Cerita untuk Kanak-kanak – Mengeratkan Hubungan dan Menenangkan Fikiran

Posted on June 12, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Cerita untuk Kanak-kanak - Mengeratkan Hubungan dan Menenangkan FikiranKebanyakan kanak-kanak suka sekiranya diperdengarkan cerita. Terdapat pelbagai jenis buku cerita untuk kanak-kanak yang mana merupakan satu cara terbaik sebagai hiburan kepada mereka. Terdapat cerita yang menerapkan nilai murni dan pengajaran dan ada juga cerita yang menceritakan situasi lucu dalam kehidupan. Tidak kurang juga cerita yang menerangkan pengembaraan dalam hidup ini dan turut mengembangkan lagi imaginasi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang gemarkan cerita mengenai kehidupan manusia manakala ada juga yang sukakan cerita yang berbentuk imaginasi seperi angkasa lepas ataupun melibatkan pengembaraan masa dan tidak kurang juga cerita mengenai haiwan. Tidak kiralah genre apa sekalipun yang menjadi pilihan, terdapat banyak cerita boleh dipilih yang mana pasti akan menghiburkan anda semua.

“Bedtime Stories”

Ramai ibu bapa yang gemar membacakan cerita kanak-kanak untuk anak mereka sebelum tidur. Ini merupakan waktu yang sangat tenang di mana semua manusia akan mula berehat dan kanak-kanak mengosongkan fikiran dan bersedia untuk tidur. Bergantung pada usia kanak-kanak, cerita sebelum tidur ini boleh terdiri daripada cerita yang sangat pendek yang mana boleh dihabiskan dalam masa lebih kurang 10 minit ataupun cerita panjang yang dibaca bab demi bab setiap malam. Cerita yang menerapkan pengajaran merupakan cerita yang terbaik kerana ia membantu mendidik kanak-kanak, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga sepanjang hayatnya. Membacakan cerita kepada anak-anak membantu ibu bapa untuk mengeratkan hubungan sedia ada. Anak-anak pasti akan sentiasa mengingati saat-saat indah ketika dibacakan cerita ini sepanjang hidup mereka dan mereka pasti turut melakukan perkara yang sama kepada anak-anak mereka kelak.

Terdapat pelbagai jenis “bedtime stories” boleh didapati dalam internet dan semestinya di kedai-kedai buku. Semua ibu bapa kini dapat mengakses pelbagai jenis cerita yang digunakan oleh ibu bapa di seluruh dunia untuk diceritakan kepada anak-anak mereka sebelum tidur.

Cerita-cerita seperti “Little Red Riding Hood”, “The Three Little Pigs”, “Pinocchio”, “Jack and the Beanstalk”, “The Hair and the Tortoise”, “The Ant and the Grasshopper”, “The Ugly Duckling” dan “The Boy who Cried Wolf” merupakan cerita yang sangat indah untuk diperdengarkan sebelum tidur sejak dahulu kala lagi yang mana turut mempunyai pelbagai nilai-nilai murni yang boleh diteladani.

“Afternoon Reading” (Pembacaan Waktu Tengah Hari)

Sebelum kanak-kanak masuk ke tadika, duduklah bersama anak anda dan bacakan buku cerita kanak-kanak pada mereka. Ini merupakan aktiviti terbaik yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak- diteladani anak pada waktu tengah hari. Terdapat pelbagai cerita yang sangat menarik untuk kanak-kanak termasuklah cerita daripada Aesop, Hans Christian Anderson dan tidak dilupakan Brothers Grimm. “Hansel and Gretel”, “Rapunzel” dan “Rumplestiltskin” merupakan antara cerita terbaik kerana terdapat pengajaran yang boleh oleh kanak-kanak. Apabila kanak-kanak semakin membesar, cerita-cerita menakutkan dan misteri boleh mula diperkenalkan bagi membolehkan mereka berkembang dan mendapat pendedahan tentang penyelesaian masalah dalam kehidupan ini. Cerita daripada Edgar Allen Poe iaitu “The Pit and the Pendulum” merupakan antara cerita menakutkan yang terbaik selain daripada cerita oleh W.W. Jacob iaituhe Monkey’s Paw” dan beberapa cerita menarik yang lain.

Cerita “All Creatures Great and Small” karya James Herriott pula merupakan cerita yang penuh dengan kasih sayang tentang seorang ahli veterinar dan haiwan yang dirawatnya. Cerita-cerita menarik seperti ini boleh dibacakan bab demi bab setiap waktu tengah hari dan merupakan antara cerita yang paling kelakar dan digemari ramai. Satu lagi cerita yang hebat untuk kanak-kanak ialah “Story of Dr. Doolittle” mengenai pengembaraannya yang menghairankan di mana beliau boleh berkomunikasi dengan semua haiwannya. Kedua-dua buku ini sangat menarik dan menerapkan nilai-nilai murni selain amat menyeronokkan diwaktu tengah hari. Ia juga membantu menanamkan sifat suka membaca dalam diri kanak-kanak.

Buku-buku lain yang bagus untuk kanak-kanak adalah buku hasil penulisan Shel Silverstein seperti “The Giving Tree” dan “Where the Sidewalk Ends” yang memperkenalkan kanak-kanak kepada beberapa puisi terbaik. “Little Women”, “The Wizard of Oz” dan “Ends” mendedahkan kanak-kanak kepada puisi dan irama yang menarik. Selain itu, buku sepertu “Heidi” dan “The Wizard of Oz” dan “Little Women” sesuai untuk semua lapisan kanak-kanak. Kesemua buku-buku cerita yang diperkatakan sebelum ini merupakan antara contoh buku yang pasti digemari oleh ibu bapa dan anak-anak sekalgus akan memberikan kenangan yang indah bersama selain memberikan pengajaran kepada kita.

Ambillah Masa untuk Membaca

Masa yang terbaik antara ibu bapa dan anak adalah semasa ibu bapa membacakan cerita kanak-kanak kepada anak mereka. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan dan menenangkan fikiran dengan membaca buku yang baik. Ini secara tidak langsung akan menanamkan sifat suka membaca dalam diri kanak-kanak bukan sahaja untuk masa kini malahan untuk sepanjang hayat mereka.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.