Kebanyakan pelajar berpendapat melanjutkan pelajaran di Malaysia merupakan pilihan yang bijak kerana terdapat pelbagai institut pengajian tinggi yang bertaraf dunia di sini selain daripada persekitarannya yang selamat dan universitinya yang sentiasa konpetitif berbanding negara lain. Bagi pelajar asing yang berbahasa Inggeris, pihak institusi ada menyediakan tenaga pengajar bahasa Inggeris komunikasi selain menawarkan kurikulum di pelbagai peringkat dalam perlbagai bidang.
Peringkat Pengajian
Di Malaysia, terdapat beratus-ratus universiti dan kolej yang menawarkan pelbagai pilihan untuk pelajar. Peringkat ijazah dimulakan dengan kursus pra university bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam diploma atau asas “A-level”. Terdapat juga pelbagai kursus ijazah pertama yang mematuhi syarat-syarat program ijazah asing dari luar negara seperti dari Amerika Utara termasuklah Amerika dan Kanada. Begitu juga dengan United Kingdom dan Australia yang menyediakan program untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains atau Seni. Dan akhir sekali, sistem pembelajaran di Malaysia turut menyediakan program bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sajana mahupun doktor falsafah. Terdapat ratusan bahan yang komprehensif dan kursus yang mencukupi untuk menampung kepelbagaian bidang pengajian bagi pelajar yang datang dari latar belakang yang berbeza.
Kelebihan Belajar di Malaysia
Bagi pelajar yang masih mencari-cari lokasi yang sesuai dan mampu menawarkan pendidikan yang terbaik dalam bidang yang mereka minati, Malaysia merupakan pilihan yang bijak. Umumnya, terdapat beberapa alasan yang kukuh mengapa Malaysia dikatakan sebagai pilihan terbaik bagi memulakan atau melanjutkan pelajaran. Berikut merupakan kelebihan belajar di Malaysia :
-
Kualiti hidup di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Malaysia menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi selain mempunyai rangkaian komunikasi yang boleh dipercayai serta kampus bertaraf antarabangsa. (Bagi mereka yang cintakan makanan, pelbagai pilihan makanan yang sedap dan murah mudah didapati di sini).
-
Antara kelebihan paling utama kenapa perlu memilih Malaysia sebagai tempat melanjutkan pelajaran ialah kerana kos kehidupan yang rendah. Bagi pelajar yang belajar di Malaysia, yuran pengajian kebanyakannya hanyalah satu per tiga daripada kebanyakan negara lain dan kos pembiayaan hidup di sini juga murah. Jika dibandingkan secara keseluruhan, kos hidup di Malaysia mampu mencecah 60% jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain.
-
Secara umum, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling selamat dan aman untuk diduduki selain sentiasa stabil. Cuaca di Malaysia juga sentiasa konsisten sepanjang tahun tanpa mengalami perubahan suhu yang keterlaluan, yakni tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Walaubagaimanapun, kadang kala Malaysia menghadapi musim hujan yang berpanjang yakni musim tengkujuh yang mana sedikit sebanyak menyulitkan penduduk tempatan. ( Malah, dalam satu kajian ke atas indeks keamanan global, Malaysia merupakan negara ke 19 yang paling aman untuk didiami berbanding 160 buah negara yang lain). Rakyat tempatan juga sangat peramah ditambah lagi dengan pemandangan yang indah dan permai – banyak tempat boleh dikunjungi dan diterokai pada hujung minggu atau cuti umum.
-
Malaysia terkenal dengan standard pendidikan yang berkualiti tinggi yang mana membolehkan Malaysia dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Standard ini dipantau secara tetap oleh Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagi memastikan akreditasi kecemerlangan dan standard yang berterusan.
-
Pelajar boleh mendapatkan ijazah dari negara asing seperti dari universiti di Amerika Utara, Britain, Kanada dan Australia dan beberapa universiti luar negara yang terletak di seluruh Malaysia. Mereka mungkin telah memulakan pengajian mereka di London, namun keadaan memerlukan mereka untuk datang ke Malaysia dan mereka ternyata bernasib baik kerana dapat meneruskan pengajian di sini.
-
Proses imigresen bagi pelajar antarabangsa adalah agak mudah jika dibandingkan dengan polisi kebanyakan negara lain. Pihak kerajaan Malaysia benar-benar mengalu-alukan kedatangan pelajar asing dengan menjadikan proses kedatangan mereka sebagai pelajar lebih mudah.
-
Kebanyakan pelajar yang belajar di Malaysia mendapati bahawa kepelbagaian budaya dan kaum yang tinggal dengan harmoni menyebabkan wujudnya pelbagai jenis makanan. Sama ada makanan halal atau tidak halal, pelbagai pilihan ditawarkan dalam jumlah yang sangat banyak. (Sudah tentu kepelbagaian pilihan makanan menjadi syarat utama bagi setiap pelajar)
-
Pelajar asing mendapati komunikasi bukanlah menjadi masalah di Malaysia kerana bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan bahasa utama selain beberapa bahasa lain yang turtu digunakan dalam kehidupan seharian di seluruh Malaysia. Hal ini adalah kerana Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya.
Peluang Keemasan
Bagi sesiapa yang ingin belajar di Malaysia, terdapat pelbagai kelebihan bakal dikecapi. Kemudahan pendidikan yang ditawarkan adalah bertaraf dunia dengan yuran pengajian yang berpatutan. Kos sara hidup yang rendah ini menjadikan Malaysia sebagai pilihan yang paling tepat untuk mereka yang bergelar pelajar. Rakyat Malaysia yang mesra dan peramah mengalu-alukan kedatanga pelajar asing untuk sama-sama menuntut ilmu di sini selain mempunyai universiti yang sangat hebat dan selesa untuk belajar.
Pautan Rujukkan (Inggeris)
Malaysia Centre of Educational Excellence
Universiti Teknologi PETRONAS
Asia Pacific University