Jadikan Ingatan kamu Berguna dengan Idea-Idea ini
Ingatan kamu merupakan sumber yang tidak dapat di nilaikan dan boleh di perbaiki setiap hari. Untuk menjaga ingatan kamu supaya sentiasa tajam, kamu memerlukan latihan dalam membantu membina ingatan terbabit. Artikel ini akan memberikan kamu tip-tip hebat dalam meningkatkan keupayaan ingatan jika di gunakan setiap hari.
Cuba untuk tidak terlalu mengingati kenangan lama. Memang seronok bersama dengan kawan-kawan dan keluarga. Tetapi ia juga mampu memberikan impak negatif terhadap ingatan kamu. Mengingati kembali kenangan silam di dalam 1 kumpulan boleh merubah cara kamu mengingati pengalaman tersebut. Ingatan kamu juga mungkin berubah untuk menyesuaikan diri dengan cerita dari ahli di dalam kumpulan itu.
Jika kamu ingin mengingati sesuatu yang baru, katakan sahaja. Apa sahaja bahan baru yang kamu ingin ingati perlu di sebut secara kuat. Apabila kamu membaca dengan kuat, kamu akan mencipta satu bentuk ingatan melalui 2 deria iaitu penglihatan dan pendengaran. Ini akan memberikan 2 cara untuk mengingati melalui informasi yang di dapati melalui 2 deria ini di masa akan datang.
Kurangkan tekanan di dalam hidup kamu dengan meningkatkan keupayaan ingatan. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan badan kamu menghasilkan “cortisol” yang mampu melakukan kebinasaan berterusan di hipokampus, iaitu pusat ingatan kita di otak. Lain-lain bahan kimia akibat tekanan juga mampu mengganggu keupayaan kamu untuk menyimpan informasi, memberi tumpuan atau mengingati ia kemudian.
Gunakan kuasa permikiran cara positif untuk membantu meningkatkan tahap ingatan kamu. Jika kamu memberitahu diri kamu berulang-ulang kali kamu mempunyai ingatan yang buruk lama kelamaan kamu akan mempercayainya. Jika, kamu selalu mengingati memori yang baik sahaja maka kamu secara tidak sedar akan merubah tindakan kamu dan memproses maklumat dengan lebih baik.
Apabila mempelajari banyak informasi di dalam satu masa, adalah penting untuk kamu berehat walaupun hanya sekadar 5 minit di dalam satu-satu masa. Membiarkan minda kamu berehat untuk seketika akan menyegarkannya dan lebih banyak informasi akan Berjaya di serap kemudian.
Satu cara yang kamu boleh guna untuk membantu proses mengingati adalah dengan menggunakan mnemonic. Mnemonic merupakan teknik yang mudah bagi mengingati informasi . Kamu boleh mencipta lagu, pantun atau bahan lawak yang mampu membantu kamu untuk mengingati sesuatu infomasi.
Berikan otak kamu makanan : Seperti badan , otak juga memerlukan minyak untuk berjalan. Makan secara sihat dengan memasukkan sumber seperti sayuran, buah-buahan dan juga Memo Plus Gold mampu membantu meningkatkan tahap ingatan kamu. Memo Plus Gold merupakan makanan tambahan yang di perbuat dari tumbuhan herba Bacopa Monnieri dan dapat membantu otak kamu menjadi lebih aktif dan meningkatkan tahap ingatan, kecergasan dan tumpuan.
Dengan ini, beberapa cara telah di uraikan bagi membantu kamu meningkatkan tahap ingatan kamu. Gunakan tip-tip yang telah di berikan ini bagi mengekalkan tahap ketajaman ingatan dan agar otak kamu dapat bekerja sebaiknya. Ingatan haruslah di gunakan setiap masa agar sentiasa ada bila di perlukan nanti. Jangan lupa amalkan setiap tip yang di beri ya!



