Tiada yang lebih menakutkan bagi pelajar selain peperiksaan dan ujian penting. Walaupun keinginan untuk belajar itu ada tetapi ia boleh menjadi sukar tanpa panduan yang betul. Adalah sangat penting untuk membina teknik pembelajaran yang baik di awal persekolahan kamu yang akan membantu kamu sepanjang persekolahan.
Langkah 1 – Cuba bertenang
Jika kamu tidak pernah ponteng kelas dan kamu sentiasa menyiapkan kerja rumah yang di bekalkan guru, kamu sebenarnya sudah mempunyai pengetahuan tentang subjek yang di pelajari. Pengetahuan ini akan membantu kamu di sepanjang ujian. Jangan panik kerana ia hanya menyebabkan keadaan kamu bertambah buruk. Kamu akan lebih tertekan dengan ketakutan kamu dan menghancurkan peluang untuk melakukan yang terbaik untuk peperiksaan. Jika kamu panik, tarik nafas sedalamnya dan lepaskan ia dan fikirkan kamu boleh melakukannya.
Kamu juga perlu menyedari bahawa kamu perlu belajar seawalnya. Segelintir orang belajar sehari sebelum peperiksaan dan mereka biasanya mengalami masalah untuk mengingati banyak informasi di dalam masa yang singkat. Malahan ingatan jangka panjang mereka juga tidak akan berfungsi dan mungkin menyebabkan ulangkaji terbabit sia-sia sahaja. Oleh itu belajar lebih awal dan pastikan kamu berehat selama 5 ke 10 minit setiap kali.
Langkah 2 – Tentukan topik yang penting untuk di utamakan
Kebanyakkan peperiksaan merangkumi topik yang tertentu dan kamu boleh menjimatkan masa untuk ulangkaji jika kamu tahu topik apa yang bakal di keluarkan. Tanya pendapat guru atau pensyarah kamu tetapi jangan pula abaikan topik-topik yang lain. Selain itu bentuk soalan juga perlu kamu kenalpasti supaya kamu dapat menyesuaikan diri dengan jawapan yang bakal kamu berikan. Lihat soalan-soalan daripada peperiksaan yang lepas.
Langkah 3 – Cipta satu jadual pembelajaran
Mungkin bagi kamu ianya tugas yang ringkas dan asas tetapi orang yang mempunyai jadual pembelajaran dapat belajar dengan lebih mudah. Malahan mereka mempunyai masa untuk berehat dan keluar bergembira. Apabila kamu membuat jadual pembelajaran, pastikan masa itu adalah di antara sekarang dan hari peperiksaan. Rancang masa kamu dengan bijak dan pastikan setiap setengah jam kamu belajar, kamu mengambil 10 minit rehat selepas itu.
Langkah 4 – Pilih cara pembelajaran
Cara pembelajaran termasuklah menggunakan warna, gambar atau peta minda. Sesetengah orang boleh belajar dan mengingati dengan lebih mudah melalui warna terpilih manakala sesetengah orang lebih mudah mengingati gambarajah. Gunakan cara yang berkesan bagi kamu tidak kira pilihan yang mana. Tidak guna kamu membaca seluruh karangan jika kamu lebih mudah mengingati apabila melihat gambar. Ingat, setiap orang mempunya kesesuaian mereka sendiri jadi jangan meniru cara kawan kamu.
Gunakan alatan seperti kad bergambar untuk membantu kamu mengingat ataupun dengan menggunakan pen berwarna di nota kamu. Pastikan kamu belajar secara pintar dan bukannya berusaha membuta tuli.
Langkah 5 – Ambil nota
Mengambil nota dan bertanya soalan. Tidak pernah ada perkataan terlambat ketika bersedia untuk peperiksaan. Biasanya satu sesi akan di jalankan oleh guru atau pensyarah menjelang peperiksaan bagi mengulangkaji. Jika kamu telah membaca topik terbabit dan tidak memahaminya, tanya soalan. Jangan merasa malu kerana ini menunjukkan kamu belajar dan ingin berjaya di dalam peperiksaan.
Ikuti langkah seterusnya dalam bahagian kedua esok ya..




