Assalamualaikum.
Saya Siti Nursyuhada berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Saya merupakan salah seorang pelajar di sekolah berasrama penuh. Walaubagaimanapun, saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Pencapaian saya di sekolah sekadar memuaskan sahaja. Menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar sekolah berasrama penuh semestinya memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat dan cergas. Bayangkan, setiap hari saya akan ke sekolah seawal jam 7 pagi sehingga 2.15 petang kemudian diikuti sesi persediaan petang di sekolah pada 3.00 petang dan disusuli dengan aktiviti kokurikulum pada jam 5.30 petang. Pada malamnya, saya akan menjalani persediaan malam pula atau ke kelas tambahan. Jadual rutin harian dan aktiviti yang padat menyebabkan saya sering mengalami kesukaran ketika belajar seperti mengantuk, lesu dan mudah mengalami keletihan. Saya juga pernah ditegur oleh guru ketika didalam kelas akibat tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar. Perkara ini menyebabkan prestasi akademik saya semakin kurang memuaskan.
Pada tahun 2011, ketika saya masih di tingkatan dua, keputusan peperiksaan akhir tahun saya hanya mendapat 2A 5B 1C dan saya menduduki dikedudukan 53 dalam tingkatan. Keputusan peperiksaan saya ini amat membimbangkan dan meresahkan ibu bapa saya kerana saya akan menduduki PMR pada tahun berikutnya. Pada satu hari, kami bertandang ke rumah bapa saudara saya. Dalam rancak berborak diantara bapa saudara dan ibu bapa saya, ibu telah menyatakan kebimbangannya terhadap pembelajaran saya kepada bapa saudara dan saya sendiri juga telah menceritakan kepadanya mengenai kesukaran yang saya hadapi. Setelah beliau mendengar cerita yang disampaikan oleh saya, bapa saudara saya, iaitu En.Abdullah Bin Din yang merupakan salah seorang pengedar produk Memo Plus Gold telah menyarankan saya agar menggunakan produk Memo Plus Gold ini. Kata beliau, produk ini sangat bagus dan sesuai dengan kesukaran yang saya hadapi. Kata beliau lagi, ramai yang telah mengamal dan merasai keberkesanannya, manakala harganya yang berpatutan dan hasil yang diperolehi sangat berbaloi.
Setelah saya mengamalkan Memo Plus Gold ini pada awal tahun 2012 dengan pengambilannya pada setiap pagi sebelum saya kesekolah, hari demi hari saya mulai merasakan keberkesanan produk ini dan perubahan yang berlaku pada diri saya. Saya mula menunjukkan perubahan dan peningkatan dalam akademik. Saya juga dapat memahami apa yang diajar oleh guru serta dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar. Disamping itu, tanpa saya sedari, saya dapat menghafal dan mengingati fakta-fakta penting, dimana sebelum ini saya agak sukar untuk mengingati dan menghafalnya. Terutamanya seperti subjek Sejarah yang banyak memerlukan saya mengingati peristiwa bersejarah dan tahun berlakunya peristiwa tersebut. Bagi subjek Geografi, saya dapat mengingati lokasi, tempat dan ciri-ciri fizikal bentuk muka bumi, manakala subjek Sains pula, saya dapat mengingati formula-formula tertentu dan mudah untuk memahaminya. Guru–guru dan rakan-rakan saya amat terkejut dengan perubahan yang saya alami, ini kerana saya telah memperoleh 5A 2B 1C dalam Peperiksaan Pra Percubaaan PMR 2012 dan memperoleh kedudukan yang ke-16 dalam Tingkatan 3. Oleh kerana perubahan dan pencapaian yang saya perolehi, saya kemudian telah dipilih oleh guru untuk menjadi SifuTaulan kepada rakan-rakan lain yang lemah dalam akademik. Selain itu juga, saya berasa lebih bertenaga lebih bersemangat dalam menjalankan aktiviti harian sebagai seorang pelajar.
Setelah perubahan ketara berlaku dalam peningkatan keputusan peperiksaan awal saya, saya begitu yakin dengan keberkesanan Memo Plus Gold. Sehingga kini, saya masih lagi meneruskan pengambilan Memo Plus Gold dan turut mempersiapkan diri dengan ilmu yang berterusan sebagai persediaan untuk menghadapi PMR 2012.
Berkat kegigihan, keyakinan, kesabaran dan doa yang berterusan, Alhamdulillah, Memo Plus Gold benar-benar membantu saya. Saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang, iaitu 8A dalam peperiksaan PMR 2012. Ibu bapa saya amat terkejut dan berbangga dengan pencapaian yang saya perolehi. Melihatkan pada kegembiraan yang terpamer diraut wajah ibu bapa saya, saya berasa amat bersyukur kehadrat Ilahi dengan pencapaian yang saya perolehi ini. Terima kasih juga kepada bapa saudara yang memperkenalkan produk Memo Plus Gold ini kepada saya.
Siapa yang tidak inginkan kejayaan? Bukankah ia impian setiap pelajar? Jika saya mampu melakukannya, anda juga mampu untuk melakukannya. Bagi saya, dengan hanya 10 bulan mengamalkan Memo Plus Gold ini, saya mampu untuk meraih kejayaan yang tidak dapat saya jangkakan. Sehingga ke hari ini, saya masih meneruskan lagi pengambilan Memo Plus Gold untuk terus membantu saya, lebih-lebih lagi saya akan menduduki peperiksaan SPM 2014.