwujudkan Bilik Operasi, makmal uji kaji. Walaubagaimanapun, dalam kursus audio/visual, semua kemudahan ini tidak diperlukan. Persekitaran dalam talian membenarkan pelajar untuk “melihat” dan mendengar bagaimana sesuatu prosedur/proses itu berlangsung tanpa perlu meninggalkan rumah atau pejabat.
  • Kursus yang Seragam – Walaupun setiap tenaga pengajar dilatih untuk membentangkan bahan dengan baik, namun setiap pengajar pasti mempunyai cara yang berbeza dalam pembentangan masing-masing (ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang tidak begitu baik). Kursus ePembelajaran memastikan setiap bahan dibentangkan dengan cara yang sama dan tepat kepada semua pelajar.
  • Kaedah yang Tiada Had – Terdapat banyak cara bagaimana bahan kursus yang berbeza boleh dibentangkan kepada pelajar dengan pelbagai teknik pembelajaran elektronik. Dengan menggunakan audio, video, grafik dan animasi, adalah lebih mudah untuk mendapatkan beberapa komponen kepada para pelajar.

Gaya Belajar

Setiap pelajar mempunyai gaya beajar yang tersendiri sama ada secara auditori, visual atau kinestetik.Walaubagaimanapun, kursus dalam talian ini dilihat sebagai satu medium yang ideal bagi semua pelajar tanpa mengira gaya belajarnya. Pelajar visual boleh menikmati graik dan imej animasi yang disediakan manakala pelajar auditori boleh mendengar sebutan dan suara dalam penerangan yang diberikan yang mana boleh didapati dalam pelbagai jenis kursus dalam talian. Walaubagaimanapun, pelajar kinesteik mungkin mendapati pembelajaran jenis ini agak sukar kerana terdapat simulasi tentang apa yang dipelajari namun ianya bukanlah secara “real hand-on”. Kelebihan pembelajaran dalam talian ini menyediakan kaedah yang bersifat lebih peribadi yang mana boleh digunakan oleh kebanyakan pelajar. Pilihan untuk meletakkan bahan dalam talian juga adalah tidak terhad.

Kaedah yang Berjaya

Memandangkan pengulangan terbukti dapat mengekalkan daya ingatan untuk jangka masa yang lebih lama, salah satu kelebihan yang diperoleh oleh pelajar dalam pembelajaran dalam talian ini ialah mereka dapat memainkan semula bahan yang terdapat dalam talian secara berulang kali sehingga mereka ingat dan benar-benar faham. ePembelajaran terbukti berkesan kerana pendekatan yang berbeza boleh digunaan untuk menerangkan isi pembelajaran setiap topik dan fleksibiliti yang terdapat dalam pembelajaran ini benar-benar memudahkan pelajar.

Rujukkan:
http://www.epsa.gov.my/
http://utlc.uum.edu.my/index.php/perkhidmatan/e-pembelajaran/e-learning-championMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.