Kehilangan daya ingatan merupakan perkara biasa semakin kita meningkat usia. Tetapi, ada beberapa cara untuk mengekalkan ingatan kamu atau menjadikannya lebih bagus daripada sebelumnya. Artikel ini akan menunjukkan kamu beberapa cara asas untuk mengekalkan atau membaik pulih ingatan kamu.
Sesetengah orang mempunyai kesukaran untuk mengingati nama orang yang baru di kenali mereka. Ini boleh menyebabkan kesukaran kepada kamu apatah lagi seandainya kamu mempunyai bos yang baru dan kamu lupa akan namanya di hari pertama dia bekerja. Satu perkara yang memang berkesan adalah dengan mengaitkan sesuatu ayat itu. Sebagai contoh, kamu berjumpa seorang wanita bernama Kat dan dia sukakan kucing. Jadi kamu boleh memberitahu diri kamu untuk mengaitkan Kat dengan kucing yang mana sebutan di dalam bahasa Inggerisnya sama. Mungkin ia Nampak kebudak-budakkan tetapi ianya berkesan bukan. Setiap kali kamu Nampak Kat kamu akan terbayang kucing atau pun sebaliknya berlaku.
Jika kamu rasa ingatan kamu di dalam masalah kamu mungkin ingin cuba untuk mengurangkan tekanan, kemarahan dan terutama sekali kemurungan yang timbul di dalam hidup kamu. Salah satu tanda-tanda kemurungan adalah kamu tidak mampu memberi tumpuan yang mengakibatkan kamu lebih sukar untuk mendapatkan ingatan yang kuat serta menyimpan ingatan yang ada. Kamu perlu berjumpa doktor atau pakar kaunseling jika ini yang berlaku terhadap diri kamu.
Seperti seorang pelakon yang bakal menghasilkan drama, latihan dengan mengingati skrip merupakan salah satu cara yang bagus untuk meningkatkan tahap ingatan kamu. Jika kamu cuba untuk belajar, katakan soalan dan jawapan dengan kuat dan kamu akan dapat mengingati informasi itu dengan lebih mudah seterusnya kekal di fikiran kamu dengan lebih lama. Ini merupakan salah satu cara paling bagus untuk mengekalkan ingatan kamu secara keseluruhannya. Kamu juga perlu menggunakan tumpuan kamu sepenuhnya ketika cuba mengingati sesuatu perkara. Jangan melakukan kerja lain seperti menonton televisyen ketika belajar kerana kamu tidak akan dapat mengingati dengan baik.
Ingatan adalah seperti otot-otot di badan kamu. Jika kamu tidak menggunakannya ia akan hilang. Satu cara untuk mengaktifkan ingatan kamu adalah dengan melakukan rutin harian yang berlainan untuk otak kamu. Jika kamu melakukan perkara yang sama, kamu tidak memberi peluang kepada ingatan kamu untuk belajar perkara baru. Jika ini berlaku kamu akan kehilangan ingatan terbabit sedikit demi sedikit. Kuatkan ingatan kamu dengan melakukan aktiviti yang dapat mengaktifkan otak supaya ia akan memberikan kuasa mengingat yang lebih besar.
Apabila kamu berfikir tentang ingatan kamu, pastikan kamu melihat diri kamu di bawah cahaya yang positif. Jika kamu rasa kamu mempunyai memori buruk, maka kamu akan mempunyai kesukaran dalam mengingati. Berikan diri kamu sesuatu apabila kamu mengingati benda yang telah berlaku dan kamu dapat lihat diri kamu akan lebih gembira untuk melakukan proses mengingati ini.
Seperti yang di sebut di awal artikel ini, ingatan merupakan salah satu proses penuaan. Dengan mengikuti tip-tip yang di berikan, ia akan membantu kamu untuk menghalang masalah ini dari berlaku terhadap kamu.
Selain itu amalkan Memo Plus Gold setiap hari. Makanan tambahan terbaik untuk otak kamu!



