Buah Tembikai Pencegah Penyakit

Posted on May 12, 2014 · Posted in Pengetahuan am

tembikaiAbu daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata,

” Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah.”

Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu menjegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser terutamanya kanser prostat.

Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.

Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr.George webb, Profesor  Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol) daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s new Foods for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang mencukupi, berisiko lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.

Sumber : bintuabuabdullah.blogspotMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.