Dalam usaha untuk membesarkan anak-anak, tiada jalan mudah yang boleh diambil. Mereka yang berjaya membesarkan anak-anak dengan baik merupakan ibu bapa yang mempunyai kemahiran keibubapaan yang tinggi. Bagaimana anda membesarkan anak anda menjadi kayu ukur dalam menentukan banyak perkara antara ibu bapa dan anak-anak. Kemahiran keibubapaan yang digunakan perlulah sentiasa disuaikan dan disempurnakan supaya hubungan kekeluargaan seniasa dijaga. Tiada cara yang sempurna dalam membesarkan anak-anak kerana setiap individu adalah berbeza. Namun, terdapat beberapa cara yang salah dalam mendewasakan anak-anak anda yang mana boleh meninggalkan kesan yang mendalam.
Kemahiran keibubapaan yang digunakanlah yang akan menentukan jenis hubungan yang bagaimanakah akan terjalin antara ibu bapa dan anak-anak. Ia juga memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak bagi menghadapi cabaran dan masalah terutamanya apabila remaja dan semasa memasuki dunia kedewasaan. Sekiranya anda tidak pasti kemahiran bagaimanakah yang diperlukan dalam usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik, anda boleh merujuk beberapa sumber yang menawarkan maklumat berguna, program, langkah-langkah dan garis panduan untuk semua ibu bapa tanpa mengira umur dan latar belakang. Kemahiran ini telah diperkenalkan berates-ratus tahun dahulu dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang baik ini bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari dalam masa semalaman, tidak kiralah seberapa banyak buku panduan yang anda baca, kerana membesarkan anak memerlukan pengalaman. Pengalaman merupakan sesuatu yang perlu dilakukan berulang-ulang kali kerana percubaaan pertama mungkin tidak berjaya dan ianya memerlukan pelaksanaan yang berterusan. Penyesuaian yang berterusan dalam membina kemahiran keibubapaan adalah perlu sepanjang proses tumbesaran anak-anak anda. Tindakan yang diambil semasa anak anda masih kecil mungkin tidak akan efektif lagi sekiranya mereka sudah meningkat remaja. Oleh itu, telitilah setiap tindakan yang diambil supaya ianya sesuai dengan perkembangan anak anda.
Selain itu, pengaplikasian kemahiran keibubapaan yang baik akan memberikan manfaat kepada anak-anak apa mereka meningkat dewasa. Melalui sifat kasih sayang dan ambil berat yang ditunjukkan oleh ibu bapa, anak-anak secara semulajadi akan menunjukkan rasa hormat dan menghargai ibu bapa mereka, sekaligus mewujudkan hubungan yang akan berkekalan sepanjang hayat. Bagi ibu bapa yang menggunakan kekerasan dalam mendidik atau mungkin kurang kemahiran keibubapaan, hubungan yang terjalin dalam kalangan ahli keluarga mungkin akan renggang sejak dari awal lagi dan akan mendorong kepada kehidupan yang penuh dengan kemelut dan tekanan. Kebanyakan ibu bapa secara tidak sengaja mengabaikan dan mengetepikan anak-anak mereka walaupun ia hanya cenderung berlaku di situasi tertentu dan dengan alasan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, ianya perlu diperbetulkan supaya anak anda tidak berasa kecil hati.
Sikap yang ditunjukkan oleh anda dalam mendidik anak-anak pasti akan dicontohi oleh anak-anak anda apabila mereka dewasa kelak. Oleh itu, anda perlulah menunjukkan sifat yang penuh kasih sayang sejak dari awal lagi supaya anak anda akan melakukan perkara yang sama kepada anak-anak mereka kelak. Kita sebagai manusia biasanya akan belajar melalui pengalaman, yakni biasanya akan mewarisi sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa kita dalam membesarkan kita. Sekiranya masa kanak-kanak kita penuh warna-warni dan menyeronokkan, berkemungkinan besar anak-anak kita juga akan merasainya. Berbeza dengan ibu bapa yang menghadapi zaman penuh kegelapan semasa kecil, mereka juga akan terdorong untuk mendidik anak-anak mereka dengan cara yang sama sekaligus menyebabkan sejarah hitam berulang kembali.
Kemahiran keibubapaan merupakan teknik dan taktik yang paling penting yang perlu ada dalam diri seseorang individu kerana tanpa kemahiran ini, berkemungkinan besar banyak masalah akan dihadapi dalam keluarga yang dibina. Sekiranya ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan boleh campur tangan dan mengeluarkan anak anda dari rumah anda bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mengabaikan penjagaan anak anda yang mana boleh menyebabkan anda dikenakan caj ataupun hilang hak penjagaan anak anda.
Sumber : Kemahiran keibubapaan akan terus menjadi keutamaan dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Kemahiran keibubapaan yang sesuai pasti akan menghapuskan kebimbangan yang wujud apabila keluarga sama-sama berkembang tanpa ada sebarang masalah yang serius.




