Bagaimana Menguatkan Daya Ingatan Jika Anda Semakin Menjadi Pelupa?

Posted on November 23, 2012 · Posted in Uncategorized

Pernahkah anda berjalan masuk ke suatu tempat dan anda sendiri lupa kenapa dan bagaimana anda berada di situ? Sememangnya perkara sebegini amat mengecewakan, Tidak menjumpai kunci kereta, lupa untuk menyidai pakaian yang sudah dibasuh dan seluar biru kesayangan anda hilang? Kunci kereta berada di dalam seluar biru kesayangan anda dan seluar tersebut berada di dalam mesin basuh! Terserempak dengan seorang kenalan lama dan anda tidak ingat namanya mahupun di mana anda mengenalinya?

 

Mungkin bagi sesetengah orang, “penyakit lupa” ini agak kelakar. Namun jika ianya berlaku berulang kali, ianya sudah tidak lagi kelakar malah, ianya amat memalukan. Lebih teruk lagi ada sesetengah individu yang mengalami masalah ini berasa begitu kecewa dan keadaan ini ternyata amat membimbangkan. Ada yang dengan selamba berpendapat “penyakit lupa” ini adalah biasa dalam kalangan mereka yang sudah tua. Namun, harus diingat, anda mungkin orang yang seterusnya.

 

Saintis telahpun menemui cara bagaimana otak berfungsi dan bagaimana neurons dan sinaps berfungsi bersama. Di dalam otak kita terdapat myelin dan saraf yang akan mengurangkan kuantiti myelin ini sehingga ianya rosak. Apabila saraf ini telah rosak, ianya tidak dapat menghantar sebarang mesej dengan jelas dan semakin hari, ingatan individu tersebut akan semakin lemah. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.

 

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa teknik untuk menguatkan daya ingatan bagi mereka yang mula mendapat simptom-simptom kurang daya ingatan ini. Untuk pengetahuan semua, minda kita juga memerlukan senaman sebagaimana anggota badan kita untuk membaik pulih laluan saraf sekaligus mengekalkan minda yang sihat. Berikut adalah tips-tips yang boleh membantu menguatkan daya ingatan.

 

  • Main permainan yang membantu fokus minda dan melatih memori. Terdapat pelbagai jenis permainan dalam talian yang melibatkan pengiraan, memori, bunyi-bunyian, warna dan mengasah kemahiran menaakul. Selain itu, teka silang kata, “Sudoku” dan juga “Scrabble” turut membantu dalam perbendaharaan kata.
  • Kadang kala kita juga perlu mencuba sesuatu permainan yang baru supaya ianya lebih mencabar dan menarik. Melakukan latihan minda yang sama setiap hari juga akan menyebabkan otak kurang memberi rangsangan sekaligus menyebabkan ianya tidak lagi memberikan apa-apa kesan.
  • Cuba buat satu hubung kait dengan sesuatu yang mudah diingat. Misalnya, nombor telefon seorang rakan anda ialah 0173181990. Cuba kaitkan 318 dengan tarikh kemerdekaan Malaysia manakala kaitkan 1990 dengan tahun kelahiran anda.
  • Kaitkan perkataan yang perlu diingati dengan satu gambaran atau memori visual yang dapat memberi kesan emosional mahupun mengejutkan. Sebagai contoh, jika ingin membeli barang keperluan makanan, bayangkan jika anda pulang ke rumah dan lihat dapur anda kosong tanpa ada secebis makanan pun. Sudah pasti anda akan risau dan tidak akan lupa untuk membeli barang keperluan makanan tersebut. Begitu juga jika anda risau lupa untuk mengambil pakaian anda di kedai dobi, bayangkan jika anda membuka almari anda dan ianya kosong tanpa ada sehelai pakaian pun!

 

Terdapat beberapa cara menguatkan daya ingatan yang kedengaran seperti tidak masuk akal namun percayalah, ianya benar-benar berkesan. Apabila berbicara soal stress pula, setiap individu mempunyai tahap stress yang tersendiri. Namun setiap daripada kita perlulah cuba untuk mengurangkan stress yang dihadapi seminimum yang boleh. Apabila hypothalamus mengesan berlakunya stress, ia akan memberi amaran kepada kelenjar pituatari yang mana akan merembeskan sejenis hormon yang akhirnya akan merembeskan corticosteroid. Keadaan ini akan melemahkan otak dan merosakkan pusat memori. Oleh itu, bebaskan diri anda dari stress, amalkan pemakanan yang sihat, dapatkan rehat yang cukup dan amalkan gaya hidup yang sihat!

 

Tidak kiralah pada usia berapa pun, mempunyai daya ingatan yang baik adalah sangat penting. Kini terdapat pelbagai teknik yang boleh membantu untuk meningkatkan daya ingatan. Ingatlah bahawa senaman minda adalah sangat penting sama seperti senaman untuk anggota badan yang lain.

 

 Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.