Ramai antara kita tidak berpuas hati dengan diri kita, dengan rupa paras atau pun sikap kita. Ahli psikologi merujuk perkara ini sebagai kurang keyakinan diri. Jadi, kenapa kita tidak menghargai diri kita? Pertama sekali keyakinan diri kita bergantung kepada bagaimana orang menilai kita. Kita biasanya akan menilai keyakinan diri kita berdasarkan pendapat orang lain. Terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka tidak mampu untuk menganalisa perbuatan mereka jadi mereka bergantung kepada orang yang lebih dewasa untuk mengukur apa yang mereka lakukan.
Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah tidak berharap untuk berjaya di dalam aktiviti mereka dan biasanya mereka hanya mengelak dari melakukannya kerana tidak mahu gagal. Dan walaupun mereka mendapat keputusan yang positif, mereka tidak yakin itu adalah dari atas usaha mereka sebaliknya meletakkan ia sebagai tugasan yang mudah di mana setiap orang boleh lakukan atau mereka bertuah untuk masa itu sahaja. Dan perasaan tidak puas hati dengan diri mereka akan bertambah. Ini merupakan putaran yang tidak bagus kerana seseorang itu tidak akan dapat mencapai kejayaan apabila mereka tidak berpuas hati dengan diri mereka dan tidak berpuas hati mereka tidak pernah berjaya. Kita patut ingat bahawa untuk berjaya memerlukan keyakinan diri yang tinggi, bermula dengan kepercayaan kamu akan mencapai apa yang kamu ingin lakukan.
Untuk meningkatkan tahap keyakinan kamu, saya akan berkongsi latihan yang boleh kamu lakukan. Kamu perlu menulis sikap positif yang kamu ada (tidak lebih dari 40). Saya tahu ia bukannya mudah. Tapi kamu tidak terikat dengan masa dan kamu boleh menulis apabila kamu mahu. Selepas kamu menulis dengan lengkap, kamu boleh menambahnya dengan lebih banyak sifat positif kamu setiap hari. Pastinya selepas beberapa ketika kamu akan menjadi seseorang seperti senarai yang kamu tuliskan itu.
Strategi Pembelajaran
Ada beberapa strategi pembelajaran asas yang boleh membantu kerjaya dan juga perniagaan kamu. Ia juga boleh menjadikan kamu seorang yang sangat menarik dengan pelbagai topik menarik untuk di bincangkan. Kamu boleh belajar dengan lebih efisien. Amalkan beberapa teknik berikut sehingga ia menjadi tabiat kamu.
Mencipta rasa ingin tahu
Kamu dapat belajar dengan lebih baik apabila kamu ingin tahu tentang sesuatu perkara. Tetapi bagaimana untuk mencipta perkara ini? Satu cara adalah dengan menamatkan sesi pembelajaran dengan dua atau tiga soalan di minda kamu. Ini akan mencipta rasa ingin tahu supaya kamu lebih tertarik untuk belajar. Sama seperti kamu melihat rancangan siaran kegemaran kamu kemudian iklan pula muncul. Pastinya kamu ternanti-nanti sambungan kepada rancangan terbabit dengan perasaan ingin tahu.
Bersedia untuk belajar
Apabila kamu mahu belajar perkara baru, luaskan minda kamu, walaupun kamu belum bersedia untuk belajar atau tiada masa untuk belajar. Peringkat pertama untuk pembelajaran adalah di mana kamu melihat idea baru dan dengan cepat melihat keseluruhan idea tersebut. Dengan beberapa minit masa kamu peruntukkan untuk melihat sambil lalu maka kamu membuka minda kamu untuk bersedia terhadap konsep baru.
Kaitkan apa yang kamu tahu dengan pengetahuan yang baru
Apabila kamu belajar untuk topik yang baru, pastikan kamu menghubungkannya dengan perkara yang sedia ada. Buat perbandingan ataupun mengaitkannya dengan perkara yang lebih kurang sama. Sebagai contoh, “ Ini seperti…,” atau “ Bagaimana ini berbeza dari…”
Guna Imaginasi Kamu
Mengubah pandangan kamu adalah salah satu strategi pembelajaran yang baik. Sebagai contoh, belajar seperti kamu perlu mengajar orang lain pula selepas itu. Bayangkan apa yang kamu perlu fahami supaya kamu boleh mengajar orang lain pula. Ini merupakan satu cara terbaik untuk mendapatkan informasi baru.
Dan juga guna imaginasi kamu untuk membayangkan apa yang kamu pelajari. Terdapat banyak informasi dan hanya sedikit sahaja yang penting. Tetapi dengan membayangkan bagaimana menggunakan maklumat baru itu, kamu akan secara automatik memberi tumpuan kepada benda yang kamu perlu tahu sahaja.
Ambil masa untuk Berehat
Kamu boleh belajar lebih apabila kamu mengambil masa untuk berehat. Kajian menunjukkan kita akan mengingati permulaan pembelajaran dan pengakhiran kepada pembelajaran. Jadi, dengan berehat kamu akan melakukan lebih sesi belajar dan meningkatkan bilangan permulaan dan pengakhiran. Gerakkan diri kamu ketika waktu rehat kerana ini dapat membuatkan minda kamu lebih cergas.
Mencari masa
Bagaimanakah jika kamu tidak memerlukan lebih masa untuk belajar bahasa baru, atau mempelajari sesuatu yang baru dan menyeronokkan? Mula menggunakan masa terluang di dalam hari kamu, seperti ketika kamu duduk di dalam kereta, atau di dalam bas atau ketika di bilik menunggu. Hampir semua perpustakaan awam mempunyai beratus-ratus buku dalam bentuk audio atau kamu boleh juga mendapatkannya dari Internet.
Oleh itu, tiada halangan bagi kamu dalam meningkatkan keyakinan diri kamu. Selain itu dapatkan Memo Plus Gold bagi membantu perkembangan minda dan ingatan kamu.



