Sebagai seorang ibu, banyak pengorbanan dan kepayahan yang kita akan tanggung demi anak-anak dan keluarga. Bagi saya pendidikan anak-anak amat penting supaya mereka berjaya di masa hadapan. Selain itu, sebagai seorang ibubapa yang beragama Islam saya juga mahukan anak-anak saya memperolehi ilmu agama yang mencukupi.
Oleh kerana ketiadaan sekolah agama berdekatan dengan rumah, anak saya Muhammad Firdaus terpaksa didaftarkan lambat untuk ke sekolah agama. Ketika dia berusia 11 tahun, sebuah Sekolah Rendah Agama (Jaim) telah dibina berhampiran dengan kawasan perumahan kami dan saya dengan segera mendaftarkannya. Walaupun saya amat gembira kerana akhirnya dia dapat ke sekolah agama, perasaan bimbang tetap ada kerana murid-murid tahun 5 terpaksa mengambil UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) iaitu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di dalam ujian itu semua murid akan diuji dengan subjek yang mereka pelajari bermula dari darjah 1 sehingga 5 walhal anak saya telah ketinggalan selama 4 tahun.
Di hati saya lansung tidak mengharapkan keputusan cemerlang untuk anak saya bawa pulang. Memadai jika anak saya lulus sahaja. Bayangkan, beliau telah ketinggalan pelajaran selama 4 tahun, bagaimana saya boleh mengharap keajaiban boleh berlaku. Secara kebetulan, pada satu hari saya terbaca sebuah artikel mengenai Memo Plus Gold di dalam akhbar Harian Metro. Artikel tesebut telah meyakinkan saya untuk memberikan Memo Plus Gold ini kepada anak saya. Bukan itu sahaja, dengan harga serendah RM59.90, ia mendorong saya untuk membelinya serta-merta.
Tanpa disangka-sangka, keajaiban benar-benar berlaku, anak saya mendahului murid-murid yang lain walaupun dia ketinggalan di dalam pelbagai subjek yang ditawarkan. Malahan setiap kali ujian dijalankan sehinggalah peperiksaan penggal pertama, anak saya berjaya mendapat tempat pertama. Guru-guru mula bertanya dan mengutarakan rasa ragu-ragu; benarkah anak saya tak pernah masuk ke sekolah agama sebelum ini?
Berkat anak saya mengamalkan Memo Plus Gold, anak saya berjaya mendapat 8A dalam ujian sebenar UPKK sekaligus membuatkan saya dan suami amat gembira sekali. Anak saya bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga malahan sekolah agamanya juga. Bila ditanya bagaimana dia mampu untuk mendapat keputusan yang amat cemerlang itu? Katanya, apabila dia mengamalkan Memo Plus Gold ingatannya bertambah kuat. Segala ajaran dari guru dapat dikuasai dengan baik kerana tumpuannya di dalam kelas juga bertambah berbanding sebelum pengambilan Memo Plus Gold. Mengulangkaji pelajaran juga bertambah mudah katanya kerana tidak perlu berulang-ulang belajar perkara yang sama, ini kerana daya ingatan yang semakin meningkat.
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Tuhan atas segala usaha dan juga penemuan saya terhadap produk Memo Plus Gold ini. Memang tak sia-sia saya setia dalam memastikan anak-anak saya mengamalkan Memo Plus Gold setiap hari kerana keputusan mereka yang amat cemerlang setiap kali peperiksaan. Bukan setakat di sekolah agama malahan anak saya Muhammad Firdaus juga memperoleh keputusan yang cemerlang di sekolah biasa. Oleh yang demikian, saya terus memberikan Memo Plus Gold kepada semua anak-anak saya agar ianya dapat membantu mereka memperoleh kejayaan.







