Atasi Sembelit Sendiri

Posted on February 20, 2016 · Posted in Pengetahuan am

Maksud sembelit yang biasa adalah apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut. Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Untuk itu beberapa resepi ini boleh dikatakan membantu untuk mengatasi masalah sembelit.

Lemon segar. Ternyata asid yang terkandung dalam jus lemon berfungsi meransang sistem pencernaan sekaligus sebagai detoks.

Bahan:

  • 1 biji lemon segar
  • 1 cawan air hangat

Cara:

Perah 1 buah lemon segar dan campurkan dengan air hangat. Minum hingga habis. Jadikan rutin di setiap pagi.

Minyak zaitun sangat sihat dan rendah lemak serta boleh menyembuhkan sembelit lebih cepat.

Bahan:

  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu teh jus lemon

Cara:

Anda hanya perlu campurkan minyak zaitun dan jus lemon, amalkan setiap pagi. Kalau boleh diambil semasa perut masih kosong. Jika sudah terlanjur makan, tunggu kira-kira 2-3 jam hingga perut kembali kosong.

Semua sedia maklum, lidah buaya dikenali sebagai bahan penyejuk semula jadi yang dapat menenangkan perut.

Bahan:

  • 2 sudu makan gel lidah buaya atau 1 cawan jus lidah buaya

Cara:

Campurkan 2 sudu makan gel lidah buaya dengan jus buah-buahan. Minum di pagi hari sebelum makan atau minum 1 cawan jus lidah buaya jika sembelit selama beberapa hari.

Tahukah anda baking soda juga ubat mujarab untuk sembelit.

Bahan:

  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/4 cawan air suam

Cara:

Campurkan kedua-dua bahan. Minumlah hingga habis. Lebih baik diminum pagi hari ketika perut  kosong.

Sumber : Wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.