Bagaimana untuk Meningkatkan Kekuatan Memori

Posted on November 6, 2012 · Posted in Uncategorized

Dalam kehidupan seharian, manusia mudah lupa akan sesuatu walaupun ianya sudah menjadi rutin seharian. Misalnya  kita lupa di mana kita meletakkan dompet, lupa untuk mengunci pintu rumah dan juga kadang kala lupa untuk menetapkan jam penggera. Semua ini berpunca daripada fungsi otak manusia yang boleh menyebabkan ingatan kita semakin lemah. Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk meningkatkan daya ingatan iaitu melalui latihan dan permainan yang mana hanya memakan masa kira-kira 30 minit sahaja setiap hari.

Salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan kekuatan memori ialah dengan bermain permainan yang direka khas untuk membantu menguatkan daya ingatan. Pelbagai laman sesawang khusus untuk membantu meningkatkan kekuatan memori telah dibangunkan. Lumosity merupakan salah satu contoh laman sesawang yang dimaksudkan. Apa yang lebih menarik, kebanyakkan permainan ini bukan sahaja berkesan untuk memori kita malahan turut membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata.

Dalam satu permainan ini, terdapat empat ekor lembu di dalam sebuah padang rumput. Di badan setiap lembu tersebut terdapat bintik-bintik hitam dalam jumlah yang berbeza antara satu sama lain. Permainan ini dimainkan dengan mengklik lembu yang mempunyai bintik hitam yang paling sedikit sehinggalah yang paling banyak. Mungkin ianya kedengaran sangat mudah bukan? Tetapi apa yang mencabar ialah lembu-lembu tersebut akan bergerak ke tempat yang berlainan di dalam padang rumput tersebut dan dalam masa yang terhad pemain perlu mengenal pasti lembu yang mempunyai bintik hitam paling sedikit hinggalah yang paling banyak mengikut urutan yan betul.

Selain itu, terdapat satu lagi permainan yang membantu menguatkan memori iaitu mengira sejumlah ikan yang melompat keluar dari air dan masuk ke dalam baldi. Permainan ini memerlukan pemainnya mengira jumlah ikan yang berada di dalam baldi sebaik sahaja tempoh masa yang ditetapkan telah tamat. Mudah bukan? Namun apa yang menyukarkan keadaan ialah terdapat ikan yang melompat masuk ke dalam baldi dan kemudiannya melompat keluar semula daripada baldi tersebut. Oleh itu, pemain perlu peka akan jumlah ikan yang melompat keluar daripada baldi supaya jumlah ikan yang melompat masuk ke dalam baldi dapat ditolak dengan jumlah ikan yang melompat keluar dari baldi. Permainan ini benar-benar membantu menguatkan ingatan, pengiraan, pengecaman fokus dan kelajuan koordinasi mata pemain.

Dengan adanya pelbagai jenis permainan dan latihan untuk perkembangan otak, kini kita boleh membantu menjaga minda supaya sentiasa berkembang dengan positif disamping bergembira dalam masa yang sama. Sesetengah daripada permainan ini membolehkan kita menjemput rakan-rakan Facebook untuk turut sama bersaing dalam permainan ini. Secara tidak langsung, interaksi sosial yang sihat dapat diwujudkan. Seperti yang diketahui umum, mereka yang kurang berinteraksi akan meminimumkan stimulasi rangsangan pada otak sekaligus akan meningkatkan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Parkinson’s dan Alzheimer’s.

Di samping itu, satu cara lagi untuk meningkatkan kekuatan memori ialah dengan membaca setiap kali sebelum tidur. Menghabiskan satu bab sehari boleh melatih minda kita dengan baik terutamanya jika kita membaca buku kegemaran kita kerana ianya turut membantu perkembangan rohani kita. Selain itu, buku-buku yang memaparkan pengetahuan baru untuk si pembaca juga amat bagus untuk latihan minda. Belajar sesuatu yang baru setiap hari membuktikan kita berjaya mengharungi hari kita dengan baik dan kadang kala membaca suatu kisah romantik mahupun thriller boleh menjadi terapi yang baik menurut doktor.

 

Terdapat satu lagi cara yang efektif untuk menguatkan daya ingatan iaitu dengan pengambilan makanan yang baik untuk otak. Makanan yang kaya dengan antioksidan, asid folik, choline serta Omega 3 dan 6 merupakan antara nutrisi yang sangat bagus untuk otak dan juga badan manusia. Tidur yang secukupnya juga adalah amat penting bagi memastikan minda dapat berehat secukupnya.

Sama ada kita sedar atau tidak terdapat banyak cara untuk menguatkan daya ingatan dengan menyertai permainan mahupun latihan yang bagus untuk otak sekaligus dapat meningkatkan fokus, ketepatan, kelajuan dan koordinasi mata dengan seluruh anggota badan. Jadi gunakan kesempatan dan ruang yang ada untuk sama-sama menguatkan daya ingatan kita!Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.