Ibu Bapa yang Berpegang pada “Anakku Sazali”

Posted on January 17, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk melakukan sedaya upaya yang boleh agar anak rasa disayangi dan dihargai. Malangnya, sesetengah ibu bapa terlampau memanjakan anak mmemanjakan anak ereka sehingga dalam usia 30an, ibu bapa masih bertanggungjawab menyediakan segala keperluan seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah. Inilah yang dikatakan sebagai Ibu Bapa yang Berpegang pada “Anakku Sazali”. Anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang itu kini menjadi beban kepada kedua ibu bapa. Ibu yang selalunya menjadi tempat bergantung harap anak-anak semestinya rasa sangat diperlukan, manakala anak yang terlalu dimanjakan pasti tersenyum senang kerana mereka tahu kehidupan yang dilalui sangat mudah tanpa perlu memikul sebarang tanggungjawab. Dalam scenario seperti ini, kedua-dua pihak tidak akan merasai nikmat hidup yang sebenar.

Sudah sampai masanya untuk kita semua memperbetulkan senario ini supaya semua pihak dapat memainkan peranan mereka seperti yang sepatutnya.

Kebanyakan ibu bapa mahu membantu anak mereka untuk menjadi yang terbaik, tetapi kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan mengambil alih tugas yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh anak-anak mereka. Mari kita teliti masalah di bawah :

Anak anda meminjam sebuah buku dari perpustakaan untuk membuat laporan yang mana tarikh pemulangannya adalah pada esok hari. Anak anda terus merungut kerana mempunyai tugasan kerja rumah lain perlu disiapkan sedangkan dia masih belum membaca buku tersebut. Buku tersebut akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk dihabiskan. Jadi, apakah jalan penyelesaian yang terbaik?

A. Cari synopsis tentang buku tersebut dalam Internet dan biarkan anak anda menyalinnya untuk membuat laporan tersebut.
B. Biarkan anak anda bermain permainan computer dan anda menulis laporan tersebut untuknya.
C. Arahkan dia untuk duduk, baca buku tersebut dan kemudian tuliskan laporannya.

Bagi ibu bapa yang memilih jawapan A : Salah, tindakan ini menunjukkan bahawa meniru bukanlah suatu kesalahan. Tindakan ini tidak akan membantu anak anda untuk berjaya di masa hadapan.

Bagi ibu bapa yang memilih jawapan B : Salah, tindakan ini mengajar anak anda untuk mempergunakan orang lain demi kepentingan diri. Anak anda akan menjadi majikan yang teruk kelak kerana dia percaya orang lain perlu menyiapkan kerjanya.

Bagi ibu bapa yang memilih jawapan C : Betul, kerana anak anda akan mengetahui bahawa sekiranya terdapat tugasan yang harus dibuat, satu-satunya cara ialah dengan meenyiapkannya. Ibu bapa juga dapat mengesan kesukaran yang dihadapi oleh anak anda dalam pembacaan. Masalah seperti masalah penglihatan, disleksia, tidak memahami perkataan sebagainyaboleh dijadikan petunjuk mengapa anak anda turut mengalami masalah dalam hal yang lain.

Janganlah terlalu mengambil mudah dalam membantu anak anda kerana mereka pasti tidak belajar erti berdikari sekiranya semua perkara dilakukan oleh ibu bapa.

Dalam kehidupan realiti, adalah mudah untuk ibu bapa terperangkap untuk melakukan semua perkara demi anak kesayangan, namun tidak ramai ibu bapa yang sedar bahawa peranan sebenar mereka ialah untuk mempersiapkan anak mereka supaya menjadi seorang insan yang berjaya dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Ingatlah bahawa tugas ibu bapa yang paling penting ialah menanamkan sikap-sikap yang positif dalam diri anak anda, bukannya dengan mencari jalan yang paling dengan melakukan semua tugas untuk mereka. Tidak mustahil suatu hari nanti kita dapat melihat situasi di mana ibu akan mengikat tali kasut anaknya yang berusia 27 tahun kerana sejak kecil dia tidak pernah belajar bagaimana untuk mengikat tali kasut. Hal ini adalah kerana semua perkara dilakukan oleh ibunya.

Anak-anak seharusnya berdikari dan percaya dengan kebolehan diri sendiri. Sekali anak anda terjatuh, ajarlah dia untuk kembali bangun sendiri. Anak-anak anda perlu mempelajari semua ini dalam proses membesar bagi membina keyakinan diri dan kebolehan untuk berfikir sendiri, bukannya bergantung harap pada ibu bapa lagi.

Sekiranya ibu bapa mengambil alih semua tanggungjawab dan tugas anak anda, pasti anak anda akan berasa rendah diri dan menghadapi masalahnya sendiri. Ibu Bapa yang Berpegang pada “Anakku Sazali” menyedari kesilapan mereka tatkala melihat anak mereka tidak dapat berdikari walaupun sudah dewasa. Namun, semuanya sudah terlambat pada ketika itu.

Kredit gambar

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.