Bagaimana Menjadi Pelajar Terbaik

Posted on April 24, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif, Uncategorized

Pelajar yang berjaya menggunakan pelbagai gaya dan teknik untuk belajar, yang mana membawa kejayaan bagi mereka. Tirulah cara mereka, dan anda juga akan menjadi seperti mereka.

PERTAMA – Mereka belajar secara berterusan

Pelajar Cemerlang tahu usaha merupakan tangga kejayaan. Belajarlah secara tetap dan anda tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan berpeluang besar mendapat gred yang lebih baik. Idea untuk mendapat markah yang tinggi tanpa pembelajaran konsisten cumalah impian kosong. Ketepikan beberapa jam, setiap hari atau setiap minggu untuk belajar bagi menghalang himpunan bahan bacaan dan latih tubi di saat akhir sebelum peperiksaan.

KEDUA –     Mereka menetapkan matlamat yang nyata

“Saya akan mencapai gred A dalam Bahasa Inggeris.” “Saya akan mendapat 94% dalam peperiksaan yang akan datang.”
Ini adalah matlamat yang nyata.
Matlamat memberi anda sebab untuk belajar dengan lebih baik dan meningkatkan aktiviti pembelajaran anda. Ia juga membantu anda memfokuskan tenaga dan kuasa minda anda dengan lebih efisyen.
Oleh itu pastikan anda ada matlamat belajar yang tetap tetapi tidak tertalu taksub. Binalah matlamat yang realistik dan  mencabar, tetapi tidak mustahil atau terlalu susah untuk dicapai.

KETIGA –     Daya usaha yang dirancang

Tetapkan arah tujuan dan rancang perjalanan anda sehingga sampai  ke tempat tersebut. Inilah sebenarnya kelainan pelajar cemerlang dari pelajar yang biasa. Apabila pelajar cemerlang ini menetapkan matlamat mereka, mereka akan merancang bagaimana mereka dapat mencapai matlamat itu dari segi tindakan yang akan diambil serta berapa banyak masa yang akan gunakan. Umpamanya, jika matlamat mereka adalah untuk mendapat gred A dalam Bahasa Inggeris, apa tindakan yang perlu diambil untuk mencapainya? Luangkan lebih masa untuk belajar Bahasa Inggeris? Tingkatkan kemahiran menulis? Inilah caranya pelajar cemerlang menganalisa dan membuat perancangan. Kemudian mereka ikuti perancangan mereka dengan teliti. Usaha yang dirancang beginilah yang membuahkan hasil dan lebih kejayaan. Ia juga dapat menghindari dari pembuangan masa dan tenaga kerana anda tahu dengan tepat apa yang anda perlu buat untuk mencapai matlamat anda.

KEEMPAT –     Mereka belajar tanpa tekanan

Pelajar Cemerlang rajin belajar tetapi mereka belajar tanpa memaksa diri mereka. Kebanyakan pelajar membuat kesilapan dengan belajar terlalu kuat atau belajar terlalu lama. Ini menjadi satu tekanan bagi minda dan melambatkan pembelajaran dan daya ingatan. Pembelajaran mestilah dibuat dalam keadaan yang seimbang.Rehatlah sebentar beberapa minit apabila anda telah belajar 60 minit. Relaks, berjalan-jalan keliling bilik atau rumah, minum air dan mulakan semula pembelajaran anda. Ia akan menyegarkan otak anda dan anda boleh belajar dengan lebih banyak lagi. Luangkanlah juga sedikit masa untuk bersukan, menonton TV atau berinteraksi dan beriadah dengan rakan – rakan.

KELIMA – Jadikan ia sesuatu yang penting

Sesetengah pengkaji dari universiti mendapati bahawa pelajar-pelajar yang mementingkan pembelajaran akan mencapai kejayaan yang lebih. Pencapaian mereka akan lebih baik dan mereka kurang bermasalah dalam pembelajaran.
Belajar merupakan perkara yang dilakukan bukan sebab disuruh oleh ayah dan ibu. Ia sebenarnya perkara yang sangat penting bagi anda sendiri. Pelajaran memberi anda pengetahuan dan kemahiran yang akan bersama dengan anda untuk selama-lamanya. Ia membolehkan anda mendapat pekerjaaan yang baik dengan gaji yang baik. Ia membolehkan anda memdapat kebebasan kewangan, kestabilan dalam hidup, penghormatan… senarai yang tak ada penghujung.
Dan pelajar cemerlang sedar tentang nilai pelajaran yang baik. Jadi mereka menekankan betapa pentingnya pelajaran.
Apabila anda meletakkan pentingnya sesuatu, anda dengan sendirinya akan tumpukan perhatian dan tenaga anda padanya.

Jadi anda boleh lihat dari lima strategi di atas, pelajar yang berjaya tidak membuat sesuatu yang luar biasa. Mereka cuma membuat perkara yang betul.
Dan anda tidak lain dari mereka. Anda juga boleh membuatnya dan mencapai lebih kejayaan dalam pelajaran anda.

Jika anda mahukan cara pembelajaran ‘rakan-otak’ untuk belajar apa sahaja dengan pantas dan mencapai gred yang cemerlang, anda boleh mendapatnya dengan Memo Plus Gold!!Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.