Perbincangan mengenai kemahiran mendidik mula diaplikasikan sejak kelahiran bayi pertama dan sentiasa berubah-ubah daripada satu generasi ke generasi yang lain. Bagi setiap kelahiran baru dalam keluarga, kaedah membesarkan anak-anak akan berubah dengan ketara bergantung kepada usia, persekitaran sosial serta pengalaman sedia ada mereka. Kemahiran mendidik ini akan diwarisi oleh anak-anak anda dan diubahsuai dengan keadaan ketika mereka membina keluarga sendiri kelak. Cara anda membesarkan mereka akan memberikan kesan terhadap kaedah didikan kepada anak-anak mereka kelak, sama ada baik atau buruk bergantung kepada bagaimana mereka dibesarkan.
Sejak kebelakangan ini, tanpa mengira usia atau bangsa ramai ibu bapa cuba untuk melaksanakan kemahiran mendidik yang telah mereka baca atau kaji melalui buku-buku yang terdapat di pasaran tentang cara terbaik membesarkan anak-anak. Kebanyakan maklumat di dalam buku tersebut ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan pendapat sendiri tentang cara penyelesaiannya. Jadi, anda tidak perlu mematuhinya jika tidak mempunyai perkaitan supaya tiada masalah lain yang timbul. Kemahiran mendidik mungkin berbeza bagi setiap keluarga. Oleh itu, ia tidak dianggap lemah jika sebarang maklumat yang anda rasakan penting tetapi tidak disarankan dalam buku tersebut.
Sesetengah ibu bapa berpendapat penubuhan Terapi Keluarga penting untuk melibatkan diri dan berhubung dengan keluarga lain. Sesi kaunseling individu dan berkumpulan boleh diadakan bagi membantu para ibu bapa untuk membina kemahiran mendidik melalui terapi yang dikendalikan oleh pakar terapi. Maklumat penting akan dicatit oleh pakar terapi untuk menentukan kekuatan keluarga tersebut untuk membantu mereka membina kemahiran mendidik yang memberi manfaat kepada seluruh seisi keluarga. Ibu bapa tidak perlu merasa bimbang untuk menghubungi kaunselor kerana mereka bersedia memberikan khidmat kepada anda seperti mana yang telah dilalui oleh keluarga lain sebelum ini.
Walaupun tidak didedahkan dengan sebarang latihan secara formal, kemahiran mendidik akan wujud secara semulajadi dalam diri setiap insan yang bakal bergelar ibu bapa. Ini kerana semasa memelihara anak-anak mereka setiap ibu bapa mampu menentukan apa yang diperlukan. Dalam usaha membina kemahiran mendidik dalam diri ibu bapa tidak semestinya menggunakan kaedah yang dicadangkan oleh orang lain. Hal ini kerana, tips-tips dan kaedah tertentu yang mampu mereka tawarkan bukanlah bererti ia satu-satunya cara yang mesti anda lakukan. Kemahiran ini boleh dipelajari daripada orang lain ataupun mempelajarinya sendiri secara tidak langsung melalui pembacaan dan pengalaman.
Kemahiran mendidik juga boleh dipelajari melalui kerja-kerja mengasuh semasa usia remaja. Belajar membesarkan adik beradik sendiri lebih berkesan berbanding anak-anak orang lain kerana, anak-anak orang lain akan lebih menghormati dan mendengar kata berbanding keluarga sendiri yang gemar menduga kesabaran kita. Kaedah ini juga akan memberi idea kepada seseorang sebagai persediaan memasuki dunia keibubapaan. Jika anak-anak menyukai, hormat dan sentiasa memerlukan anda dalam hidup mereka, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai kemahiran yang baik dalam membesarkan anak-anak.
Sumber: Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunapakai untuk mempelajari kemahiran mendidik dan penting untuk setiap orang menilai kelemahan dan kebaikan setiap sumber tersebut. Banyak masa dan cuba jaya yang perlu dilakukan untuk mendidik dengan semupurna, jadi anda tidak perlu takut apabila melakukan kesilapan dari masa ke semasa.





