Setiap orang memperkatakan bagaimana masa berlalu dengan begitu pantas sekali sekarang. Hari demi hari berlalu dan akhirnya ia menjadi tahun-tahun yang berlalu di dalam hidup kita. Setiap hari boleh di bazirkan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat atau kita boleh berseronok sebelum masa kita di dunia ini tamat. Jika sebelum tidur kita memikirkan aktiviti harian kita dan mendapati kita terlampau tertekan dengan kerja, terlampau sibuk, mempunyai hari yang tidak seronok dan tidak melakukan benda berfaedah maka kita hilang satu hari beharga di dalam hidup kita.
Mungkin kita patut menangguhkan keseronokkan sehinggalah kita mempunyai masa, duit atau kehidupan yang lebih baik. Masalahnya ia mungkin tidak akan berlaku ataupun terlampau jauh di masa hadapan. Sangat penting bagi kamu untuk terima hakikat yang kamu mungkin akan hilang segalanya di dalam sekelip mata. Oleh itu kamu akan menggunakan masa yang kamu ada dengan lebih baik dan tidak menangguh dalam emlakukan sesuatu perkara.
Di dalam rutin harian kita, selitkan masa untuk kamu berseronok bersama kawan-kawan dan diri kamu sendiri. Lihat di sekeliling kamu, padang yang terbentang luas, gunung yang tinggi dan alam semulajadi yang mampu memberi ketenangan kepada hidup kamu.
Hadapi masalah yang kamu hadapi dengan berani, yakin dan naiktaraf kehidupan kamu supaya menjadi lebih baik. Jadi yang terbaik untuk kamu merasa hebat. Aktifkan diri kamu dengan pelbagai aktiviti dan tingkatkan kuasa minda kamu. Ketawa, rehatkan diri dan tidur dengan baik.




