Adakah anak-anak anda mendapat gred yang rendah dalam pelajaran mereka? Jika ya, jangan risau . Anda boleh membantu untuk memperbaiki pencapaian mereka dan berjaya dalam pelajaran. Di sini terdapat enam perkara yang anda boleh buat untuk memajukan anak-anak anda.
Jangan lekatkan label negative pada anak-anak anda
Jangan labelkan anak-anak anda dengan gelaran yang menjatuhkan seperti “Tak berguna”, “Bodoh”, “Pemalas”, dan lain-lain nama negative yang menjadika imej yang tak elok. Yakinlah yang anak-anak anda boleh mencapai apa sahaja yang mereka mahu.
Carilah masalah atau kesusahan-kesusahan lain dalam pembelajaran anak-anak anda
Anak-anak yang tidak cemerlang dalam pelajaran mereka tentu ada beberapa masalah. Masalah ini boleh di atasi jika kita tahu apa puncanya. Untuk mencari punca masalah, perhatikan anak-anak anda dengan teliti dan tanya mereka. Di sini terdapat beberapa masalah yang biasa anak-anak hadapi:
- Mengadu tentang rakan-rakan sedarjah/guru-guru
- Balik dari sekolah letih dan marah-marah
- Baik dalam satu mata pelajaran dan ketinggalan dalam mata pelajaran yang lain
- Lembab membaca dan memahami bahan pelajaran
- Mengelak dari membuat kerja rumah sehingga saat terakhir
- Rasa susah untuk bergaul dengan kanak-kanak lain begitu juga dengan orang dewasa
- Menghabiskan masa dengan aktiviti yang tak penting
- Kurang memahami pelajaran atau langsung tidak memahami pelajaran
- Masalah dengan mata atau pendengaran
- Tidak ghairah untuk pergi ke sekolah
- Tidak mendengar kata dan/atau murung
Apabila anda telah mengenalpasti masalah anak-anak anda, ia akan menjadi mudah untuk anda mencari jalan penyelesaiannya
Naikkan keyakinan diri anak-anak anda
Ini adalah antara cara yang terbaik untuk menaikkan pencapaian anak-anak anda. Carilah cara yang mereka biasa belajar atau kemahiran mereka dan berbuallah mengenainya. Walau bagaimana buruk pencapaian mereka sekarang, tentu ada topik atau kemahiran dalam pelajaran yang mereka cemerlang.
Umpamanya: anak lelaki anda mungkin bagus dalam mengeja, atau membaca atau melukis. Anak perempuan anda mungkin bagus dalam matematik atau biologi atau menghafal formula. Fikirkan ini dan pujilah anak-anak anda tentang kemahiran mereka itu.
Juga, carilah pencapaian cemerlang yang bersangkutan dengan pelajaran anak anda itu pada masa dulu dan bincangkanlah. Misalnya: mungkin anak lelaki anda mendapat markah yang tinggi untuk mata pelajaran sains. Atau mungkin anak perempuan anda mendapat markah yang tinggi dalam beberapa mata pelajaran tahun lepas atau tahun sebelumnya.
Bincangkan kejayaan bagi pelajarannya yang dahulu. Ingatkan dia tentang kejayaan itu walau bagaimana kecil sekali pun. Ini akan mengalih fokus minda mereka tentang mata pelajaran yang mereka mahir, dan tentang kejayaan pelajaran mereka. Mereka akan sedar yang mereka ada kebolehan untuk belajar, kuasa untuk menang. Beritahu anak-anak anda, “jika awak boleh belajar satu perkara, awak juga boleh belajar perkara yang lain. Jika awak boleh mencapai kejayaan sekali, awak tentu boleh berjaya sekali lagi.
Kata-kata ini dari anda pasti merangsang anak-anak anda.
Berbincanglah dengan guru anak-anak anda
Jumpalah guru anak-anak anda dan berbincanglah tentang pencapaian pelajaran anak-anak anda dengan mereka. Tanyalah apa yang silap dengan anak anda, dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka. Nasihat dan cadangan dari guru-guru sangat-sangat membantu anda.
Bantulah anak-anak anda untuk memasang matlamat yang boleh dicapai
Apabila anak-anak ada matlamat yang jelas dalam minda mereka, mereka selalunya berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadi rangsanglah mereka untuk memasang matlamat yang kecil dan berpatutan untuk pelajaran mereka.
anak saya lemah dalam penulisan tolong bagi tau cara- cara mengatasinya.terima kasih.
berikan Memo Plus Gold kerana ia meransang minda pengguna yang menggunakannya setiap hari. Ia mengatasi banyak kelemahan pelajar seperti lambat membaca, susah menghafal dan tiada tumpuan.. Selamat mencuba ya!
apakah kesan jika pengambilan memo plus gold dihentikan setelah pembelajaran kanak-kanak tersebut meningkat?
Memo Plus Gold meningkatkan tahap ingatan. Jika di berhentikan pengambilannya selepas ingatan meningkat, ia akan kembali ke keadaan asalnya selepas suatu jangka masa. Itu sahaja. TQ